Sebelum ke salun
Selepas ke salun
NAMANYA Irdina Riadz... Kali terakhir rambutnya dipotong ialah pada 2004 ketika usianya baru nak menjangkau tiga bulan di majlis cukur kepala.
Tiga tahun lepas tu, rambut Irdina tidak pernah digunting dan berjaya mencecah ke paras bahu. Tapi yang kelakarnya rambut dia macam maggi mee. Dua kali pandang macam rambut Slash, ex-gitaris Guns N Roses pun ada! Haha...
Dan, entah kenapa budak ni cukup pantang kalau rambutnya diusik terutama kalau nak disikat. Aku dah mula terbayang macamana la kalau dibawak untuk gunting rambut. Gerenti susah punya! Jenuh la si
barber nak pegang kepala dia!
Bagaimanapun, bila si mamanya pegi gunting rambut masa kami balik kampung di Ipoh baru-baru ni, Irdina tiba-tiba nak gunting rambut sekali. Selamba je dia duduk senyap atas kerusi dan awek tukang gunting kat salun tu pun heran sebab budak ni duduk diam. Siap syampu rambut sekali, tapi terpaksa ditambah bantal masa disuruh baring sebab kepalanya tak sampai pada
sink cuci rambut tu.
Kat atas ni adalah gaya rambut terbarunya. Penuh ceria dan eh! Makin
cute la pulak!
Haha... puji anak sendiri la pulak!