Saturday, October 20, 2007

SEPETANG DI MUKIM LEPAI

SESI makan angin di hujung minggu.

LOKASI : Kampung Padang Watt, Mukim Lepai, Alor Star.

Duduk bersila dengan isteri di tepi tali air (ban) menghadap bendang yang hijau terbentang macam karpet sambil dihembus angin bagaikan air-cond sebenarnya memberikan satu rasa...

... Rasa macam orang kampung zaman dulu tengah dating. Macam yang selalu keluar kat drama-drama Melayu.

Hihi.

P/S : Kawan-kawan blogger esp Fara, Amrul & Bob yang gila ambik gambar patut datang sini sekarang.


Orang kampung aku panggil menatang ni 'cakcibor'.


Sorry. Gambar gelap sikit. Aku rasa patut tembak dengan flash sekali. Maklum le, amateur.


POST - RAYA

HAHA! Tahun ni raya ketiga aku dah start keje. Consider tak cuti la sebab ambik off-day je. Apa nak buat, sibuk bebeno... kengkonon orang penting la. Kui Kui Kui!

Oh ya! Aku nak ucapkan 1000x tahniah kat kakak sulung aku, Muna sebab berjaya menghasilkan rendang ayam yang sedapnya saling tak tumpah macam arwah mak buat selama ni.

Tu menu wajib aku pagi raya tu. Nasib baik dia terer...

Sebab balik kampung dua hari je, aku tak sempat nak beraya sangat. Rumah pak sedara pun tak sempat! Teruk betul aku ni!

Tapi aku sempat la jumpa dua orang kawan sekolah masa Form 5 dulu... Kamal dan Alun. Eh! Tetiba teringat kat kawan-kawan sekolah...

Fareed, Zaidy, Jali, Bob, Ajak, Jali, Lan Putik, Wady, Meor... Kat mana kome sekarang hah? Dah berbelas tahun tak jumpa!!

Apa-apa pun... posing di pagi raya antara agenda wajib jugak.



Tak abih-abih nak rock! Ghentikan le Mannnnnnn (macam iklan Petronas tu)



Tema tahun ni maroon. Tapi baju aku tu macam kaler merah je...



Hahaha! Deena... Deena...

Tuesday, October 09, 2007

BERAYALAH KITA...

Pix by Yatt


TULISAN ini ditulis sewaktu tiga hari lagi umat Islam nak menyambut Aidilfitri. Dalam waktu yang sama, aku semakin malas untuk menghayun langkah dan memandu ke ofis. Bukannya sebab mood nak raya, tapi sebab tak sabar nak cuti. Itu saja.

Oh ya, raya ni aku bersama anak beranak akan balik ke Ipoh dan Batu Gajah, Perak. Cuti pun tak lama. Jumaat, Sabtu & Ahad je. Hari Isnin atau raya ketiga aku dah kerja balik. Heheh... best kan? Mungkin aku akan ambil cuti panjang lepas raya nanti.

Rasanya nak balik nanti, aku tak perlu tempuh jam menggila dari KL ke Ipoh seperti mana dalam tahun-tahun sebelumnya. Kali ni aku dari Alor Star ke Ipoh - menongkah arus! Kalau jam pun, mungkin tak teruk sangat kot.

Gila! Dulu masa dok KL, kalau nak balik raya aku akan keluar rumah jam 4 pagi semata-mata nak elakkan jam. Tapi bila sampai tol Jalan Duta dan Rawang, bersusun jugak kereta! Apa nak buat, ada dua juta orang pun pikir benda yang sama macam aku pikir jugak!

Raya kali cukup berbeza sebab arwah mak dah takde. Apa yang pasti, aku mesti rindukan rendang ayam dan lemang yang dah jadi menu wajib aku sebelum pegi sembahyang raya. Rendang ayam mak aku sedap wooo! Kakak aku cakap dia nak buat pagi raya ni, tapi mesti tak sama punya...

So, agenda raya ni ialah kami lima adik beradik akan berkumpul masa malam raya. Pagi raya esoknya lepas sembahyang kami akan ke kubur arwah mak dan abah. Lepas tu pegi beraya ke rumah mak dan bapak sedara kat Ipoh, Gopeng dan Batu Gajah.

Raya kedua semua akan balik beraya ke rumah mentua masing-masing. Tinggallah rumah arwah mak dan abah kosong dan tak meriah seperti mana Aidilfitri dulu-dulu.

Hmm... malam raya dan pagi raya nanti mesti aku sedih... Aku tak pernah lagi sambut raya tanpa mak dan abah...

Ok... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA..

Maaf Zahir Batin

Wednesday, October 03, 2007

CUBA PIKIR...

ENTAH kenapa rasa kesian itu tiba-tiba bertukar jadi sakit hati, menyampah dan geram.

Baru-baru ini...

Salah satu akhbar di bawah bumbung organisasi akhbar tempat aku bekerja mencetak artikel mengenai seorang Hamba Allah di satu tempat di Kedah yang memerlukan bantuan. Tak salah aku anaknya sakit dan memerlukan banyak wang untuk rawatan.

Sebaik disiarkan, Unit Kebajikan di ibu pejabat kami di Kuala Lumpur menyumbang cek berjumlah RM2,500 sebagai tanda prihatin kepada penderitaan yang dialami oleh Hamba Allah itu.

Cek itu kemudian dihantar ke pejabat kami di Alor Star dan teman sekerja yang bertanggungjawab menulis artikel berkenaan lantas menghubungi Hamba Allah terbabit...

TEMAN SEKERJA AKU : Assalamualaikum, pakcik! Ni J daghi sughat kabaq A hat pi rumah interview haghi tu. Ni depa dah bagi cek ni. Boleh mai ofis ambik tak? ( Assalamualaikum, pakcik! Ini J dari surat khabar A yang pegi rumah interview hari tu. Ni diorang dah hantar cek ni. Boleh tak ofis ambik?)

HAMBA ALLAH : Hah! Awat saya kena pi ambik pulak? Hampa tak boleh mai hantaq ka? (Hah! Kenapa pulak saya yang kena pegi ambik? Korang tak boleh hantar ke?)

... Maka teman sekerja aku itu terpaksalah ke bank untuk 'bank in' kan cek itu...

Sekian.

Thursday, September 20, 2007

GIANT


BERSAMA antara orang paling tinggi di dunia, Ijaz Ahmed, 26, dari Pakistan.

Tinggi aku takat pusat dia aje...

Bayangkan kalau saiz badan kita ditakdirkan seperti Ijaz? Huii... tak sanggup!

Tinggi mamat ni 8 kaki 4 inci dengan berat 130 kg dan dia er... terus membesar! Terpaksa pakai kasut special pada kaki kanan sebab tumbesaran tak sama. Kaki kiri membesar tapi kaki kanan statik.

Aku kesian dengan dia. Susah dia nak hidup dengan saiz yang macam tu. Tapi takpelah, itu takdir dia.

Wednesday, September 12, 2007

RAMADAN DAN AKU...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1428H

Ramadan yang berbeza buat aku kerana pertama kali dalam hidup, aku berpuasa di Kedah. Sebelum ni tak pernah sehari pun aku berpuasa kat negeri Jelapang Padi yang baru menang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA ini.

Tahun ni jugak aku berpuasa tanpa mak dan abah. Ramadan 2005 dan 2006 tanpa abah sebelum mak turut 'menemani' abah pada 27 Jun lalu. Tentunya aku rindukan juadah special mak kalau aku balik kampung di bulan puasa... ikan merah masak cili, ayam masak kicap, kari ikan, tepung talam, karipap, kuih cara... ishh... banyak le lagi! Dan, jugak kejutkan aku untuk bangun sahur.

Selain tu, tahun ni aku gerenti tak akan berbuka kat tepi plaza tol lagi. Dulu Plaza Tol Batu 9, Cheras dan Plaza Tol Sunway, Highway Kesas adalah spot favourite aku pasal selalunya belum sempat nak sampai rumah udah Maghrib.

P/s : Aku baru lepas sahur makan nasik goreng. Simple je bini aku masak, tapi sedap ya amat sampai dua pinggan aku balun! Hahah!

Sunday, September 09, 2007

TUA?

SITUASI ini berlaku di sebuah kedai CD di salah sebuah shopping complex kat Alor Star baru-baru ni.

Aku yang tengah sibuk membelek CD yang tersusun rapi di atas rak tiba-tiba ditegur seorang jurujual kedai tu. Budak lelaki yang umurnya aku agak dekat 10 tahun muda daripada aku.

"Caghi lagu apa bang," dia tegur aku dalam loghat Kedah.

"Tak. Saja je tangok-tengok." Aku memang tak de niat nak beli pun. Saja je belek-belek.

"Kalau abang nak lagu-lagu lama, kat situ banyak," katanya sambil menunjuk kepada satu laguirak yang dipenuhi CD di belakang aku.

Dia jugak menambah. "Kalau nak lagu Modern Talking pun ada."

Lagu lama? Modern Talking? Dia suruh aku beli CD Modern Talking?

Cis!!

Wednesday, September 05, 2007

YOB FOREVER!

"AH! Menyampah aku nak layan bola kat Malaysia ni. Main tah hapa hapa. Buat penat dan rugi duit pegi stadium je."

Itu kata-kata biasa daripada sebahagian besar kaki bola di Malaysia yang begitu taksub dengan EPL dan liga bola sepak lain di Eropah dan Amerika Selatan.

Tak kisah lah kalau diorang nak cakap Liga Malaysia ni tak ada kelas atau tak cool. Tapi aku tetap nak jadi penyokong team local kat bawah ni.

Bukan apa, selain pasukan negeri kelahiran aku, aku rasa team ni paling konsisten dalam Malaysia sejak Liga Semi Pro diperkenalkan pada 1989.


Photo Credit : Sham Y4E

Photo Credit : Sham Y4E


TAHNIAH Perak! Mengkome memang rock & cool!

Final Piala Malaysia dengan Kedah nanti gerenti gempak. Buktikan la Malaysia sebenarnya tidak ketandusan player berkualiti selain aksi menghiburkan.

Err... selalunya bila team negeri masing-masing masuk final Piala Malaysia, maka ramai la mengaku die hard pasukan itu. Semuanya sibuk bertanyakan mana nak beli tiket final, kecoh nak turun stadium dan sebagainya.

Padahal sebelum tu tak ambil peduli langsung pasal team itu dan turun stadium pun tak pernah. Cuma nak tengok bila team masuk final je. Heheh

Err... kalau macam tu korang semua poseur! Hahah!

Thursday, August 30, 2007

MERDEKA!


DAH 50 tahun Merdeka.

Terima kasih kepada semua Pejuang Kemerdekaan. Anda adalah hero negara.

Sebagai warganegara Malaysia, aku bangga walaupun aku tak dapat menikmati erti kemerdekaan secara langsung sebab aku lahir ketika negara sudah pun merdeka.

Tahniah!

Harapnya Malaysia akan terus aman dan makmur.

Oh ya, tahniah jugak kepada team bola sepak Bawah 23 Tahun kebangsaan. Korang memang rock!

Thursday, August 23, 2007

BODYGUARD FROM BEIJING

ALHAMDULILLAH... Baru-baru ni aku dan teman-teman seperjuangan sekali lagi ditaja untuk pergi bercuti.

Destinasinya, Beijing. Ibu kota Republik Rakyat China yang selama ni aku tak pernah terfikir pun nak jejakkan ke bumi yang sudah bertamadun sejak ribuan tahun itu.

Terus aku teringat kat Puteri Hang Li Po, Laksamana Cheng Ho, Mao Tze Tong, The Last Emperor, Jet Li dan Zhang Zi Yi.

Punya la luas ya amat Beijing ni. Kata tourist guide kami, 20 kali ganda KL. Penduduknya pulak lebih 14 juta umat. So, bayangkan la.

Terus terang aku cakap, Beijing ni takda la apa sangat. Mungkin sejarah yang sudah berusia lebih 3,000 tahun selain keunikan budaya dan lifestyle penduduknya menjadikan Beijing lebih menarik.

Aku cuma kagum dan paling kagum dengan Great Wall dan Forbidden City. Macam bermimpi pulak dapat jejakkan kaki kat antara tempat bersejarah paling menarik dalam dunia tu. Heheh. Aku kagum kerana kedua-duanya adalah lambang kerja gila makhluk bernama manusia. Entah sel otak apa yang Tuhan masukkan dalam kepala maharaja Dinasti Qin dan Ming untuk bina kedua-dua benda alah tu!

Diorang tu memang gila!

Selain tu aku pening kepala dengan Beijing pasal 80 percent penduduknya tak tau sepatah haram pun cakap orang putih! Thank you pun tak paham! Sebab tak paham punya pasal, aku kena kencing 9 Yuan (lebih kurang RM4.50) semata-mata nak beli sepotong buah honey dew yang harga sebenarnya cuma lima posen duit Malaysia je. Cibai punya apek tua penjual buah!

Toilet? Heheh. Semua jamban public memang tak ada air dan sanggupkan anda melepaskan hajat ditemani dengan bakul yang dipenuhi dengan bekas toilet paper yang sudah digunakan? Macam-macam color ada! Argggg...

Selain tu, traffic jamnya juga mengingatkan aku kepada Plaza Phoenix, Cheras, Highway Connaught, MRR2 Pandan Indah, Federal Highway, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Tobatt!!

Kesimpulannya Beijing bukanlah pilihan aku kalau nak pergi bercuti sendiri. Apapun, aku tetap enjoy sebab kalau diorang tak ajak aku, memang aku tak merasa nak ke sana!

Terima kasih daun keladi Datuk!!


Great Wall - Tak sanggup aku nak menapaknya. Aku naik sikit je, tapi itu pun dah cukup puas!


Tasik Kunming, Summer Palace


Brader ni relax di atas basikal roda tiganya yang sempoi


Kapal terbang yang korang tak akan dapat tengok kat mana-mana airport di Malaysia


Post office diorang. Macam klinik je.


Apa nama tempat ni tah yang aku ambil kira-kira jam 6.45pm


Great Wall lagi - aku naik sampai takat ni je. Tak larat sebab tangganya curam 90 darjah selain terik mentari musim panas yang mencecah 35 darjah Celcius.


Forbidden City - Rasanya scene awal filem Jackie Chan, Shanghai Noon tu buat kat area ni lah


Dalam Forbidden City - ada 9,999 bilik beb! Gila kepala hotak orang yang buat ni!


Ingatkan The Mall tadi...

Tuesday, August 21, 2007

AKU, ALOR STAR & RAWK N ROLL Part II

View setiap hari dalam perjalanan ke ofis.


PEJAM-celik pejam celik, dah lebih lima bulan aku merantau atau 'disuruh' merantau ke Alor Star ni.

Bagi aku, sesapa pun yang dah lebih 10 tahun duduk di KL dan tiba-tiba ditransferkan ke satu daerah yang cukup asing, mesti pening kepala jugak kan? Macam-macam ada dalam kepala!

Aku ni study kat KL, bercinta kat KL, frust bercinta kat KL, bercinta balik kat KL, grad kat KL, experience keja aku kebanyakannya kat KL jugak, plan nak kahwin kat KL, kahwin kat KL...eh! Ipoh! First time duduk serumah dengan bini kat KL, buat anak kat KL, dapat anak kat KL selain 80 peratus kawan-kawan rapat aku semuanya kat KL termasuk la adik-beradik aku, pun kat KL jugak!

Tapi aku sebenarnya orang Batu Gajah, Perak. Hahaha!

So, selepas lebih 10 tahun berkelana di KL dan apabila tiba-tiba 'dicampakkan' ke Alor Star yang aku tak pernah duduk lebih dari tiga hari, dah tentu la aku rasa tak best! Ye la, banyak yang perlu dikorban, berkorban dan terkorban!

Aku tak tau berapa lama aku kena duduk sini. Dua, tiga, empat tahun? Atau lebih lagi? Sebelum ni kawan aku lapan tahun kena transfer kat Alor Star sebelum dipanggil balik ke HQ.

Ok la, dalam jangkamasa ni aku dah boleh menyerap tekanan yang sebelum ini menghantui jiwa murni aku ni. Tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya rindukan kehidupan kat KL. Aku rindukan kawan-kawan aku dan 'isi' KL itu sendiri.

Jadi, untuk buangkan rindu tu, aku selalu bayangkan yang KL tak best. Duduk di KL penuh dengan stress dan tension. KL jam gila babi, makan mahal, sewa rumah mahal dan selalu banjir!

Aku teringat balik dulu masa nak pegi kerja aku terpaksa harung traffic yang menggila di Plaza Phoenix Cheras. Bila time balik pulak kena tempuh traffic yang lagi gila kat highway Taman Connaught, Cheras (dekat Giant, McDonalds, Projet). Balik kerja pukul 10 malam pun kadang-kadang jam gila babi kat situ sampai aku menjerit sorang-sorang kat dalam kereta pasal tension sangat!!

Perjalanan dari ofis aku kat Bangsar ke rumah di Cheras yang sebenarnya hanya mengambil masa kira-kira setengah jam boleh jadi sampai dua jam! Gila!

Kat Alor Star aku tak payah tempuh semua tu. Aku boleh drive dengan tenang. Tak sampai 20 minit aku dah boleh sampai ofis (itu pun sebab aku duduk kat Jitra, kalau Alor Star lima minit aku dah sampai!).

Kalau lebih 10 kereta berbaris dekat traffic light itu sudah boleh dikira traffic jam untuk kategori Alor Star. Heheh... Kadang-kadang kena bawak slow pasal ada pakcik bawak Datsun 120Y teramat slow di lane kanan Lebuhraya Darulaman. Heheh. Nak hon segan pulak.

Makan pun murah. Nasik sepinggan, ayam seketul, ikan sekor, sayur dua jenis termasuk limau ais, tak sampai RM5 pun. Ada sekali aku pernah breakfast dengan member kat Pendang. Kami makan sekeping sorang roti canai, satu sirap dan satu teh o kosong... RM2 je! Haha!

Dulu aku ingat port DVD pirate kat Sungai Wang dan The Summit USJ adalah syurga aku. Tapi dekat Star Parade & Plaza Sentosa, Alor Star lagi happening rupanya! Hahah! Murah pulak tu! Siri boxset pun murah beb!

Kat KL jenuh aku cari dvd 'Body of Evidence' lakonan Madonna (dia bogel dalam filem tu. Heheh), tapi tak jumpa! Last-last aku boleh jumpa dvd tu kat Star Parade, Alor Star. Hihi.

Tapi kalau sesapa yang suka dengan night life, kaki clubbing, kaki happening... kat Alor Star takdelah. Sesapa yang kaki lepak kat Starbucks, Coffee Bean atau nak shopping macam kat Starhill, KLCC, Mid Valley, Jusco... errr... kat sini takde jugak semua tu.

Apa yang aku tulis ni bulan la nak kata Alor Star ni cikai sangat. Alaa, aku pun orang kampung jugak. Cuma, sekali-sekala aku rindukan KL. Itu saja.

Apapun, ada hikmahnya aku diletakkan di sini.

p/s Bila la Alor Star ni nak ada konsert rock? Search, Wings, Lefthanded, Rusty Blade, MAY, Pearl Jam, Black Sabbath, Slayer dan Napalm Death tak teringin ke nak turun sini? Hahaha!

Tuesday, July 31, 2007

APPETITE FOR DESTRUCTION - UDAH 20 TAHUN!

KALAU ada yang gilakan Pearl Jam, meleleh air liur tengok My Chemical Romance atau respect gila kat Muse, aku pulak tunduk hormat dengan band kat bawah ni. Satu ketika aku pernah berangan nak nonton konsert diorang kat Malaysia (dan aku tahu mereka tak akan datang dan tak akan dibenarkan datang).

Memang diorang tak datang pun. Tapi ia tetap menjadi pujaan aku sampai sekarang.


Yup, Guns N Roses. Band asal LA yang mencetus kegemparan dalam dunia muzik rock antarabangsa hanya dengan kemunculan debut album 'Appetite For Destruction' pada 1987. Mereka meletup bukan setakat hebatnya album itu, tetapi kerana prinsip mereka yang berpegang teguh kepada sex, drugs & rawk N roll!!

Gambar di atas dengan line-up 'Appetite For Destruction' iaitu (L-R) Duff McKagan (bass), Izzy Stradlin (gitar), Axl Rose (vokal), Slash (gitar) dan Steven Adler (dram).



AKU tak perasan pun yang 'Appetite For Destruction' (AFD) genap usianya 20 tahun pada 21 Julai lalu selepas released pada 21 Julai 1987. Itupun selepas melihat Rolling Stone menampilkan Guns N Roses sebagai cover sempena anniversary ke-20 album itu.

Err... Kat Alor Star aku tak tau kat mana nak cari Rolling Stone yang itu. Ada sapa-sapa boleh tolong?

Walaupun hanya terjual 500,000 unit selepas setahun berada di pasaran, tetapi AFD mencatat sejarah sendiri apabila sehingga hari ini sudah terjual lebih 25 juta unit di seluruh dunia, termasuk 15 juta unit di US saja!

Pada 1989, Rolling Stone meletakkan AFD di tangga ke-27 dalam senarai Album Terbaik Sepanjang 80-an. Rolling Stone kemudian sekali lagi memasukkan AFD di kedudukan 61 dalam senarai 500 Abum Terbaik Sepanjang Zaman. Pada 2001, Q Magazine pulak meletakkan AFD sebagai antara 50 Album Paling Berat Sepanjang Zaman. Spin pulak memberi kedudukan ke 18 dalam senarai 100 Album Terbaik 1985 - 2005 sebelum Kerrang! menobatkannya di tangga teratas 100 Album Rock Terbaik Sepanjang Zaman!

Gila ah album ni!

Aku start dengar AFD tahun 1988 masa Form 2. Mula-mula aku suka Guns N Roses ni pun bukan sebab lagu diorang, tapi sebab imej dan karakter gitarisnya, Slash. Mamat ni memang ada satu macam aura yang membuatkan dia nampak pelik dan lain dari yang lain. Unik. Masa sekolah dulu aku hisap rokok Marlboro Kotak Merah semata-mata sebab suka tengok posing Slash masa bergambar dengan rokok di mulut. Hihi.

Kata gitaris Queen, Brian May pasal Slash dalam majalah Q :

"Slash looks the way a guitar hero is supposed to look."

Aku setuju!

Kaset AFD tu aku tak beli pun, tapi ada satu brader (aku dah lupa nama dia) yang hadiahkan sebab dia tengok aku asyik belek-belek kaset tu. Lepas tu AFD aku pasang berulang-ulang kali sampai la hilang entah ke mana!

Cuma tahun lepas aku jumpa CD AFD kat sebuah kedai CD second hand dan brader tu jual kat aku RM15 je. Heheh.

Aku tak reti sangat nak review detail sangat AFD ni sebab aku bukannya handal pasal muzik pun. Tak reti pasal teknikal pun. Tapi ada sesuatu dalam album, dan antara yang sesuatu itu ialah suara Axl Rose yang cukup unik dengan pelbagai tone, range dan pitching (betoi ke ni?). Lepas tu aku suka sebab diorang ni 'naughty'. Hahah! Bak kata Slash dalam majalah Q mengenai Axl Rose :

"He's a great frontman, and great frontmen are hard to find. But he's also... Axl. And you have to deal with that, too."

Favourite track aku : "Mr Brownstone", "Paradise City", "You're Crazy", "Rocket Queen" dan "Sweet Child O'Mine".

Selain tu dengan track hebat seperti "Welcome To The Jungle", "It's So Easy", "Out Ta Get Me", "My Michelle", "Think About You" dan "Anything Goes".

Ops! Ada cerita menarik di sebalik rakaman lagu "Rocket Queen". Sapa-sapa yang dengar mesti perasan kat tengah-tengah lagu tu ada suara awek tengah err... orgasm. Dan suara itu adalah milik sorang awek cute bernama Adriana Smith yang ketika itu berusia 19 tahun tengah syok memprojek dengan Axl Rose. Adriana jugak adalah awek kepada drummer, Steven Adler yang tak tahu langsung aweknya sedang dikerjakan oleh Axl.

'Bunyi-bunyian' daripada Adriana itu dirakam oleh engineer, Vic Deyglio di sebuah studio dekat Manhattan dan dia ada ketikanya terpaksa masuk ke dalam studio tempat Axl dan Adriana 'beroperasi' untuk membetulkan kedudukan mic. Hahaha!


HEHEH... Masa aku mula-mula dapat album ni dulu, aku cukup suka dengan artwork inside covernya macam kat atas ni yang dilukis oleh Robert Williams. Tak tau le pulak aku rupa-rupanya ia adalah cover asal AFD sebelum ditolak menjadi inside cover bila ia mencetus kontroversi. MTV tak mau mainkan video clip diorang kalau diorang guna artwork tu sebagai cover album. So, nak tak nak kena la tukar macam kat bawah ni.

Friday, July 27, 2007

AN EVENING IN BANGKOK & PATTAYA, SIAM

CERITA ni dah lama, cuma tak sempat nak masukkan kat sini.

Awal Mei hari tu, company tempat aku bekerja bermurah hati belanja aku dan kawan-kawan sepejabat bersuka-ria di Bangkok dan Pattaya. Sebabnya kami dikatakan sudah bekerja kuat sehingga ramai rakyat Malaysia suka dengan apa yang kami buat. Heheh. Err... lebih kurang kami dah buat company untunglah.

Heheh... Kalau nak pergi sendiri, entah bila aku boleh sampai Bangkok. Sampai 'bengkok' kot. Haha.

Takde apa nak cerita. Bangkok biasa aja, atau aku yang tak explore habis-habisan.

Apa-apa pun masa kat Pattaya aku sempat la tengok dua 'show'. Hahaha!



Stesen MRT Mochit dekat pasar minggu Chattuchak. Fuh! Bundle kat situ best!


Depan shopping mall apa tah aku dah lupa.
`

Sub-urban Bangkok dari atas awan


Bangkok City - 11 am


Sungai Chao Phraya. Aku ingat floating market tu kat sini. Rupa-rupanya jauh lagi.


Tut tut yang selamba membawa lapan penumpang di kalangan kami (purata berat 70 hingga 80 kg seorang) untuk ke Patpong. Heheh... gila! Nasib baik tak terbalik!

Wednesday, July 25, 2007

GADISKU

WAJAH KESAYANGAN HAMBA yang sejak akhir-akhir ini amat gemarkan lagu "Naluri Lelaki" (Samsons), "Hapus Aku" (Nidji), "Slumber" (OAG) dan membaca Alif Ba Ta.

Jangan tak percaya, dia boleh membunyikan dengan mulut riff "Iron Man" (Black Sabbath) sambil menggayakan air guitar dan headbangin' apabila mendengar "Immigrant Song" (Led Zeppelin).

Arghh! Kalah babah dan mamanya!







Sunday, July 22, 2007

BOLA SEPAK MALAYSIA KENA SEPAK / TEMPELENG / PENAMPAR

HAHAHA! Confirm lah bola sepak Malaysia memang sudah hancur. Kena 1-5 dengan China, 0-5 dengan Uzbekistan dan 0-2 dengan Iran dalam Piala Asia terbuktilah Malaysia ni pasukan belasahan. Lauk. Lubuk.

Syok baca paper sekarang sebab FAM kena tibai kiri kanan depan belakang! Bagi aku sapa-sapa saja yang terbabit dalam bola sepak Malaysia ni kena pikul tanggungjawab ni. Baik FAM, FA Negeri, kerajaan, orang politik, mak bapak, sekolah, coach dan lebih-lebih lagi player yang kebanyakannya main macam cibai! Takda skill, confident, daya saing, semangat juang dan sebagainya.

Ok. Aku nak cerita pasal local player kita.

Selalunya bila sampai ofis, aku akan breakfast kat Kopitiam kat Kanchut, Kompleks Alor Star (orang Alor Star rasanya mesti tau Kopitiam ni, sebab famous). Dan, tempat makan ni jugak jadi port beberapa player team Liga Super Kedah lepas diorang training.

Ramai jugak la player yang aku familiar sebab antaranya bekas national player termasuk la sorang tu yang sebelum ni cukup famous sebab dia tiba-tiba kensel nak menikah! Hahaha! Satu Malaysia kecoh!

Diorang ni sportsman atau ahli sukan kan? Tapi aku tengok depa dok selamba je hisap rokok tak putus-putus. Lepas tu masing-masing belasah naik lemak, nasi goreng, roti canai, roti telur, teh tarik. Ish... Itu diet untuk ahli sukan ke?

Err... sapa-sapa yang EPL freak boleh bagitau tak? Wayne Rooney, Carlos Tevez, Cristiano Ronaldo, Steven Gerrard, Harry Kewell tu hisap rokok ke? Err, tapi kebanyakan depa ambik arak la kot, kan?

Entah la. Aku rasa player kita ni memang tak layak kot untuk wakil Malaysia. Sebab ada di antara diorang menganggap panggilan untuk wakili negara tu satu beban.

Sudahlah. Tak taulah. Tak tau la tahun bila kita boleh mimpi nak pegi World Cup (bukan usaha nak pergi, baru nak mimpi / berangan je tau!) kalau SEA Games dan Asian Cup pun asyik jadi lauk je.

Ops. Lagi satu. Err...'Pak Mat', sudah-sudah lah tu. Bagi la orang lain pulak. Selagi dalam meeting FAM tu kena letak satu 'kerusi kuning' khas, selagi tu la kita dok tang tu jugak!

SAPA NAK POTONG RUMPUT?

MALANG sekali halaman rumah aku tak ada rumput. Semuanya bersimen.

Ekekeke!


Bikini-Clad Women Mow Lawns in Memphis

By Associated Press

MEMPHIS, Tennesse - One lawn care company is showing a little skin to boost business.

The women of Tiger Time Lawn Care offer to mow customers' lawns dressed in bikinis -- a service that attracts more attention to the ladies than the lawns.

"Oh yeah, they honk and yell. They can do everything you can imagine," said employee Blair Beckman, 21.

Beckman said the extra attention is expected, but she looks on the bright side.

"You get the attention but you also get a tan, which I need," Beckman said.

Owner Lee Cathey said the bikini service makes mowing the lawn a lot more interesting, although the fee is slightly higher.

"The yards definitely get more attention when there's a bikini on the lawn," Cathey said. Some customers sit in lawn chairs and have a beer while watching, he said.

The three-month-old company is looking for a way to expand the service through the end of summer.

"In the fall we'll go pick up leaves in the bikinis if need be," Cathey said.

Cathey said there hasn't been any interest in a male version of the bikini lawn cut.

Ends

Saturday, July 21, 2007

JANGAN KETEGAQ SANGAT!


HARI Sabtu lepas aku ke Kuala Nerang ikut jalan Jitra - Wang Tepus - Kuala Nerang. Suku perjalanan aku terjumpa signboard ini.

Aku harap semua orang kat kampung tu tidak berperangai seperti nama kampung mereka. Hehe!

Banyak lagi nama kampung yang pelik dan kelakar kat Kedah ni...

Wednesday, July 11, 2007

SATU HARI... 17 TAHUN DULU

SAPA-sapa yang pernah jumpa aku sekarang, tolong jangan ketawa kalau tengok gambar kat bawah ni. Itu rupa bentuk fizikal aku 17 tahun dulu. Tahun 1990. Tingkatan Empat. Honeymoon Year, kata orang. Dan, masih kurus kering.

Era aku bercita-cita tinggi dan berangan nak jadi kartunis.

Nak jadi pelukis.

Dan, err... cuba nak jadi rocker!

Tapi gaya tak rock langsung!!

Oh! Search baru keluar album 'Karisma' dan Wings album 'Teori Domino' masa tu.

Ok. Entry ini sebenarnya aku tujukan kepada dua kartunis / pelukis terkenal yang waktu itu menjadi 'mentor' (heheh) aku, tetapi kini sudah menjadi sahabat.

Scorpyan dan Gayour. Woi! Gambar ni aku simpan lagi la! Hahah!!

Gambar diambil pada tengah hari sekitar tahun 1990 ketika Hari Terbuka dan Perasmian Universiti Sains Malaysia (USM) Cawangan Tronoh, Perak (sekarang sudah menjadi Universiti Teknologi Petronas). Scorpyan dan Gayour yang ketika itu bersama majalah Gelihati (RIP) dijemput membuat demonstrasi melukis di booth milik Gelihati. Selain dua orang kartunis yang cukup rock waktu itu, ia disertai oleh Labuair dan Adeputra (sekarang dah berjaya sebagai pelukis).

Booth diorang memang happening! Dah macam ada band rock buat sesi fotografi dan autograf. Aku yang memang gila melukis kartun masa tu mendominasi setiap masa untuk melepak, bertanya, suruh lukis, bersembang dan macam-macam lagi dengan diorang sampai diorang pun naik bosan kot! Haha!



Pyan aka Scorpyan yang waktu itu cukup rock. Mamat ni masa tu rambut panjang lepas bahu, tapi dalam gambar ni diikat pulak. So, nampak macam rambut pendek.



Gayour. Hahaha! Brader, lu mesti gelak tengok gambar ni. Rock abih! Masa tengah melukis, rambut mesti termasuk dalam mulut! Hihi!

Saturday, July 07, 2007

EPISOD PALING SEDIH... tapi aku redha

HAFSAH ABDULLAH
27 Jun 2007
10.30 pagi
Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak

MOHD RADZI HASHIM
27 November 2004
12.30 tengah hari
Hospital Ipoh, Perak.

Al-fatihah untuk arwah mak dan abah.




Gambar di bawah diambil sekitar 1976 di Lahat, Ipoh, Perak. Arwah abah dan mak bersama kami lima adik-beradik.

Monday, June 25, 2007

KISAH TRAGIK SEORANG 'WARTAWAN HEBAT'

PETANG tadi aku hangin satu badan kejap. Semuanya gara-gara sms yang aku terima seperti di bawah ini...

"Nk hbaq ni. Org tua pi jhor bini tkt dk sorang, dh 2 dk ada kt giant kluaq sat, ajak lma dah, bli perkakas."

Kepada sesiapa yang tak berapa paham loghat Kedah, ni aku translatekan ke Bahasa Malaysia :

"Nak bagitau ni. Orang tua pergi Johor, bini takut tinggal sorang. Sekarang saya kat Giant, keluar kejap sebab dah janji dengan bini nak pegi beli barang."

Sms ni daripada seorang stringer (pemberita @ wartawan sambilan) di akhbar tempat aku bekerja untuk cawangan Alor Star. Sebagai satu-satunya kakitangan tetap di akhbar tempat aku bekerja di sini, maka secara tidak langsung aku bertanggungjawab terhadap beberapa stringer di sini.

Dan, salah seorangnya adalah mamat poyo yang hantar sms ni kepada aku. Seorang 'wartawan hebat' yang tidak ada inisiatif untuk memajukan diri dan memiliki attitude dan komitmen yang haprak!

Bayangkan datang ofis pukul 3 pm, dan balik pukul 6pm. Fuh! Heavennya! Kalau ada artikel, dia akan buat. Kalau tak ada, akan duduk melopong. Suruh pegi assignment yang jauh sikit tak nak. Alasannya - jauh la, dah petang la, hujan la, kena naik motor la, takde kereta la... bla..bla..bla...

Dia juga dengan selamba meminta artikel wartawan lain dan hanya menukar byline saja. Konon-konon artikel itu dia yang tulis!

Hello... lu kalau dah keja reporter, alasan macam tu layak dijawab dengan penampar dan maki hamun je tau!

Ok, sms tadi tu aku dapat selepas aku menghantar sms bertanyakan kenapa dia tak datang kerja hari ini.

Bayangkan la alasannya tak boleh pergi ofis sebab bini takut tinggal sorang kat rumah! WTF?

Mamat ni sebenarnya baru kahwin. Sepatutnya kalau baru kahwin lu kena la pulun kerja. Ini makin malas. Bini dia setahu aku tak kerja. Pendapatan stringer pulak bergantung kepada berapa banyak artikel yang dibuat. Takde artikel, maka takde la duit. Takpalah, dia ni anak orang kaya kot.

Jangan tak percaya, mamat ni degree holder Mass Comm UUM. Anak jati Alor Star dan umur dalam pertengahan 20-an. Pada pandangan aku dia ni masih kolot dan hanya terdedah dalam dunianya sendiri serta kawan-kawan di sekitar kampungnya.

Aku pernah tanya dia :

AKU : Awat hang tak mau apply jadi staff? Gaji ok sikit. Kalau degree holder macam hang ni baru-baru masuk keja busuk-busuk boleh dapat RM3,000 plus OT dan claim mileage? Kalau stringer hang boleh dapat takat seribu lebih ja?

BUDAK TU : Hmm... tak tau nak kata. Tak besa (biasa) lah dok KL. Tak berani. Sewa, makan kat sana suma mahai. (Kalau nak jadi staff, kenalah start di HQ kami di KL).

Hmm... So, terperuklah kau dikelilingi pemandangan indah sawah padi di kampung kau! Penakut!