Tuesday, May 16, 2006

AKU MASIH LAGI BUDAK MINANG - UJANG


IBRAHIM ANON atau lebih top sebagai UJANG – kartunis tersohor tempatan yang cukup terkenal dengan siri kartun Atuk, Aku Budak Minang dan IBC di majalah Gila-Gila dulu. Lepas tu sapa tak boleh lupa dengan majalah Ujang dengan lawak tahap gaban yang berjaya dijual sehingga 386,000 naskhah sebulan (tapi majalah Ujang yang sekarang dah tak best!) pada pertengahan tahun 90-an dulu.

Bagi aku Ujang berjaya meletakkan martabat kartun dan kartunis itu sendiri ke tahap yang tinggi. Dalam erti kata lain, Ujang mampu meletakkan dirinya setaraf dengan kartunis legenda kita – Datuk Lat.

Ujang sendiri adalah idola aku, waktu zaman yang cukup ghairah dan bercita-cita tinggi nak jadi kartunis satu ketika dulu. Aku dah tekad, lepas SPM pada 1991 aku akan ke KL untuk bekerja kat Gila-Gila. Tapi, takkan la abah (arwah) nak aku belajar takat SPM je. So, tak jadi la cita-cita aku. Rezeki aku bukan di situ sebenarnya.

Tapi Ujang kini bukan Ujang yang dulu. Status yang dulunya di puncak awan kini jatuh tersembam ke bawah gara-gara kesilapan sendiri. Kerana tidak mahu mengambil berat mengenai kepentingan hak cipta, semuanya hilang. Ujang yang dulu mempunyai hampir 200 kakitangan di bawahnya kini hanya mampu melukis di tepi jalan.

Ye la, dia pun tak pernah terfikir pun yang namanya akan dipatenkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Kenapa jadi macam ni? Kerana tamakkan duit, pihak lain sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Orang Melayu yang cukup kreatif dihenyak cukup-cukup sampai tak punya apa-apa. Rugi la kan…

Kalau korang nak dilukiskan karikatur diri sendiri atau famili, jumpa la Ujang kat Central Market. Bayar la dalam RM30 hingga RM50. Okay la tu…

14 comments:

N a d i a said...

kita kena tau pasal intellectual property ni. sayang, kalo kena kencing/rip-off camtu je, mcm kes ujang ni...

p/s: mane artikel ustaz akhil?..hehe..tak sabo nak baca kat blog sinun nih...

N a d i a said...

sis swan,
mmg ramai gak kartunis kita kena kencing (even datuk lat pun masa memula dulu, kata my dad lah). kesian sgt bile dengo cerita-cerita diorang, esp geng2 ujang ni la..kpd yg merip-off tu, bawak2 le beringat. hidup ni mcm roda.

Yatt said...

Senang menda Swan, abih sume reta benda dia melingkup!

Sampaikan dia balik kampung duduk menumpang dgn mak. Ish... ish...

Anonymous said...

Setan betui, sape mamat yg paten kat nama dia tu. MOY tu ker?
Tak leh ker suruh ujang pakai nama nie plak... -> Real Ujang.

Aku dari sekolah dulu, kartun dia ler yg paling aku suka, tak de tandingan dah dgn kartunis lain. Aku pernah beli buku Jibam, sampai lunyai pinjam dek kawan aku... Lepas dia bukak Lanun aku dah nampak cam ade yg tak kena, tapi x tahu plak pasal nama dia dah kena patern.. Dah lama aku kat beli majalah katun nie... Masa tu aku dah start x beli majalah kartun... boikot!!

Real Ujang Fans @ yob4ever.com

Anonymous said...

Banyak motosikal guna komponen tiruan China

PULAU PINANG 19 Mei - Lima peratus daripada lebih 430,000 motosikal yang didaftarkan di negara ini sehingga akhir tahun lalu dipasang dengan komponen tiruan buatan China, dakwa sebuah persatuan hari ini.

Pengerusi Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza mendakwa komponen tiruan itu dibawa masuk ke negara ini oleh syarikat yang mempunyai Permit Import (AP).

Pengguna yang berasa tertipu dan menghadapi masalah kerana membeli motosikal tiruan boleh membuat aduan kepada MASAAM bagi membolehkan persatuan itu mengambil tindakan, katanya.

Bagaimanapun MASAAM hanya boleh mengambil tindakan terhadap pembelian yang melibatkan syarikat anggotanya.

Syed Mohamad Aidid yang juga merupakan pengerusi Pertubuhan Industri Motosikal Asia (FAMI) mendakwa 15,000 unit motosikal tiruan dikesan di negara ini pada tahun 2003 dan 27,000 unit pada tahun 2004.

Berikutan itu, katanya, MASAAM buat pertama kalinya akan menganjurkan simposium bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik pengguna mengenai harta intelek di dalam industri motosikal.

Syed Mohamad Aidid berkata, antara topik perbincangan ialah mengenai sistem paten dan kaedah melindungi hak harta intelek.

Seramai 150 orang dijangka hadir di simposium itu yang dijadual diadakan di sini pada 25 Mei sempena Hari Harta Intelek Sedunia, April lalu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi seketariat simposium itu, Khalili Zulkifli melalui talian 019-4148474 atau 04-4388202.

- Bernama.

Moral of the story, ko dah patent pun kalau kerajaan buat bodo jer.. tak jadi pebendanyer

Yatt said...

Real Ujang? Udah ghope Real XPDC le pulok! Heheh...

Woi! Yop Anonymous! Tinggeykan le name kat situ. Pekeheynye nok nyoghok pulok! Kalau udah yopporeber tu, takkan le teman tak keney...

Kemat said...

aku tercari2 gak kat maner Ujang menghilang.. rupanya aku yg terlepas pandang. knapalah nasib kartunis melayu tidak pernah terbela.

N a d i a said...

semalam kat CM tercari-cari gak ujang...takde pun...:-(...

Anonymous said...

Yezzarrr....!! salah soghang kartunis yang aku minat dulu² selain Gayour & Datok Lat. Mase citer ABM keluor dalam Gegile dulu memang aku tak miss beli. sedih wooo bace kisah die kene diskriminasi ngan femeli die. mujor le opah die tu spoting gile. tapi tu le, mati le pulok opahnye....uwaaaaaa!!!

mase die bukak LANUN pon aku folo sebab aku nampok macam ade kelainan sikit, die dah terapkan unsor² dakwah. stat daghi sini le aku minat dengor kuliah Ustaz Shamsuri yang meghopekan penasihat majalah Lanun. mase tu soghat² tebaik yang bagi komen akan dapat keset Ustaz Shamsuri. tak tekecuali le aku pon dapat same. lepaih daghi tu le aku stat kumpoi koleksi keset kuliah Ustaz Shamsuri ni. sampey sekaghang dah ade dekat 300 kepin. semuenye gare² UJANG!!

** die ngam lagi ke ngan Mior (Din Beramboi)? kan dulu deme ni becakor pasey kerekter Din Beramboi tu?? heh heh!!

Anonymous said...

Walau bagaimanapun, Ujang is a survivor so he will fight till the end,in his own ways. Dah berapa kali jatuh, dia tetap bangun sebab dia bukan jenis yang muda berputus asa walau pun ada gak la beberapa kali putus wayar otak. Antara hasil ilustrasi Ujang yang terbaru adalah dalam buku tulisan seorang sahabat aku gak, namanya 'Nambai' and his first published book is a collection of local-flavored anecdotes entitle 'Nambai life is...' already featured in Selamat Pagi Malaysia on June 17th, 2006. Sahabat aku Ujang telah mengilustrasi satira tersebut. If any of you would like to buy the book, boleh contact aku di ats.resources@gmail.com. Aku tolong2 jer jer promote hasil kerja kawan2 aku yang 2 orang tu. After all, what are friends for, kan? That's the least I could do for the 2 of them to mark my supports towards their effort. Each copy sells at RM34.00, get yours now! Sekali lagi, email me at ats.resources@gmail.com, letak tajuk email 'Buku Nambai'. Kalau korang nak beli laaaaa kan kan kan?

Anonymous said...

Hidup mcm roda berputar. Kdg kat atas, kdg kat bawah. Yg penting, belajag dari kesilapan... Mcm mana pun, Ujang one of the best cartoonist yg kita ada - dan yg paling gila pernah aku kenal dulu...

Anonymous said...

haluuu...
lame dah tak dengar cerite pasal saudara ujang nih...Dulu time Kartunis Aie citer kat aku... pasal nasib Ujang nih nasib kartunis2 lain yg kene tipu ngan orang yg same... rase macam nak menitis air mate...Saudara ujang nih lebih teruk la kene...sampai sewel dibuatnye.Dia pernah bangkit dengan beberapa majalah lepas kejatuhannya di Kharisma yg kemudiannya betukar kepada MOY... tapi sebab dengki...MOY kontrol distribution area sampai kedai semua sorok magazine lanun, dan seangkatan dengan nye...macam tu jugak la kartunis Aie... Yang pernah femes dengan citer Blues untuk aku...lepas keluar dari MOY aie keje ngan bos aku dan aku buat buku dia Aku Dan Sesuatu...pun dapat masalah yg same...distributor,Aie kemudiannya dapat surat saman dari MOY yg menyatakan dia ciplak stroke lukisan blues untuk aku...6 saman tak salah aku...sian diorang...

macam mane la katun malaysia nak maju asyik dengki jeee...

Anonymous said...

ujang la ni dah menceburkan diri dalam arena memancing.. dia jd guide pancing kat kenyir. kalo nak dgr cerita terbaru beliau.. ada dalam akhber utusan ari ni.. dalam sigap.. dk frontpage ngan ikan tu

zairi said...

ha'ah..ujang memang best dari dulu.sampai belakon filem title dia.tapi skang...