Monday, April 02, 2007

EX-GIRLFRIEND AKU


DAH lama aku tak jamah asap dan beli benda alah kat atas ni. Sekali-sekala rasa rindu jugak kat dia. Sekali-sekala rasa macam nak sambung balik percintaan aku dengan dia yang dah putus sejak November tahun lepas.

Tapi, aku masih kuat. Jiwa aku kuat lagi dan aku tak mudah terpengaruh lagi. Aku rasa cukup la 14 tahun aku bercinta, bersekedudukan dan bersekongkol dengan dia.

Ofis aku kat Alor Star ni bukan kawasan larangan merokok. Ada lapan jantan kat sini dan semuanya memang kaki rokok. So, imagine la macamana kan?

Tapi aku tetap aku.

Heheheh.

11 comments:

N a d i a said...

cehhhh!!..saspen gue...haha.

Yatt said...

Kalo x-gelfren betui pun ngape? Ngeheheh...

zan said...

Tiap kali aku tengok entry2 ko yang berkaitan denagn "tak nak" nmi Yatt, aku pu secara automatik teringat bahawa aku dah hampir 7 bulan clash dengan Ms. Dunhill..heh. Lama tu..Tapi selagi tak lepas tempoh setahun, aku tak berani nak declare yang aku dah berenti..

Yatt said...

Zan, tujuh bulan tu dah kira ok la tu. Tp ada member aku dah dua tahun berenti pun bleh sambung balik bercinta!

Tp aku konfiden aku boleh!!

N a d i a said...

kata bos nana, research kata it takes only 21 days for our body to kick a habit..lepas 21 hari body kite dah bleh accept changes. hmm...ni kata dia la. dia bebel ni sbb nak suruh nana brenti minum nescafe!..haha.

so, kalo dah 7 bulan tu, kira steady la tu. kalo pasni start balik, hmmm...itu namenye GATEY!!..

pjoe said...

tu marlboro light dari mana ek?
Filter dia kaler mcm marlboro biasa.

Bercinta dengan rokok mndekatkan kita dengan lubang kan?!



Lubang kubur...

-juga perokok tegar secara harfiahnya-

Yatt said...

Nezjoe... thanks singgah sini...

Gambo tu aku belasah amik kt google jek. Ha ah ye, baru perasan Marlboro light tu filternya x putih. Ntah mana punya aku pun x tau, dari Zambia kot?

Bukan rokok je, byk benda lain yg boleh dekatkan kita dgn lubang kubur...

pjoe said...

sama-sama..
hihih

maybe rokok tiruan kot!

Yatt said...

Joe, tp Marlboro Light tu sedap gak kan?

Arghhhhhh!!

pjoe said...

erm...

Sedap lagi bila hisap lepas makan nasi ulam..

yummy!

pakdin_star said...

ala Yatt, jari kaki hang brapa aku tau. Takkan tak sentuh langsung, aku tak caya la. Hang sumpah, dah tujuh bulan tak sentuh langsung, takut...takut. Hah