Tuesday, November 28, 2006

I'M BACK! HAHAHAHAHA!!


“Gila berdebu blog ni. Udah-udah la tu Yatt, Perancis dah dapat menerima kekalahan. Ko lum lagi ke.. apdet la woi! hehe,” kata Edd Vedder.

“Incik Ara bile nak update ni? Dah 3x masuk takde perobahan,” ujar Tuan Puteri Siti Rosman.

“Entahnye...mana kome pegi aa? Senyap je le ni. Kat nasik beringin pun dah tak nampok muka...err...kome posa ke idok ni?? hehehe,” kata Tuan Greect Inc.

“Encik Yatt oii, world cup 2010 dah nak setat dah..bile nak update blog ni??..heheheh,” kata bini aku pulak!

Hahahaha! Punya la lama aku tak update blog ni. Betui le kata Edd, abih berdebu! Mak aiii... sawang pun banyak! Ish... Apa alasan nak bagi ye? Nak kata sibuk common sangat. Lagipun aku bukannya sibuk gila babi pun.

Senang cerita, aku memang MALAS-BUNTU-BLANK-KAPUT! Hehehehe...

Sebagai merasmikan balik blog ARA PAYUNG THE RETURNS ni, aku nak cerita kat korang satu benda yang berjaya jugak aku buat (setakat ini la) selepas lama aku cuba nak buat!
Hehe.. Aku dah BERHENTI MEROKOK... Aku dah QUIT SMOKING!

FYI, aku dah stop smoking sejak 11 November 2006, sehari selepas birthday aku yang ke-32. Masuk hari ni (29 November 2006) dah 19 hari aku tak merokok. Cuma pada 19 November aku terkantoi dalam tiga batang! Semuanya gara-gara kena pegi assignment kat Taman Negara. Semua press dan PR Exec yang pegi heavy smokers la pulak! Aku tak tahan dan akhirnya tewas jugak dengan tiga batang Dunhill yang dioffer satu Mamat tu! Tapi hari tu aje, lepas tu takde dah... Tapi consider macam tak hisap jugak la! Hehehe... boleh ke?

Ada yang ketawa dan tak percaya aku dah stop. “Eleh... kejap lagi hisap balik la tu.” Dialog cenggini memang biasa la. Layan je. Tapi aku tekad, aku memang nak quit betul-betul! Tapi ramai jugak la yang sokong. Anyway, thanks to them.

So, good bye MARLBORO LIGHTS!