Wakil BN tekun menyemak mencari kesalahan pada borang penamaan calon Pas untuk dibantah supaya calon itu boleh kalah tanpa bertanding.
GAMBAR di atas diambil masa aku sempat meninjau suasana hari penamaan calon di Pejabat Daerah Sik, satu kawasan pedalaman kira-kira 80 kilometer dari Alor Star atau sejam lebih perjalanan. Kerusi Parlimen Sik serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Jeneri dan Belantek menyaksikan pertembungan klasik satu lawan satu calon BN dan Pas.
Hmm... sejak hari penamaan calon 24 Februari hari tu, suasana menjelang pilihanraya di Kedah agak meriah. Ni aku listkan beberapa senario menarik di negeri Jelapang Padi ni...
1. Aku kena bekerja straight dari 18 Februari sampai 8 Mac. Tak boleh cuti dan tak boleh ambik off day. Kadang-kadang kena balik kerja pukul 2 atau 4 pagi.
2. Dalam masa tak sampai sebulan, Pak Lah dan Najib masing-masing dua kali turun ke Kedah. Kedah ni ada problem ke?
3. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun membantu anaknya, Datuk Mukhriz yang juga calon Parlimen Jerlun. Dia muncul pada hari penamaan calon dan pada 29 Mac membantu Mukhriz berkempen. Errr... sehari sebelum penamaan calon dia beritahu media di Kuala Lumpur yang dia takkan membantu anaknya berkempen.
4. Masjid Bertemu Rakyat bersama Pak Lah di Kuala Kedah dihadiri tak sampai 500 orang.
5. Tone Najib berucap semasa melawat Felda Teloi Timur, Sik dan Sungai Tiang, Pendang berbeza dengan cara biasa dia berucap. Nampak happy sangat... dan pelik!
6. Dua rakan wartawan aku dibelasah oleh orang-orang suruhan seorang pemimpin parti politik di Kangar, Perlis. Bukan pasal politik atau kerja, tapi lebih kepada personal. Hmm...
7. Seorang calon Bebas terus matikan handphone bila wartawan minta nak interview.
8. Tiba-tiba ada 1,031 pengundi pos di Belantek.
9. Ramai orang belanja aku makan.
10. RTM je yang rajin interview calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Zainuddin Maidin.