View setiap hari dalam perjalanan ke ofis. PEJAM-celik pejam celik, dah lebih lima bulan aku merantau atau 'disuruh' merantau ke Alor Star ni.
Bagi aku, sesapa pun yang dah lebih 10 tahun duduk di KL dan tiba-tiba di
transferkan ke satu daerah yang cukup asing, mesti pening kepala jugak kan? Macam-macam ada dalam kepala!
Aku ni
study kat KL, bercinta kat KL
, frust bercinta kat KL, bercinta balik kat KL
, grad kat KL,
experience keja aku kebanyakannya kat KL jugak, plan nak kahwin kat KL, kahwin kat KL...eh! Ipoh!
First time duduk serumah dengan bini kat KL, buat anak kat KL, dapat anak kat KL selain 80 peratus kawan-kawan rapat aku semuanya kat KL termasuk la adik-beradik aku, pun kat KL jugak!
Tapi aku sebenarnya orang Batu Gajah, Perak. Hahaha!
So, selepas lebih 10 tahun berkelana di KL dan apabila tiba-tiba 'dicampakkan' ke Alor Star yang aku tak pernah duduk lebih dari tiga hari, dah tentu la aku rasa tak
best! Ye la, banyak yang perlu dikorban, berkorban dan terkorban!
Aku tak tau berapa lama aku kena duduk sini. Dua, tiga, empat tahun? Atau lebih lagi? Sebelum ni kawan aku lapan tahun kena
transfer kat Alor Star sebelum dipanggil balik ke HQ.
Ok la, dalam jangkamasa ni aku dah boleh menyerap tekanan yang sebelum ini menghantui jiwa murni aku ni. Tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya rindukan kehidupan kat KL. Aku rindukan kawan-kawan aku dan 'isi' KL itu sendiri.
Jadi, untuk buangkan rindu tu, aku selalu bayangkan yang KL tak
best. Duduk di KL penuh dengan
stress dan
tension. KL jam gila babi, makan mahal, sewa rumah mahal dan selalu banjir!
Aku teringat balik dulu masa nak pegi kerja aku terpaksa harung
traffic yang menggila di Plaza Phoenix Cheras. Bila
time balik pulak kena tempuh
traffic yang lagi gila kat
highway Taman Connaught, Cheras (dekat Giant, McDonalds, Projet). Balik kerja pukul 10 malam pun kadang-kadang jam gila babi kat situ sampai aku menjerit sorang-sorang kat dalam kereta pasal
tension sangat!!
Perjalanan dari ofis aku kat Bangsar ke rumah di Cheras yang sebenarnya hanya mengambil masa kira-kira setengah jam boleh jadi sampai dua jam! Gila!
Kat Alor Star aku tak payah tempuh semua tu. Aku boleh
drive dengan tenang. Tak sampai 20 minit aku dah boleh sampai ofis (itu pun sebab aku duduk kat Jitra, kalau Alor Star lima minit aku dah sampai!).
Kalau lebih 10 kereta berbaris dekat
traffic light itu sudah boleh dikira
traffic jam untuk kategori Alor Star. Heheh... Kadang-kadang kena bawak
slow pasal ada pakcik bawak Datsun 120Y teramat
slow di
lane kanan Lebuhraya Darulaman. Heheh. Nak hon segan pulak.
Makan pun murah. Nasik sepinggan, ayam seketul, ikan sekor, sayur dua jenis termasuk limau ais, tak sampai RM5 pun. Ada sekali aku pernah
breakfast dengan
member kat Pendang. Kami makan sekeping sorang roti canai, satu sirap dan satu teh o kosong... RM2 je! Haha!
Dulu aku ingat
port DVD pirate kat Sungai Wang dan The Summit USJ adalah syurga aku. Tapi dekat Star Parade & Plaza Sentosa, Alor Star lagi
happening rupanya! Hahah! Murah pulak tu! Siri
boxset pun murah beb!
Kat KL jenuh aku cari dvd 'Body of Evidence' lakonan Madonna (dia bogel dalam filem tu. Heheh), tapi tak jumpa! Last-last aku boleh jumpa dvd tu kat Star Parade, Alor Star. Hihi.
Tapi kalau sesapa yang suka dengan
night life, kaki
clubbing, kaki
happening... kat Alor Star takdelah. Sesapa yang kaki lepak kat Starbucks, Coffee Bean atau nak
shopping macam
kat Starhill, KLCC, Mid Valley, Jusco... errr... kat sini takde jugak semua tu.
Apa yang aku tulis ni bulan la nak kata Alor Star ni cikai sangat. Alaa, aku pun orang kampung jugak. Cuma, sekali-sekala aku rindukan KL. Itu saja.
Apapun, ada hikmahnya aku diletakkan di sini.
p/s Bila la Alor Star ni nak ada konsert rock? Search, Wings, Lefthanded, Rusty Blade, MAY, Pearl Jam, Black Sabbath, Slayer dan Napalm Death tak teringin ke nak turun sini? Hahaha!