Sunday, July 09, 2006

HARI YANG TAK BERAPA INDAH




ERR... Maleh nak tulis banyak. Tahniah Azzurri! Cannavaro, you're tha man!!

Oh... Zidane, lapan tahun lepas kat Stade de France kau tanduk bola, dua kali masuk gol. Tahun ni kenapa la kau pegi tanduk orang? Arghhh...

See ya in South Africa 2010...

Sunday, July 02, 2006

HARI YANG INDAH

Yipeee!! Merci beaucoup France!!

Hahahahahaha!!

TARIKH 1 Julai dan 2 Julai 2006 adalah hari paling gembira bagi aku sebagai peminat bola. Mungkin bukan dua hari tu aje, tapi agaknya sampai ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Takpe, England boleh cuba empat tahun lagi.. err.. ataupun takyah mimpi la nak menang World Cup.

Kenapa la ramai orang (baca : Rakyat Malaysia) suka sangat England ni. Errr.. England pernah memang mana-mana major tournament ke? Oooo... ada. 40 tahun dulu menang World Cup kat Wembley. Euro? Errr... tak pernah langsung!

Jadi, apa magiknya England ni?

Brazil? Tu la, over confident sangat.

Ni ha statement Roberto Carlos kepada media :

"Saya menaruh keyakinan terhadap pasukan, percaya kepada taktik dan kekuatan skuad. Kami sudah menang semua pertandingan yang kami sertai. Kemenangan ke atas Jepun 4-1, sudah membuktikan bahawa Brazil layak dinobatkan selaku juara dunia.

"Sejak 12 tahun kebelakangan ini, Brazil sudah membuktikan bahawa mereka tidak tewas pada final Piala Dunia (lupakan kekalahan dengan Perancis). Bola sepak sentiasa berubah tetapi Brazil masih di depan. Kami sudah bersedia."

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, skuad Brazil ditubuhkan semata-mata untuk memenangi Piala Dunia.

Hahahahaha!