Kat bawah ni antara tiket wayang yang aku masih simpan. Tak le lama sangat, cuma sekitar awal dan hujung 90-an. Tapi memang rare pasal semua panggung tu sekarang dah bungkus! Dah tak wujud dah.
Antara panggung paling happening kat Ipoh masa 80-an dan 90-an dulu. Masa raya kalau tak tengok wayang kat sini tak sah! Hahaha! Logo Cathay tu rasanya logo lama, tengok la ejaan 'penuntun' tu. Sekarang panggung tu dah jadi tempat jual pakaian. Mat Indon dan Bangla yang banyak lepak situ.
Ni lagi satu panggung nostalgia kat Ipoh dan rival pada Cathay sebab lokasinya sebelah menyebelah je! Sekarang dah jadi restoran Cina rasanya. Aku tak ingat tiket ni cerita apa, tapi kalau tengok pada tarikhnya, tak salah aku 'Jurassic Park'. Punya la panjang q nak beli tiket ni!
Sekarang bila pegi Sungai Wang, aku tak ingat kat mana panggung ni dulu. Yang aku ingat ada satu panggung kat Sungai Wang jugak, tapi besor tak ingat! Luas gila kat dalam! Itu President rasanya. Dah bungkus jugak sekarang! Century ni kat mana yek?
Antara cineplex terawal kat KL. Aku heran kenapa panggung ni pun bungkus pasal lokasinya ok apa, Alpha Angle Wangsa Maju. Tempat tu pun still happening lagi sekarang. Cerita 'Air Force One' ni aku tengok masa praktikal kat production house. Masa tu on the way nak ke PD, shooting drama. So, director siap belanja tengok wayang dulu. Kononnya nak study la dari segi shot, lighting, angle apa semua. Hahaha!
Hah! Cathay Cineplex kat The Mall ni antara favourite aku gak. Dulu dari Shah Alam naik komuter sampai stesen Putra. Cucuk duit kat ATM BSN kat ground floor, gi tengok wayang, makan kat food court belah basement tu, then main game kat floor atas sekali. Pastu naik komuter balik Shah Alam balik dengan duit kat poket cuma tinggal RM10 sampai hujung bulan. Ahhh! Seronoknyaaa...
Kalau kat Ipoh pulak selain Cathay dan Lido, antara yang dah selamat ialah Ruby, Grand, Odeon dan Pavillion. Dan, err... satu lagi iaitu Hoover yang jadi port filem ehem..ehem.. tu. Hehehe.
SEBENARNYA banyak lagi panggung nostalgia aku kat Klang Valley ni yang dah tutup. Antaranya first cineplex kat KL iaitu Odeon kat CM. Lagi Rex kat Jalan Silang (betul ke? Alaa, yang depan Kotaraya tu) yang masa tu dikatakan mempunyai sound system paling hebat. Aku jugak selalu ke Cathay Jalan Bukit Bintang yang sekarang ni rasanya dah jadi tempat disko.
Kalau kat Ipoh pulak selain Cathay dan Lido, antara yang dah selamat ialah Ruby, Grand, Odeon dan Pavillion. Dan, err... satu lagi iaitu Hoover yang jadi port filem ehem..ehem.. tu. Hehehe.
13 comments:
Aku masa dulu2 memang tak minat nak tengok wayang.
Pasal tu aku tak banyak koleksi tiket wayang dolu2 ni..Wayang2 lama yang aku ingat kat Klang ni pun tak banyak. Kapitol, Cathay, Lido, Regal..skang suma dah tutup. Ada yang dah terbakar, yang jadi kedai game pun ada. Tapi kalo ko pegi Arau, ada satu wayang lama lagi kat sana. Bangku kayu lagi n yang paling best, bley isap rokok dalam wayang..haha. Aku layan "soal hati" kat situ..hehe
Panggung lama byk yg bungkus psl takleh nak compete dgn TGV dan GSC. Lgpun aku rasa skang ni panggung lebih sesuai buat dlm shopping mall. Senang org nak g. Kt kg aku dulu kat batu gajah ada dua panggung private, Wah Onn & Waldorf. Kerusi kayu, kipas siling dan bleh isap rokok gak. Hahaha
Cite 'blue' pun selalu gak tayang kt situ. Ekekeke!
Movie pertama aku tengok ngan wife aku dulu citer "Jumanji" kat Sg Wang. Mmg best giler tempat tu tapi sekarang dah takde dah. Ada sekali tu lalu kat Sg Wang carik balik wayang tu...hampeh dah melingkup ghupenya.
Kat Subang Parade pun best gak.
Dan yang paling tak best...kat CM pasal ramai yang buat wayang dari tengok wayang.
Aku pon pernah gak tengok X rated kat wayang di Kapla Bataih. yang bestnya, 90% yang tengok tu sumer orang tua. hehehe.
awaknye tiket ni tak best sbb tak tulis cite apa. haa..nana punye koleksi dulu, sume tulis tajuk cite. kumpui sejak sekolah, kalo tak silap. hehe..
tapi dulu boring tengok wayang, esp kat tgkt bawah. kelas tiga ke apa ntah. asap rokok satu hal, pastu blum kighe lagi mangkuk2 mane ntah dok sibuk baling2 kuaci la, apa la..haiyaaa..tu pasal nana & iza suke tengok kat tgkat ateh. tapi ramai kapel la plak. senyap sunyi satu macam. hehehe..;-)
Hobi aku di zaman bujang dulu dah tentu menghabiskan masa di panggung wayang. Boleh kata semua pawagam yg ada kt kl ni aku dh redah... tapi tu masa sblm kewujudan TGV dgn GSC. Tapi aku lbh prefer TGV & GSC ni sbb lbh selesa dan yg plg penting kt dlm shopping complex... kan dah senang tu nak lepak2 sblm wayang start. Feveret aku dh tentu KLCC sbb ada Kino... yeehaa.
wei... sedap je layan blog gayour. Sekarang g3 dah ada blogsite - g3blogsite.blogspot.com
jenguk2lah ye...
apai
Wei Apai! Thanks singgah blog gua.
Skrg mmg TGV & GSC dan konker sume panggung kt KL ni. Panggung2 kecik byk yg dah melingkup. Tapi kat Amcorp Mall still ada lg rasanya.
Ok apa blog Gayour tu. Selalu gak gua pegi, blog lu pun gua singgah jap. Gua memang selalu beli G3 la.
Bila masa lu kawin Apai?
thanx support g3.
sedeynye tengok tiket wayang rega tiga hengget.. la ni mana nak dapat dah.. nasiblah Bob suh pi tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang. Berpatutan... Tapi kelakar gak cinema dia tampal kain batik tu nak puff up the walls..
cop cop! baru perasan rame yg suka letak imej kasut/kaki/selipar as gambo blogger ek.. hehehehe rasanya converse den paling feminin... kaler purple. tapi selipar oren tu jeles gak tgk.. mana dapek.. en yatt punya.. er antik..
Meen... Antik dikatanya Converse aku tu. Tu converse kesayangan aku yg kaler Cream tu... Lagi kotor lagi akui suka pakai... hehehe
Yatt,
Masa zaman aku tengah giler pakai Converse, aku akan beli warna hitam, keluar kotak aje aku rendam dlm 2-3 hari ngan Clorox.
Ada sekali tu aku beli All America(kirim ngan sepupu kat JB) yang boleh lipat. Fuh memang sodap pakai.
ni apahal citer pasal kasut lak ni?
selipar converse aku kaler oren..heheh..anyway, since kome ceghite pasey kasut kan, kalo aku beli kasut baru, aku suruh kengkawan pijak2 bagi kotor. pastu aku belasah sampai jadik sizen. baru sempoi.;-)
heh...sape setat cite kasut ni ha?..
john mcClane,
TGV tu kan cathay punya,GSC pulak lido punya,diorang x penah bungkus,upgrade je..hehehe..
Post a Comment