"INI mesti kasi reduce," kata Dr Selvam sambil memegang, err... perut aku. Cis!
"Makan nasi satu kali satu hari cukup. Lain you boleh ambil wholemeal bread dan buah-buahan. Kena exercise la sikit," sambung doktor berusia separuh abad itu yang perutnya aku lihat lebih boroi daripada aku.
"Hah! Lagi satu, rokok jangan. You better quit, now!" tegasnya sambil membeliakkan mata pada aku.
Erk! Ya, rokok. Err... boleh katakan aku dah
quit la sekarang, walaupun tak sepenuhnya sebab sekali sekala orang
offer tu aku belasah jugak!! Tapi sejak November tahun lepas, aku dah amat kurang hisap rokok. Dan, aku kira ia satu
achivement paling hebat bagi seorang yang sebelum itu adalah perokok tegar Marlboro Lights! Heheh...
Ya, tuan-tuan dan puan-puan...
Aku perlu memulakan
projek kehidupan sihat dan
projek kurus dengan lebih gigih lagi (yang sebenarnya dah aku mulakan sejak sebelum Ramadan lalu berdikit-dikit).
Untuk pengetahuan anda, aku sudah mula
cycling lebih kurang tiga ke empat kali seminggu. Sekali
cycling dalam dua ke tiga km. Ok la kan? Teringin nak buat tiap-tiap hari, tapi selalu tak sempat! Kadang-kadang aku ada jugak
jogging kat Tasik Darulaman tak jauh dari rumah aku ni. Selain tu tiap-tiap malam Jumaat aku akan main futsal. Dalam sejam ok la.
Dan, semestinya makan kena
control!
Wish me luck, kawans!