Tuesday, October 09, 2007

BERAYALAH KITA...

Pix by Yatt


TULISAN ini ditulis sewaktu tiga hari lagi umat Islam nak menyambut Aidilfitri. Dalam waktu yang sama, aku semakin malas untuk menghayun langkah dan memandu ke ofis. Bukannya sebab mood nak raya, tapi sebab tak sabar nak cuti. Itu saja.

Oh ya, raya ni aku bersama anak beranak akan balik ke Ipoh dan Batu Gajah, Perak. Cuti pun tak lama. Jumaat, Sabtu & Ahad je. Hari Isnin atau raya ketiga aku dah kerja balik. Heheh... best kan? Mungkin aku akan ambil cuti panjang lepas raya nanti.

Rasanya nak balik nanti, aku tak perlu tempuh jam menggila dari KL ke Ipoh seperti mana dalam tahun-tahun sebelumnya. Kali ni aku dari Alor Star ke Ipoh - menongkah arus! Kalau jam pun, mungkin tak teruk sangat kot.

Gila! Dulu masa dok KL, kalau nak balik raya aku akan keluar rumah jam 4 pagi semata-mata nak elakkan jam. Tapi bila sampai tol Jalan Duta dan Rawang, bersusun jugak kereta! Apa nak buat, ada dua juta orang pun pikir benda yang sama macam aku pikir jugak!

Raya kali cukup berbeza sebab arwah mak dah takde. Apa yang pasti, aku mesti rindukan rendang ayam dan lemang yang dah jadi menu wajib aku sebelum pegi sembahyang raya. Rendang ayam mak aku sedap wooo! Kakak aku cakap dia nak buat pagi raya ni, tapi mesti tak sama punya...

So, agenda raya ni ialah kami lima adik beradik akan berkumpul masa malam raya. Pagi raya esoknya lepas sembahyang kami akan ke kubur arwah mak dan abah. Lepas tu pegi beraya ke rumah mak dan bapak sedara kat Ipoh, Gopeng dan Batu Gajah.

Raya kedua semua akan balik beraya ke rumah mentua masing-masing. Tinggallah rumah arwah mak dan abah kosong dan tak meriah seperti mana Aidilfitri dulu-dulu.

Hmm... malam raya dan pagi raya nanti mesti aku sedih... Aku tak pernah lagi sambut raya tanpa mak dan abah...

Ok... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA..

Maaf Zahir Batin

9 comments:

N a d i a said...

lekk brader...;-)..
anyway, pix tu lawo la!..i like!

Yatt said...

Nadia
Ni tgh relax la ni... Heheh. Relax...relax... (lagu Black Dog Bone)

pjoe said...

Selamat Hari Raya!
memikirkan nak balik Kota bHaru esok..sakit kepala
Thn lepas 12 jam atas kereta
Thn ni tak tau la
adeh

Anonymous said...

Yatt, sedih dan berbeza jugak raya lu tahun ini ya...
harap tabah menghadapinya...

Selamat Hari Raya untuk lu dan keluarga...
Moga berbahagia selalu...


Nota:
errr... bila nak beri Deena tu adik, nescaya akan terubat tak banyak sedikit 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh kedua orang tua lu...

cLina BeLedZa said...

selamat menyambut hari raya to yatt,nadia dan deena.

Yatt said...

Siamang Gagap
Tima kasih. Semua org akan lalui benda yg sama kalau kehilangan org tersayang dlm family.

Clina
Salam Aidilfitri utk hang & family. Kirim salam kt Uyi yg cute gila tu. Hihi...

Yatt said...

Nezjoe
Nasib baik kg aku bukan kt belah-belah Pantai Timur. Hehe. Joe, mana nak dpt Missing Chapter punya EP ka, LP ka, CD ka...

fara[the]bugbuster said...

selamat hari raya buat yatt and nadia sekeluarga... maaf zahir dan batin... *smile*

carvedijan said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin untuk enche Yatt, puan Nad dan untuk Deena...nak duit raya, meh dtg rumah achik Ijan.