Monday, June 19, 2006

KIRA KANAN ATAS BAWAH DEPAN BELAKANG - SEMUANYA BOLA!


FIFA World Cup Trophy
Encik Jules Rimet - bapak World Cup
Jules Rimet Cup - Digunakan sampai World Cup 1970 saja sebelum disimpan terus oleh Brazil (tapi lepas tu kena curi)

WORLD Cup dah nak masuk ke Round of 16. Frust jugak dengan Ivory Coast, team favourite aku tu! Dulu askar diorang sembelih orang Bosnia, tapi sekarang team Serbia & Montenegro pulak yang kena ‘sembelih’ dengan Argentina, 6-0! Hahahaha!!

Sapa masuk final? Ramai yang nak sangat Brazil dan England, tapi dua-dua team tu aku tak suka. Heheh… Hmm… mungkin Argentina atau Holland kot?

Ok la, sementara World Cup dah semakin hangat ni. Ni aku nak cerita nostalgia aku pasal tournament yang paling hebat dalam dunia tu. Sepanjang hidup aku, cuma enam edisi World Cup je yang aku follow betul-betul. Ye la, yang sebelum tu aku kecik lagi. Tak tau apa-apa pun pasal bola.


Sepanyol 1982

BARU darjah dua dan baru nak kenal bola. Seriously, masa ni aku tak tau apa-apa langsung pasal perkembangan bola sepak dunia. Aku tak tau pun masa ni ada nama-nama hebat macam Paolo Rossi (Itali), Zico (Brazil) Michel Platini (Perancis) dan Zbigniew Boniek (Poland). Setahun dua lepas tu baru aku perasan nama diorang pasal aku dah start main bola dengan budak-budak kampung. Kengkawan pulak tak abih-abih nak jadi Paolo Rossi la, Zico la, ,sekali tendang bola terus masuk dapur rumah makcik Nab (arwah dah)! Mencicit lari!!

Tak salah aku World Cup tahun ni la first time RTM buat live. Sebelum tu kita boleh layan delayed telecast jek. Senang cerita, masa tu kira aku tak tau langsung la pasal World Cup!


Mexico 1986

HAA… Ni World Cup pertama yang aku betul-betul ikut. Masa ni dah Darjah Enam dan main bola dah jadi aktiviti harian aku. Sapa ingat masa ni ada keluar buku sticker Figurine Panini tu? Best, semua info World Cup Mexico ada dalam tu. Kita kena beli la sticker (masa tu seringgit 4 keping rasanya) tu dan tampal kat buku tu. Ia jadi trend kat sekolah aku dan hampir semua bebudak dalam kelas aku ada buku tu. Kalau terbeli sticker yang sama, boleh tukar dengan member lain, tak pun jual. Tapi buku aku tak complete pun pasal aku mana ada duit nak beli sticker banyak-banyak.

World Cup ni paling aku ingat pasal ia berlangsung dalam bulan puasa. Lepas sahur terus layan sebab ada game yang start pukul 6 pagi rasanya. Tapi sempat tengok first half je pasal kena pegi sekolah la pulak. Paling best final Argentina dengan Jerman Barat berlangsung masa raya. Heheh… ada yang pagi raya layan final World Cup. Ekekeke!

Semua orang tau Mexico 86 Maradona yang punya. Tapi ramai star yang jadi pujaan aku masa ni iaitu Karl Heinz Rumenigge (betui ke ejaan ni?), Rudi Voeller, Pierre Littbarski (Jerman Barat), Jorge Buruchagga (Argentina), Gary Lineker, Glenn Hoddle (England), Michel Platini, Jean Tigana (France), Preben Elkjaer, Michael Laudrup (Denmark) dan Pat Jennings (Northern Ireland).


Itali 1990

INI la World Cup yang paling boring. Banyak team main defensive dan hero pujaan aku, Marco van Basten dan Ruud Gullit dari The Oranje tak menyerlah langsung. Final antara Jerman dan Argentina pun hasil gol penalti hujung perlawanan oleh Andreas Brehme.

Tapi Roger Milla dari Cameroon menjadi penyelamat. Pemain paling tua dan sering diturunkan sebagai substitute. Best sebab asal dia masuk je mesti score, lepas tu menari kat tiang corner. Paling best bila dia men’ayam’kan goalie Colombia, Rene Higuita yang gatal pegi bawak bola sampai tengah padang! Hahahaha…

Aku masa ni dalam honeymoon year, form 4 la katakana. Hehehe… Kehangatan World Cup membuatkan aku lebih bersemangat nak main bola (walaupun sebelum tu masa form 1 tangan aku patah sampai kena operate pasal main bola). Tiap-tiap petang aktiviti ialah main bola sampai la ke Maghrib. Aku pegi selection untuk team under-18 sekolah aku, tapi kena reject pasal ramai lagi yang terer-terer… heheh. Ye la, pakai pun but kain Made In China tu je.


Amerika Syarikat 1994

TEAM dari Afrika semakin menyerlah dengan kemunculan Nigeria ‘The Eagles’. Roberto Baggio (Itali) missed penalti dan Brazil muncul juara buat kali keempat. Ini tahun Romario yang punya!

Aku dah abis sekolah. Sementara tunggu result STPM, aku kerja sebagai Display Artist kat shopping complex Super Kinta, Ipoh. Ok la, basic RM450 + OT, kira loaded jugak la bagi aku yang masih takde lagi tanggungjawab. Tiap-tiap bulan beli jean Levi’s!

Tugas aku sebagai Display Artist ialah membuat display/decoration/signboard etc untuk apa saja promosi kat shopping complex tu termasuk la World Cup. Masa tu antara sponsornya adalah Gillette, Snickers dan Energizer. So, aku kena buat display produk tu dan supplier akan kasik berkotak-kotak produk tu kat aku. Dan, berkotak-kotak jugak la coklat Snickers dan bateri Energizer ‘disorokkan’ oleh aku dan member kamceng aku masa tu, Ringo. Heheheh… Errr… Ringo, hang ingat lagi ‘kemantapan’ amoi bernama Poh Yin tu? Heheh…


France 1998

KEBETULAN World Cup ini berlangsung betul-betul lepas aku grad ITM (sekarang UiTM). Classmate aku siap cakap, “Lepas abis World Cup ni baru aku nak start cari keje.” Tapi memang kitorang takde keje pun sebab itu time gawat! Sepanjang World Cup aku hanya menganggur dan duduk di kampung. Jadi, aktiviti aku tiap-tiap hari adalah tengok bola, makan bola, tidur bola… tapi aku main takraw tiap-tiap petang dengan geng-geng otai kampung aku.

Masa ni jugak dah ada awek. Heheh… untungnya sebab awek tu kepala rock dan gila bola jugak. Seminggu lepas Kapten Perancis, Didier Deschamps menjulang Piala Dunia di Stade de France, aku terus start kerja.
Ooo... masa ni aku dah mula tinggalkan aktiviti bola sepak aku. Dah takde masa dan takde geng nak main bola tiap-tiap petang.


Korea / Jepun 2002

FIRST time Asia menjadi tuan rumah. Waktu tempatan live kebanyakannya pagi, petang dan malam. So, kalau game siang tu ramai la yang blah dari ofis tengok kat kedai mamak, termasuk le aku. Heheh...
Oh ya, masa ni awek kepala rock dan kaki bola tu dah duduk serumah dengan aku kat Pandan Indah. Errr... dah kawin daa... heheh. So, sama-sama la kitorang layan World Cup tanpa sebarang gangguan. Maklum le, baru kahwin.
Kejutan Korea menewaskan Itali untuk ke separuh akhir mengecewakan orang rumah aku yang gila babi minat ngan team Itali. Hahahaha!!
JERMAN 2006
TAK tau team mana yang akan bergelar juara pasal saingan nampaknya makin sengit (masa ini ditulis, semua team baru main game kedua untuk peringkat kumpulan).
Aku? Masih macam World Cup yang sebelum ni. Cuma kadang-kadang kena berebut tv dengan sorang lagi Hamba Allah yang baru dua tahun lebih hidup di muka bumi ini. Dia ibarat Queen, kalau dia tak nak tengok channel game World Cup, terpaksa la aku dan orang rumah aku yang kepala rock dan kaki bola tu ikutkan saja daripada mendengar gempita suaranya!
Oh ya, setahun sebelum World Cup ini, aku dah start main bola balik. Tapi setakat futsal je la, cuma sekali je aku main tournament untuk padang besar. First time turun balik, rasa macam nak mampus!! Ye la, last aku main tahun 1998!
... World Cup 2010? Insya Allah kalau umur masih panjang, gua akan terus melekat depan tv.