Wednesday, October 03, 2007

CUBA PIKIR...

ENTAH kenapa rasa kesian itu tiba-tiba bertukar jadi sakit hati, menyampah dan geram.

Baru-baru ini...

Salah satu akhbar di bawah bumbung organisasi akhbar tempat aku bekerja mencetak artikel mengenai seorang Hamba Allah di satu tempat di Kedah yang memerlukan bantuan. Tak salah aku anaknya sakit dan memerlukan banyak wang untuk rawatan.

Sebaik disiarkan, Unit Kebajikan di ibu pejabat kami di Kuala Lumpur menyumbang cek berjumlah RM2,500 sebagai tanda prihatin kepada penderitaan yang dialami oleh Hamba Allah itu.

Cek itu kemudian dihantar ke pejabat kami di Alor Star dan teman sekerja yang bertanggungjawab menulis artikel berkenaan lantas menghubungi Hamba Allah terbabit...

TEMAN SEKERJA AKU : Assalamualaikum, pakcik! Ni J daghi sughat kabaq A hat pi rumah interview haghi tu. Ni depa dah bagi cek ni. Boleh mai ofis ambik tak? ( Assalamualaikum, pakcik! Ini J dari surat khabar A yang pegi rumah interview hari tu. Ni diorang dah hantar cek ni. Boleh tak ofis ambik?)

HAMBA ALLAH : Hah! Awat saya kena pi ambik pulak? Hampa tak boleh mai hantaq ka? (Hah! Kenapa pulak saya yang kena pegi ambik? Korang tak boleh hantar ke?)

... Maka teman sekerja aku itu terpaksalah ke bank untuk 'bank in' kan cek itu...

Sekian.

5 comments:

carvedijan said...

Hah! Awat saya kena pi ambik pulak? Hampa tak boleh mai hantaq ka? (Hah! Kenapa pulak saya yang kena pegi ambik? Korang tak boleh hantar ke?)


Seronok sungguh tunggu duit sampai ke poket. Aku rasa aku dah boleh pikir apa masalah dorang ni.

Anonymous said...

tu la..kdg2 rasa skeptikal gak ngan kisah2 org susah ni sume. genuine ke tak?..tambah plak ada setengah manusia tu obviously lebih suka duduk rumah saje2 & tunggu duit jatuh dari langit...

hmm..mcm kes manusia yg mintak sumbangan org ramai nak ganti tulang pinggul dia yg dah rosak sedangkan manusia tu jadik camtu sbb dia mabuk, terjatuh kat tangga disko. alasan 'mulia' manusia ni: dia sole bread winner of the family. mcm mana ye?..

shazrol said...

salam aidilfitri kepada Yat dan family dari Roy sekeluarga.

Ko pakai no lama lagi ke bro?

-Roy x KKSB

Yatt said...

Ijan & Nadia
Ntah le. Kadang2 org ni tak reti nak menyusun ayat dan berbahasa yg kena pada masa dan tempatnya.

Roy
Salam Aidilfitri utk ko dan family jugak. Anak berapa dah wei? Lama rasanya tak jumpa ko. Aku kt Kedah skang. Yup! Gua still pakai no lama lagi...

zairi said...

jangan cepat salah tafsir.dah nama nye pun perlukan bantuan.so,bantu lah bank-in kan untuk dia.