Sebelum ke salun
Selepas ke salun
NAMANYA Irdina Riadz... Kali terakhir rambutnya dipotong ialah pada 2004 ketika usianya baru nak menjangkau tiga bulan di majlis cukur kepala.
Tiga tahun lepas tu, rambut Irdina tidak pernah digunting dan berjaya mencecah ke paras bahu. Tapi yang kelakarnya rambut dia macam maggi mee. Dua kali pandang macam rambut Slash, ex-gitaris Guns N Roses pun ada! Haha...
Dan, entah kenapa budak ni cukup pantang kalau rambutnya diusik terutama kalau nak disikat. Aku dah mula terbayang macamana la kalau dibawak untuk gunting rambut. Gerenti susah punya! Jenuh la si
barber nak pegang kepala dia!
Bagaimanapun, bila si mamanya pegi gunting rambut masa kami balik kampung di Ipoh baru-baru ni, Irdina tiba-tiba nak gunting rambut sekali. Selamba je dia duduk senyap atas kerusi dan awek tukang gunting kat salun tu pun heran sebab budak ni duduk diam. Siap syampu rambut sekali, tapi terpaksa ditambah bantal masa disuruh baring sebab kepalanya tak sampai pada
sink cuci rambut tu.
Kat atas ni adalah gaya rambut terbarunya. Penuh ceria dan eh! Makin
cute la pulak!
Haha... puji anak sendiri la pulak!
7 comments:
comel!
mesti papanya hensem!
:D
Maaf. Papanya tak hensem. 'Papa Jahat'!
yatt..
tunggu aku balik 1hb Jun ni.. Malam 2hb ke, kita pi pekena koeteow, on the house!
Le.
Apsal tak potong sendiri? Aku rasa la, kalau rambut kerinting ni, lagi senang kalau potong kat rumah :)
Woi! Aku mana reti nak potong rambut dia. Nak sikat rambut pun xleh dok diam, inikan nak gunting.
Kang tak pasal2 aku tergunting telinga dia! Lagi haru!!
ajojing dah masuk carta nampak!! haha..
ko suka lagu Uang tak? Layan nak mampos..!
"..aku mahu pulang. dan membawa uang, segudang, segudang.. U,u,u,u..Uang!!"
Edd... Uang mmg layan!! Yg sempoi lyric dia yg tu je.
Btw, Ajojing tu apa bro?
Post a Comment