Tuesday, November 28, 2006

I'M BACK! HAHAHAHAHA!!


“Gila berdebu blog ni. Udah-udah la tu Yatt, Perancis dah dapat menerima kekalahan. Ko lum lagi ke.. apdet la woi! hehe,” kata Edd Vedder.

“Incik Ara bile nak update ni? Dah 3x masuk takde perobahan,” ujar Tuan Puteri Siti Rosman.

“Entahnye...mana kome pegi aa? Senyap je le ni. Kat nasik beringin pun dah tak nampok muka...err...kome posa ke idok ni?? hehehe,” kata Tuan Greect Inc.

“Encik Yatt oii, world cup 2010 dah nak setat dah..bile nak update blog ni??..heheheh,” kata bini aku pulak!

Hahahaha! Punya la lama aku tak update blog ni. Betui le kata Edd, abih berdebu! Mak aiii... sawang pun banyak! Ish... Apa alasan nak bagi ye? Nak kata sibuk common sangat. Lagipun aku bukannya sibuk gila babi pun.

Senang cerita, aku memang MALAS-BUNTU-BLANK-KAPUT! Hehehehe...

Sebagai merasmikan balik blog ARA PAYUNG THE RETURNS ni, aku nak cerita kat korang satu benda yang berjaya jugak aku buat (setakat ini la) selepas lama aku cuba nak buat!
Hehe.. Aku dah BERHENTI MEROKOK... Aku dah QUIT SMOKING!

FYI, aku dah stop smoking sejak 11 November 2006, sehari selepas birthday aku yang ke-32. Masuk hari ni (29 November 2006) dah 19 hari aku tak merokok. Cuma pada 19 November aku terkantoi dalam tiga batang! Semuanya gara-gara kena pegi assignment kat Taman Negara. Semua press dan PR Exec yang pegi heavy smokers la pulak! Aku tak tahan dan akhirnya tewas jugak dengan tiga batang Dunhill yang dioffer satu Mamat tu! Tapi hari tu aje, lepas tu takde dah... Tapi consider macam tak hisap jugak la! Hehehe... boleh ke?

Ada yang ketawa dan tak percaya aku dah stop. “Eleh... kejap lagi hisap balik la tu.” Dialog cenggini memang biasa la. Layan je. Tapi aku tekad, aku memang nak quit betul-betul! Tapi ramai jugak la yang sokong. Anyway, thanks to them.

So, good bye MARLBORO LIGHTS!

10 comments:

zan said...

OK la tu Yatt. Aku udah tak isap rokok semenjak 3/9/06. Tapi segan nak cakap dah berhenti. Takut satu ari jadi cam ko. Tak ke malu sendiri nanti..hehe. Tapi sampai ari ni (29/11/2006) masih suci lagi la paru-paru ku ini dari En. Nic dan En. Tar. Hahaha. Er...kasi review la Yatt pasal Wings itu ari. Dari pandangan seorang fan Search..hahaha

Edd Vedder said...

..Aku dah BERHENTI MEROKOK... Aku dah QUIT SMOKING!

Say it isn't so Yatt! Aduss.. hilang lagi sorang geng se-Marlboro. Anyway, keep it up. Trick dia, jgn kawan dgn org isap rokok. Sbb pengaruh rakan sebaya ni punca utama penghisap rokok. hehe.. pandai aja aku nasihat.

Wahh.. dah sapu nampak semua debu-debu dlm blog ni. Siap renovate lagi.. tapi mcm pernah nampak template ni, tapi di mana ya.? Oh ye la.. korang kan duduk serumah, so rumah blog pun kena sama la, tak gitu? hehe..

..aku nak gi isap rokok kejap. Hujan2 mcm ni, dapat Marlboro sebatang sedap ni.. muahaha.

N a d i a said...

macam pernah ku lihat template ini, tapi di mana yaaaa?...heh..ye ke tak perasan tersama pulak wahai yatt ku sayang??..hehehe

Anonymous said...

Ooo...Yatt, ko nak pi tengok crita CINTA ... Jiwang jugak ropenye ko ni ye...

N a d i a said...

brader man tembok,

'yatieku cayang' bunyik cam jiwang ke tak? heheheheh...;-)

Yatt said...

Zan
Congrats psl dah berenti merokok gak... Errr.. Wings tu Nadia nak reviu nanti dlm blog sinun.

Edd
Aku dah tekad Edd, sori bro. Heheh. Ari tu member aku bwk blk sekarton Marlboro Lights dari Jepun. Siap nak bg aku sekotak, dan aku tolak dgn hormatnya. Hahahahaha!

Nadia
Template sama ke? Aiseh.. tak perasan le... heheh

Man Tembok aka Pyan
Hang punya kartun dulu pun tak kurang jugak jiwangnya. Lagi mau kata org. Ekekekekeke!

Anonymous said...

Huarghahahahahaaa... Tu masa gua tgh cloud nine tuh... Gua pun x rasa kejiwangannya - cuma org yg bagi tau. Jgn ler mare...

Anyway hangpa dua mmg best couple - salute!

Zack said...

Tahniah Yatt! And welkam back brudder!!

Aku pun jenuh nunggu orang rumah aku berenti merokok (walaupun tak smoking dalam rumah, tapi aku concernkan peparu dia tuh). Dulu sebelum kawen, kata nak quit, la ni sampai anak aku dah 4 taun pun masih berasap lagi. Ntah la...

PS: Sekarang nih, kekadang lepas tengok video MCR, aku pun terasa nak pekena sebatang Marlboro Lights, walaupun aku tak smoke dan tak suka gila smokers! Haha!

Yatt said...

Hihihih... Tq adik Zack. Hehehe... org umah aku pun dah berbuih dan bertaun nunggu aku nak quit smoking.

Ish... jgn le ko memandai nak isap Marlboro Lights semata-mata gilakan Romen Kimia Ku tu. Kang aku belikan ko sekotak baru tau!

...$weE+ 666... said...

byk kali aku lalu sini tengok sama je view nyer... ntah kenapa ari ni tergerak, tengok2 dah lain. hehehe... akhirnya! byk lak tu post yg aku dah terlepas...

anyway, congrats la sbb ada niat nak berhenti merokok dan selama 19hari mampu melaksanakannya. tapi kan... aku still blom consider berjaya. sbb bak kata aru (rob) "slagi tak cukup 3 tahun berhenti merokok, jgn ckp berjaya..." mungkin ada benarnya...

laki aku tu ntah bila nak benti agaknya... letih! kau dpt wahyu ke nak benti merokok ni yatt? hehe...