Monday, March 26, 2007

MASTERPIECE

DUA puluh tahun dulu masa baru nak melangkah ke sekolah menengah hampir semua budak-budak sebaya aku ada cita-cita masing-masing. Karier macam doktor, engineer, cikgu, saintis, arkitek, lecturer, pramugara, askar, polis sampai la angkasawan cukup popular. Yang tiap-tiap tahun kantoi Maths Moden pun ada hati nak jadi doktor!

Dalam kelas tu rasanya aku sorang je nak jadi lain. Aku nak jadi PELUKIS atau KARTUNIS. Tapi sebenarnya lebih kepada kartunis sebab aku cukup taksub dengan kartunis local macam Datuk Lat, Ujang, Jaafar Taib, Li, Scorpyan, Gayour, Lee Inas, Kerengge dan banyak lagi termasuk menjadi pembeli setia Gila-Gila dan Gelihati (RIP).

Sebenarnya cita-cita aku tu hampir tercapai sebab masa Form 1 hingga Form 5 aku memang aktif dan kartun aku selalu keluar kat kedua-dua majalah tu. Hmm... payment dari Gila-Gila aku beli kasut Converse Chuck Taylor yang masa tu cukup gempak kat sini. Masa Form 5 aku nekad pegi KL sorang-sorang dan terus ke ofis Gila-Gila kat Bangsar. Aku jumpa arwah Rejabhad dan tunjukkan folio aku (banyak gila strip kartun yang aku bawak!). Rejabhad memang encouraged aku suruh melukis lagi, tapi jangan lupa habiskan sekolah.

Lepas STPM, dalam taun 1994 aku selamba plak gi ofis majalah Ujang kat Jalan Ipoh. Sekali lagi aku datang dengan beberapa siri kartun dan tunjuk kat Gayour. Gayour bantai gelak kat kartun aku! Ehek! Ehek! Lepas tu aku nampak Ujang kat dalam bilik dia. Aku tegur dia dan dia jawab :

"Sori dik, saya sibuk ni. Errr, adik boleh tunjukkan kartun tu kat Gayour ye," kata kartunis tersohor yang cukup glamour dan kaya waktu itu.

Masa tu baru le aku tau susah rupanya nak jadi kartunis. Aku ingat aku punya talent dah cukup, tapi sebenarnya banyak lagi yang aku kena belajar. Bila masuk ITM pada 1995, aku dah mula slow down. Sibuk belajar (kononnya) dan dating membuatkan aku dah jarang melukis.

Rezeki aku bukan dalam dunia kartun gamaknya, tapi aku puas jugak pasal karier aku sekarang still dalam dunia publishing. Jadi journalist pun kreatif jugak, kan?

So, ni antara kengkononnya masterpiece aku dulu la... hehehe. Biasa je lukisan aku, tak le cantik sangat sebab talent aku takat tu je. Heheh.



Kalau dah jiwa rock, karakter kartun pun nak rock jugak! Ni kengkonon influence Gayour & Nen la ni. Heheh



Ni aku lukis dari poskad. Gambar old town kat Penang rasanya.



Hah! Ni artwork aku ngan Nadia. Kami lukis masa dating sambil piknik kat Bukit Cerakah, Shah Alam dulu-dulu. Apa yang terpikir masa tu, terus je lukis!




Ipoh Old Town - Special Gift daripada aku untuk Nadia untuk birthday dia yang ke awal-awal 20-an dulu. Masa muda la!




Aku suka lukis dengan teknikal pen, drawing pen, marker dan pensel. Aku sebenarnya tak reti nak mewarna.




Kat bawah ni pulak antara favourite aku.

Saturday, March 10, 2007

AKU, ALOR STAR & RAWK N ROLL

Mesjid Zahir, Aloq Staq


ALOR STAR, 1.30 PAGI, 5 MAC 2007... First time kereta aku menjejakkan tayarnya kat sini.

Tak terfikir pun yang satu hari nanti aku akan bekerja dan tinggal kat bandar raya ni. Bukan sebab out station, tapi aku ditransferkan termasuk la dengan anak bini sekali! Untuk berapa tahun aku tak pasti, tapi rasanya memang bertahun-tahun!

Kalau kerja dengan surat khabar memang macam ni la. 'Risiko' nak kena transfer tu memang ada, macam askar dengan polis jugak la. Tapi aku tak kisah la. Walaupun banyak jugak yang perlu 'disacrificekan', tapi aku ambik positif dalam semua perkara.

"Kita kalau nak jadi reporter ni better keluar pegi state. Kat sana baru la kau punya talent teruji. Kalau asyik terperap je kat KL pun buat apa. Kau jadi tepu nanti. Kat state kau akan belajar banyak benda nanti. Mula-mula tu memang berat la sikit, tapi lama-lama gerenti okay punya," ini antara kata-kata semangat yang aku dapat daripada beberapa boss kat KL.

Memang pun. Kat sini aku kena buat macam-macam cerita dan jumpa macam-macam orang. Assignment pulak bukan setakat area Alor Star saja, tapi seluruh negeri Kedah termasuk la Pulau Langkawi dan Perlis. Silap-silap selatan Siam pun kena cover sekali!

Masa entry ni ditulis, aku dah tiga minggu kat bandar raya yang dah berusia lebih 250 tahun ni. Tapi aku tak tinggal kat town, tapi menyewa kat Bandar Darul Aman, Jitra. Tak jauh, cuma 15 minit drive kalau dari town.

Lebih kurang 12 tahun merantau kat KL, Alor Star membuatkan aku lebih rileks. Aku tak lagi terkejar-kejar atau maki hamun sorang-sorang dalam kereta pasal traffic jam atau ada kutu potong q sebab kat Alor Star ni tak ada benda tu! Kalau ada pun boleh dibilang. Kalau kat KL, kita terlambat tiga saat nak jalan masa traffic light hijau, orang belakang dah hon kaw-kaw punya. Tapi kat Alor Star takde.

Kat sini paling best sebab tak ada traffic jam. Aku tak kisah kalau rumah jauh dari ofis, yang penting jalan tak jem. Makanan pun murah dan banyak benda yang murah. Rumah yang aku sewa tu ada tiga bilik dan dua bilik air. Kira luas jugak la dan sewanya cuma RM300. Kalau kat KL rumah camtu mau dekat RM700! Hari tu aku gunting rambut RM5 je... heheh.

Kampung aku kat Batu Gajah dan Ipoh takde bendang kecuali bekas tapak lombong bijih dan lombong tinggal. Kat sini best sebab banyak bendang. Entah kenapa, aku suka sangat tengok bendang sejak kecik lagi. Aku teringin nak tangkap ikan haruan, keli, puyu atau sepat dalam bendang. Ish... dah lama tak buat camtu. Heheh...

Lagi satu aku suka nama-nama tempat kat sini. Antaranya Mentaloon, Hutan Kampung, Kebun 500, Alor Punti, Kubur Panjang, Gajah Mati, Kanchut, Tobiar, Tokai, Jenun, Kampung Klut, Tongkang Yard, Sungai Korok, Alor Dudur, Ladang Bukit Perak Tengah Selatan dan banyak le lagi. Heheh...