Friday, May 19, 2006

IPOH MALI TATAK SOMBONG!!

SAPE pernah pegi Ipoh? Nak kira happening, memang la tak sehappening KL, Penang atau JB, tapi Ipoh tetap tersendiri dan unik. Dan, seantero Malaya memang dah kenal Ipoh! Lagi satu, traffic jam kat tak le seteruk kat tempat lain.
Sebagai bekas mining town paling hebat dalam dunia, Ipoh memang sinonim dengan kaum Cina. Pegi la mana-mana kat Ipoh ni, orang Cina sesaja! Dan, ramai yang kata amoi paling cun kat Malaysia ni amoi Ipoh le. Errr... tah la betui ke tidak.
Bagi sesapa yang pernah aktif dalam SCENE UNDERGROUND sekitar awal 90-an dulu, tentu tau Ipoh adalah pengeluar band-band death metal paling gempak di Malaysia. Scene 'Ipoh Metal Millitant' memang cukup dikenali. Ingat gig-gig metal kat Dewan Bulan Sabit Merah sebelah Stadium Perak tu? Perghh... mantap!!
Ipoh jugak jadik saksi bila aku dinikahkan. Dan, paling best sebab aku lahir kat Ipoh! Hahahaha!!
Town Hall... Selalu orang sewa untuk kenduri kahwin. Rasa macam pegi party zaman kolonial je.

Hotel Setesen di Ipoh Railway Station yang cukup klasik.


Stesen Ketapi Ipoh... Ada yang cakap ia adalah 'Taj Mahal Malaysia'. Heheh.


Ipoh New Town yang dah jadi macam Ipoh Old Town.


Bangunan era kolonial camni memang belambak kat Ipoh.


Ni antara yang dah tak digunakan. Tak lama lagi gerenti diorang runtuhkan.


Ipoh Old Town... 11.30 pm.


Salah satu lorong belakang kat Ipoh Old Town... gambor blur pasal kamera takde tripod.


Kedai-kedai kat sini banyak yang dah tutup. Tinggal la bangunan tu camni je...


Awek dan bangunan usang... err, takde kena-mengena pun sebenarnya.

Tuesday, May 16, 2006

AKU MASIH LAGI BUDAK MINANG - UJANG


IBRAHIM ANON atau lebih top sebagai UJANG – kartunis tersohor tempatan yang cukup terkenal dengan siri kartun Atuk, Aku Budak Minang dan IBC di majalah Gila-Gila dulu. Lepas tu sapa tak boleh lupa dengan majalah Ujang dengan lawak tahap gaban yang berjaya dijual sehingga 386,000 naskhah sebulan (tapi majalah Ujang yang sekarang dah tak best!) pada pertengahan tahun 90-an dulu.

Bagi aku Ujang berjaya meletakkan martabat kartun dan kartunis itu sendiri ke tahap yang tinggi. Dalam erti kata lain, Ujang mampu meletakkan dirinya setaraf dengan kartunis legenda kita – Datuk Lat.

Ujang sendiri adalah idola aku, waktu zaman yang cukup ghairah dan bercita-cita tinggi nak jadi kartunis satu ketika dulu. Aku dah tekad, lepas SPM pada 1991 aku akan ke KL untuk bekerja kat Gila-Gila. Tapi, takkan la abah (arwah) nak aku belajar takat SPM je. So, tak jadi la cita-cita aku. Rezeki aku bukan di situ sebenarnya.

Tapi Ujang kini bukan Ujang yang dulu. Status yang dulunya di puncak awan kini jatuh tersembam ke bawah gara-gara kesilapan sendiri. Kerana tidak mahu mengambil berat mengenai kepentingan hak cipta, semuanya hilang. Ujang yang dulu mempunyai hampir 200 kakitangan di bawahnya kini hanya mampu melukis di tepi jalan.

Ye la, dia pun tak pernah terfikir pun yang namanya akan dipatenkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Kenapa jadi macam ni? Kerana tamakkan duit, pihak lain sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Orang Melayu yang cukup kreatif dihenyak cukup-cukup sampai tak punya apa-apa. Rugi la kan…

Kalau korang nak dilukiskan karikatur diri sendiri atau famili, jumpa la Ujang kat Central Market. Bayar la dalam RM30 hingga RM50. Okay la tu…

Wednesday, May 10, 2006

KESIANNYA KAMBING ITU

Remaja liwat kambing kali kedua

BACHOK: "Budak itu terbaring keletihan tanpa memakai baju berhampiran kambing saya," kata Gayah Kasim, 36, pemilik seekor biri-biri yang menjadi mangsa perbuatan seks luar tabii seorang remaja di Kampung Pengkalan Chegal, Tawang, dekat sini, malam kelmarin.


Menurutnya, kejadian itu disedarinya selepas memeriksa kandang haiwan peliharaannya kira-kira 10 meter dari rumahnya apabila mendengar bunyi bising dan pelik dari kawasan terbabit. Katanya, budak itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menyergahnya dan menjerit meminta pertolongan.

"Ini sudah kali kedua budak itu `panjat' kambing saya dan kali pertama berlaku kira-kira 10 hari lalu.

"Ketika itu, saya sendiri dapat lihat dari tingkap rumah budak itu di atas kambing sambil keempat-keempat kaki haiwan itu menghala ke atas," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang selepas ini budak sekolah atau gadis kampung pula akan menjadi mangsanya.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor biri-biri kira-kira jam 7 malam di kampung berkenaan.

Berikutan itu, pemilik biri-biri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Tawang, dekat sini, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Nazley Mohd Said, berkata siasatan awal mendapati remaja yang didakwa melakukanperbuatan terbabit adalah jiran sekampung pemilik biri-biri berkenaan.

Sumber : HARIAN METRO, 8 MEI 2006


Ayat-ayat yang aku boldkan di atas adalah yang menjadi bahan gelak-ketawa kitorang kat opis.

Apa masalah budak tu sebenarnya? Aku tengok gambar budak tu... heheh... muka macam nerd, kurus dan kecik je... tapi kambing pun jadi!!

Banyak persoalan yang ada dalam kepala hotak aku ni.

Apa rasanya 'main' dengan kambing?

Macamana dia tergamak nak baringkan kambing tu dengan empat-empat kaki ke atas (kononnya nak buat rasa macam main dengan awek kot?) dan memasukkan 'anu'nya ke dalam 'anu' kambing tu? Arghhhhh... hahahaha!

Kalau dah desperate sangat pegi la cari bohsia ke hapa ke... ni dengan kambing? Adussss...

Kesian kambing tu.