Friday, November 21, 2008

ROTI ITU BUSUK, DURIAN SERTA TEMPOYAK YANG MEMUALKAN



AWEK dengan aksi paling gedik di atas ini adalah anak aku yang umurnya dah pun empat tahun. Cakapnya dah macam bertih goreng diselang-selikan dengan pertanyaan-pertanyaan yang bisa buat aku biol! Hahah!

Err... sebenarnya aku pelik dengan anak aku ni...

Dia cukup anti dengan roti. Roti buku atau orang tua-tua dulu panggil roti paun ( sebab zaman British dulu rasanya beli roti kena timbang ikut pound) dan sekarang dengan brand Gardenia atau High 5, anak aku cukup anti dengan alasan ia busuk (?).

Paling dia tension kalau aku makan roti tu dengan butter. Kononnya tak tahan dengan bau busuk dia akan masuk bilik, kunci duduk sorang-sorang kat dalam sampai la aku habis makan. Kalau tak pun dia akan bernafas ikut mulut...

Lagi satu pizza pun dia tak suka. Bayangkan aku bawak masuk Pizza Hut dia boleh bernafas ikut mulut pasal tak mau tercium bau pizza.

"Busuk!!" katanya.

Hmm... busuk ke bau roti? Aku pun tak tau.

Dia ikut sapa la gamaknya...

Oh ya! Aku kecik-kecik dulu pernah termuntah atas katil pasal tak tahan dengan bau burger yang kakak aku makan. Aku jugak dari kecik tak makan dan tak tahan dengan bau durian. Kalau arwah mak aku hidangkan tempoyak atas meja masa time makan, aku akan bawak pinggan nasi ke depan tv atau aku ambil botol air, letak depan aku supaya ia boleh lindung pandangan aku dari tertengok tempoyak yang aku geli tu. Heheh.

Dulu kecik-kecik pun aku geli nak makan bubur, sambal belacan dan kentang lenyek pasal dia lembik.

Lagi pelik, kan?

Tuesday, November 18, 2008

PHOTO BY YATT (5)

MESJID Zahir, Alor Star dibina pada 1912 dan sampai hari ni masih tersergam cantik di tengah-tengah bandar raya Alor Star. Tapak asalnya ialah kubur yang menyemadikan hero-hero Kedah yang tumbang semasa perang dengan Siam pada 1821.

Sunday, November 16, 2008

MELEPASKAN RASA AMARAH...


AKU jumpa billboard iklan Barisan Nasional ni kat Kepala Batas, Alor Star, baru-baru ni. Marah betul orang kat dia ya?

Apa korang rasa?

Saturday, November 15, 2008

AKU MAKIN TUA...


BARU-baru ni 10 November, birthday aku ke-34. Heheh. Hmm... lagi enam tahun dah 40. Peh! Rasa macam semalam je baru ambik result SPM.

Percaya atau tidak, aku sebenarnya bukan bangsa yang ambik berat sangat pasal birthday ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah celebrate betul-betul. Contohnya buat party, belanja kawan-kawan dan sebagainya.

Kalau orang nak celebrate untuk aku, aku tak kisah, tapi kalau aku yang nak buat sendiri memang tak ada la. Entah... aku tak minat sangat.

Aku jugak jenis tak ambil berat birthday orang lain dan kawan-kawan (kecuali yang betul-betul rapat dengan aku). Kadang-kadang birthday arwah mak dengan abah dan adik-beradik pun aku tak ingat! Kawan-kawan, apa la lagi!

Aku ada sorang kawan yang cukup ambil berat birthday semua kawan-kawan dia. Sejak sekolah sampai sekarang dialah satu-satunya yang tak pernah miss wish kat aku. Tiap-tiap tahun. Err... aku je yang tak pernah wish kat dia.

Sampai satu hari tu dia menangis gila-gila depan aku pasal aku tak wish birthday dia. Menggelabah aku. Mana aku tau, aku tak ingat. Aku ingat dia ok. Tapi itulah aku, dah jenisnya macam tu nak buat macamana.

Tapi, macamanapun aku appreciate sesiapa saja yang ucapkan selamat hari jadi kat aku baru-baru ni. Kawan-kawan ofis siap celebrate beli kek n pizza, aku appreciate sangat-sangat.

Ni kawan-kawan yang wish aku dalam facebook n sms hari tu. Tq very much...

My wife, Nadia

Joseph Anthony, Nizam Wahid, Murni Myra, Mizah, Nicky, Azwar, Axy Y4E, Yusniza Yunus, Nora Haslin, Anep Lanun, Fahmi Fakap, Zainuddin Zain, Malia, Din Teh O Limo Y4E, Dawlin Zainuddin, Eddie Y4E, Zul Husni, Zack, Uncle, Mazlan, Marina Harun, Mimi, Khaz Hamzah, Farihad, Alita Aris, Hanim, Ead, Saufi Hamzah, Ah Bun Y4E, Fiena Ramli, Embun Majid, White, Mai Amalina, Nurul Hisham, Cikgu Man, Puan Lola, Fairuz, Kaliempoot, Hangit Sangat aka One Luv, Fara, Azira, Arni & Edd.

Tq Tq Terima kaseyyyy...

Saturday, November 08, 2008

WARTAWAN HIBURAN YANG MENGHIBURKAN


Entry ini terinspirasikan dari blog ini dan satu artikel dari keluaran terbaru majalah ini.

WARTAWAN hiburan. Entertainment journalist - Berbanding wartawan desk lain (jenayah, sukan, court, general, politik, rencana, penulis khas dan sebagainya), diorang dilihat yang paling glamour dan setiap hari kerjanya nampak macam fun dan happening sangat.

Mesti la kan. Sebab kalau dah hari-hari boleh lepak dengan artis, tempias glamour itu pasti terlekat juga. Ini anggapan sebahagian besar masyarakat...

Malangnya, geng-geng wartawan hiburan ini seringkali dipandang sebelah mata. Sebahagian masyarakat yang kononnya lebih intelek menganggap golongan wartawan hiburan ini hampeh dan tidak cerdik.

Bukan saja di kalangan orang ramai, tetapi di kalangan wartawan-wartawan desk lain pun meletakkan wartawan hiburan dalam hierarki paling bawah!

Seorang rakan dari kalangan wartawan senior pernah berkata pada aku :

"Aku kalau diorang transfer suruh buat entertainment, mampus aku! Aku sanggup resign! Gila apa nak buat hiburan! Kau tau, pull out hiburan dalam paper kita kau ingat aku pernah baca ke? Tak pernah ambik tau langsung! Aku selak tengok gambar je!"

Sampai macam tu sekali tak sanggup nak kena tukar ke entertainment desk.

Diorang kata wartawan hiburan hanya tahu tulis gossip, cipta kontroversi, cerita buruk orang dan cerita artis yang ditulis hanyalah mengenai kahwin, cerai, tangkap khalwat, siapa kekasih dia, dan macam-macam lagi yang remeh.

Sebagai masyarakat, aku sendiri mual dengan cerita-cerita macam tu. Kadang-kadang rasa malu bila baca artikel macam tu atau melihat mereka 'menerjah' artis dalam keadaan yang pada aku agak kurang etika.

Bagaimanapun, sebagai wartawan aku faham. Cerita-cerita sebegitu kadang-kadang perlu ada kerana ia ada news value atau nilai berita. Bila dah ada nilai berita, tentulah ada yang nak baca atau lihat. Sorry, bad news is good news.

Cuma kadang-kadang tu over sikit. Heheh.

Pada aku sapa-sapa pun, sedikit sebanyak tetap nak ambil tahu terhadap perkara-perkara sensasi dan kontroversi. Itu naluri manusia.

Katakanlah tiba-tiba satu artikel dalam surat khabar berbunyi begini, "Pelakon Popular Dalam Keadaan Bogel Ketika Dicekup Khalwat Bersama Teman Wanita."

Aku jamin ramai yang pandang rendah dengan story macam ni. Mesti ramai yang cakap, apa la cerita macam ni pun nak keluar ke?

Tapi aku percaya, dalam dok kutuk-kutuk tu, sekurang-kurangnya dalam hati pasti terdetik nak tahu juga siapa pelakon popular tu kan? Biasalah, naluri manusia memang begitu.

Aku tak anggap wartawan hiburan ni tak cerdik ka, second class ka. Pada aku diorang cuma jalankan tugas yang boleh tahan jugak cabarannya. Ya lah, bukan semua orang boleh provoke artis untuk korek cerita peribadi dia! Tak ramai yang sanggup. Malu kan? Tapi diorang boleh. So, aku hormat skill diorang tu.

Cuma pada aku, kalau nak buat tu, agak-agaklah sampai jangan kau punya kredibiliti hancur dan etika dibuang entah ke mana.

Kita kalau nak condemn pun, janganlah sampai kita anggap yang kita ini tahu segala-galanya. Jangan rasa bila kau dah dengar muzik itu, muzik ini, kau rasa diri kau tu intelektual, bagus, cool dan orang yang tak mendengar muzik yang kau suka tu kau anggap dia bodoh.





Thursday, November 06, 2008

SUNDAY BLOODY SUNDAY



"You have to remember, for U2 every night has to be the best night. And if it isn't, there has to be a reason. We have very high standards and we always remember who pays our wages. Our audience deserves the best possible set of songs, not just running through some jukebox to keep ourselves amused."

- Bono U2 -

... Dan seorang 'bintang' yang hanya tahu miming di atas pentas begitu kita agung-agungkan seperti seorang agong hingga layak diberi pangkat.

Errr... mungkin cerita ini dah basi.