SALAH-satu hobi aku adalah mengumpul tiket. Tak kira la tiket apa pun. Tiket bas, wayang, konsert, bola,
flight atau apa-apa je lah! Ada yang aku taruh dalam album dan banyak jugak yang bersepah lagi dalam plastik!
Kat bawah ni antara tiket wayang yang aku masih simpan. Tak le lama sangat, cuma sekitar awal dan hujung 90-an. Tapi memang
rare pasal semua panggung tu sekarang dah bungkus! Dah tak wujud dah.
Antara panggung paling
happening kat Ipoh masa 80-an dan 90-an dulu. Masa raya kalau tak tengok wayang kat sini tak sah! Hahaha! Logo Cathay tu rasanya logo lama, tengok la ejaan 'penuntun' tu. Sekarang panggung tu dah jadi tempat jual pakaian. Mat Indon dan Bangla yang banyak lepak situ.
Ni lagi satu panggung nostalgia kat Ipoh dan rival pada Cathay sebab lokasinya sebelah menyebelah je! Sekarang dah jadi restoran Cina rasanya. Aku tak ingat tiket ni cerita apa, tapi kalau tengok pada tarikhnya, tak salah aku 'Jurassic Park'. Punya la panjang q nak beli tiket ni!
Sekarang bila pegi Sungai Wang, aku tak ingat kat mana panggung ni dulu. Yang aku ingat ada satu panggung kat Sungai Wang jugak, tapi besor tak ingat! Luas gila kat dalam! Itu President rasanya. Dah bungkus jugak sekarang! Century ni kat mana yek?
Antara cineplex terawal kat KL. Aku heran kenapa panggung ni pun bungkus pasal lokasinya ok apa, Alpha Angle Wangsa Maju. Tempat tu pun
still happening lagi sekarang. Cerita 'Air Force One' ni aku tengok masa praktikal kat production house. Masa tu
on the way nak ke PD,
shooting drama. So, director siap belanja tengok wayang dulu. Kononnya nak
study la dari segi
shot, lighting, angle apa semua. Hahaha!
Ni pun dah bungkus. Err... ni masa zaman tengah cintan-cintun dulu.
Hah! Cathay Cineplex kat The Mall ni antara
favourite aku gak. Dulu dari Shah Alam naik komuter sampai stesen Putra. Cucuk duit kat ATM BSN kat
ground floor, gi tengok wayang, makan kat
food court belah
basement tu,
then main
game kat floor atas sekali. Pastu naik komuter balik Shah Alam balik dengan duit kat poket cuma tinggal RM10 sampai hujung bulan. Ahhh! Seronoknyaaa...
SEBENARNYA banyak lagi panggung nostalgia aku kat Klang Valley ni yang dah tutup. Antaranya first cineplex kat KL iaitu Odeon kat CM. Lagi Rex kat Jalan Silang (betul ke? Alaa, yang depan Kotaraya tu) yang masa tu dikatakan mempunyai sound system paling hebat. Aku jugak selalu ke Cathay Jalan Bukit Bintang yang sekarang ni rasanya dah jadi tempat disko.
Kalau kat Ipoh pulak selain Cathay dan Lido, antara yang dah selamat ialah Ruby, Grand, Odeon dan Pavillion. Dan, err... satu lagi iaitu Hoover yang jadi port filem ehem..ehem.. tu. Hehehe.