Friday, November 11, 2005

RAYA LAGI KE?

HEHEH... STILL dalam mood raya lagi nih. Kat opis pun ada kaum yang ambik cuti sampai dua minggu, sebulan pun ada beb! Raya sakan beb!
Aku seminggu je la... 29 Oktober sampai 6 November hari tu je. Tapi puas jugak la beraya dengan famili dan kengkawan.
Bagi aku raya yang seronok bebudak je la. Dapat duit raya, kita yang 'tua-tua' ni plak kena bagi duit raya. Bebudak sekarang dah pandai komplen kalau bagi duit raya sikit. Anak buah aku siap 'pelekeh' aku sebab kasik dia RM5 (kira banyak la tu!). Last-last kena lepuk ngan mak dia! Keh! Keh! Keh! Padan muka!
Selain meraikan kemenangan selepas mengharungi bulan Ramadan, Aidilfitri banyak bagi nostalgia especially masa malam dan pagi raya. Berkumpul ramai-ramai satu famili dah syok dah.
Tapi tahun ni raya famili aku syahdu sikit sebab inilah first time kitorang beraya tanpa abah. Abah aku meninggal pada 27 November 2004, seminggu lepas raya. Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Radzi Hashim.
Aku, Nadia & Deena balik beraya ke Perak. Nadia kat Ipoh dan aku plak kat Batu Gajah. Senang dan tak payah pening-pening kepala nak beraya kat mana sebab Ipoh ngan Batu Gajah tak le jauh sangat. Lebih kurang PJ pegi Shah Alam je. So, malam ngan pagi raya aku kat rumah mentua, lepas sembahyang raya kitorang beraya ke rumah aku pulak. Petang balik semula ke Ipoh. Besok raya kedua tidur kat Batu Gajah pulak. Macam tu la seterusnya... heheh.. penat jugak!
Balik KL on 6 November. Semua orang cakap jem. Tapi kitorang blah awal, nasib baik tak jem walaupun kete banyak tapi highway still smooth. Petang tu bila aku tengok berita baru la jem gila babi. Fuh!!
Esoknya gi keje macam biasa balik. Masuk opis pukul 10 am macam baru dilanda garuda jek! Biasa la press, banyak yang keje masa raya hari tu. So, lepas raya turn diorang plak cuti. So, pagi tu sampai ke lunch hour aku bantai berborak je. Keh keh keh!!
Deena (dua dari kanan) dan sepupu-sepapatnya seronok lepas berjaya mempokaikan bapak dan pak sedara masing-masing.
Tiga hari sebelum raya, sempat jugak berbuka dengan kengkawan kat Kuala Kangsar.

Adam & Deena


Heheh... Ni le famili kecik aku. Aik? Sorang je anak? Errr...

10 comments:

N a d i a said...

nak berape anak lagi??...uhuhuk..uhukk...nanti-nanti la..;-)

Bukan Sepet said...

en payung...

yer lah.. takkan 1 aja? application form (tambah anak bukan tambah bini) dah isi ke belum?

Salah isi form kuut... tu yg tak approve approve lagi tu .. hahaha!

N a d i a said...

application form tambah bini??!!..hmmmmmmmm...

...$weE+ 666... said...

sorang pun kira ok per... daripada takde langsung! at least bleh gak buat collection $ raya. aku nak kena tunggu next raya la plak... he he... cute family!

Mas said...

lor, demand betul ler anak sedara ko tu. rm5 tu normal lah tu.
anak ramai pun bkn ko yg beranak kan?wife ko ler kena beranak.

highheelseliparjepun said...

Ok la tu ada anak..gua ni?hehe...

Anonymous said...

Abg Elephant Stone!Yg baju hitam bertenggung tuh namenyer bejohn ka?Name teman tak pastilah ingat2 lupe...Duk kat maju rapat?Betui kan?

Yatt said...

Shafarico!

Betui le tu.Mamat tu john, budok maju ghapat. Sekarang ghoje kat Cameron, tapi ghasenye dah nak kene tuko ke Tepen.

Kawan kamu ke die tu? DUlu budak sekolah Gunung Rapat. Dia tu geng2 gi tgk bola le same aku... heheh

Anonymous said...

Tidak syak laie...Ntah rasenyer dia dah tak cam teman...dulu ada jugak tegor2 gitu...Pasal teman duk kat Maju Rapat jugak dulu...Abg Bjohn teman panggil dia!Teman kwn rapat ngan adik sedare dia..

zairi said...

biar ada anak sorang dari x ada anak langsung.kang orang kata kita mandul plak...kuikuikui