Sunday, July 02, 2006

HARI YANG INDAH

Yipeee!! Merci beaucoup France!!

Hahahahahaha!!

TARIKH 1 Julai dan 2 Julai 2006 adalah hari paling gembira bagi aku sebagai peminat bola. Mungkin bukan dua hari tu aje, tapi agaknya sampai ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Takpe, England boleh cuba empat tahun lagi.. err.. ataupun takyah mimpi la nak menang World Cup.

Kenapa la ramai orang (baca : Rakyat Malaysia) suka sangat England ni. Errr.. England pernah memang mana-mana major tournament ke? Oooo... ada. 40 tahun dulu menang World Cup kat Wembley. Euro? Errr... tak pernah langsung!

Jadi, apa magiknya England ni?

Brazil? Tu la, over confident sangat.

Ni ha statement Roberto Carlos kepada media :

"Saya menaruh keyakinan terhadap pasukan, percaya kepada taktik dan kekuatan skuad. Kami sudah menang semua pertandingan yang kami sertai. Kemenangan ke atas Jepun 4-1, sudah membuktikan bahawa Brazil layak dinobatkan selaku juara dunia.

"Sejak 12 tahun kebelakangan ini, Brazil sudah membuktikan bahawa mereka tidak tewas pada final Piala Dunia (lupakan kekalahan dengan Perancis). Bola sepak sentiasa berubah tetapi Brazil masih di depan. Kami sudah bersedia."

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, skuad Brazil ditubuhkan semata-mata untuk memenangi Piala Dunia.

Hahahahaha!

14 comments:

Anonymous said...

Time aku sokong Brazil, dorang tak perform lakkk... penat jer aku tunggu sampai jam 3 pagi nak tengok dorang menang. Hampeh aaaa! But tahniah untuk France... Viva la France!

Check out aku punya comment kat entry Ara Payung on Ujang yang tetap anak Minang itu.TQ.

N a d i a said...

yeehhhaaaaa!! alangkah indahnya pagi itu, kan sayang??..bergegor gamoknye bdr tun hussein onn dek suara kite..:-)ala..once in a while, best gak nengok final yg unpredictable...idak le balik-balik brazillll je.

forza italia!!
viva la france!!

Mohd Asnol Lob said...

tak pueh ati sungguh argentina kalah. cam mana jerman boleh menang ni...

arrghh. tak pueh ati tak pueh ati.

MagnusCaleb said...

hahaha walaupun kat ruang tamu umah aku ada bendera brasil separuh dinding aku tetap gembira apabila brasil kalah dan juga bila england kalah hehehe kerana team aku (australia) dah awal2 lagi balik kampung...argentina kalah pun aku suka gak hehehe harap2 portugal menang Cawan Dunia kali ni

siti rosman said...

cawan dunia dah jadi tahap holy grail plak glamer & mystiquenye. tah sape la menang ek! tapi buat penyokong2 england yg telah mengutuk italiaku - heheheh... nuff said ek! argentina takde luck beb, nak buat camne... my fave gak tu since zaman batistuta lagi. suh dia jadi coach ke ape ke macam klinsmann baru argentina memang kot

Yatt said...

Hahaha... ramey rupanya yg tak suka england kat dunia maya ni. Ingat aku sorang jek.

Semoga Cawan Dunia kali ni akan menjadi milik Portugal atau France... heheh

Idyllic...
Aku dah baca komen tu. Thanks. errr.. Pasey ape mahey beno buku tu?

Anonymous said...

Ara... itu mmg harga buku tu... printed kat belakang tu RM34 for semenanjung malaysia and RM37 for east malaysia. It's a book, darling! Sama cam buku Dato' Lat... sekarang harga buku2 Lat lebih kurang that range gak.

Yatt said...

Idyllic...

Mana rupabentuknya buku tu? Ko emel le kat aku. Ape contentnya?

...$weE+ 666... said...

aku pun tak suka england weiiiii!! aku hepi sgt dorang kena tapau!! hahaha... tapi aku sedih argentina pun kena tapau. brazil tu aku tak kisah sgt pun...

N a d i a said...

pb,
yeayyy!!...siap nangis terharu depan tv lagi..hahaha...tak sia2 gua sapot italy sejak kecik-kecik lagi. besttt!!

Mohd Asnol Lob said...

argentina...argentina...argentina

**sawan ke hapa budak ni...muahahaha

N a d i a said...

greect, greect...
udah, udah le tu...teman pun sapot argentina gak. ikut je ckp the beatles, "let it be..let it be..let it be, oh, let it be..."...hehehehe..

Anonymous said...

Saya dengan yakin seyakin yakinnya, tiada yang yakin melainkan yakin yang setinggi Wisma Yakin dengan yakin menggundi Perancis untuk menang Piala Dunia 2006!

Skrip Euro 2000 akan berulang kembali!!!!

Yatt said...

Ejoi...
Aku pun sependapat dgn ko... hahahaha

Hanif Dewa...
Tu la.. belagak sangat. Over confident. Kan dah kena... heheh