JUMAAT, 24 Julai lalu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Sungai Petani, Kedah diarahkan tutup seminggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri apabila lapan pelajarnya dijangkiti Influenza A atau H1N1 atau selesema babi.
Jadi, sebagai orang surat khabar aku dan rakan-rakan kenalah dapatkan komen Pengarah Kesihatan Negeri, tapi tak dapatlah pulak.
Sebagai alternatif, kitorang call Exco Kesihatan Negeri dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Pas.
Nak tau apa dia jawab?
"Saya tak boleh bagi komen lah. Saya Exco Pas, kes ini Exco Barisan Nasional (BN) je yang boleh jawab."
Boleh tak dia jawab macam tu? Aku tak faham. H1N1 ni kes nasional, kes serius membabitkan rakyat dan ia sepatutnya melepasi sempadan politik dan tidak dipolitikkan.
Fuck you, moron!
Untuk rekod, sebelum ini UiTM Perak dan UiTM Pulau Pinang juga ditutup akibat H1N1, tetapi kedua-dua exco negeri itu dari Pakatan Rakyat boleh bagi komen tanpa mengira sempadan politik.
Sama seperti kematian Teoh, H1N1 juga nampaknya cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Ehmmm...
Saturday, July 25, 2009
Tuesday, June 16, 2009
SAIGON KICK









BUKAN nama band rock orang putih tu, tapi baru-baru ini aku bersama teman-teman satu department dari seluruh Malaysia ditaja company ke Ho Chi Minh, Vietnam yang dulunya dikenali dengan nama Saigon.
Walaupun sudah ditukar nama ke Ho Chi Minh sejak lebih 30 tahun, tetapi ramai penduduknya masih memanggil Ho Chi Minh dengan Saigon.
Macam Teluk Intan dengan Teluk Anson. Alor Setar dengan Alor Star. Tapi orang Kedah tetap panggil Aloq Staq jugak.
Entah kenapa, teman-teman lain yang tak dapat pegi ada yang dengki satu macam.
Tak adil la korang je pegi...
Wei...aku pun buat keja jugak...
Kalau aku la dapat offer macam ni, aku tak pergi sebab aku rasa macam tak fair...
Hmmm...biasa la tipikal Melayu. Lantak koranglah.
Apa-apapun, Vietnam mahallah, kecuali beg.
Tuesday, June 02, 2009
HEBAT KAWAN AKU NI...
BUAT teman aku, D Shahril Hakime dari Ipoh, Perak - aku nak ucapkan tahniah setinggi bintang buat mike sekeluarga kerana dikurniakan seorang bayi lelaki yang juga anak kedua kome yang selamat dilahirkan secara normal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, 1 Jun lalu.
Apa yang menarik, beliau yang aku panggil Dee yang juga anak jati Ipoh menamakan puteranya itu dengan nama MUHAMMAD NIZAR AMSYAR...
Menarik, bukan? Respek mike, yob!
Tahniah Dee, dan selamat berpuasa.
Apa yang menarik, beliau yang aku panggil Dee yang juga anak jati Ipoh menamakan puteranya itu dengan nama MUHAMMAD NIZAR AMSYAR...
Menarik, bukan? Respek mike, yob!
Tahniah Dee, dan selamat berpuasa.
BINTANG BATU...

GAMBAR ini aku ambil sendiri sewaktu Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal Mei lalu.
Arwah mak aku cukup menyampah dengan mamat ini sebab dia suka nyanyi menjerit-jerit - merujuk kepada lagu "Fantasia Bulan Madu" dan "Mentari Merah Di Ufuk Timur" yang aku pasangkan di radio JVC rumah aku sekitar 1987 dulu.
"Rambut panjang mengerbang-ngerbang! Tah hapa-hapa. Macam pompuan!" kata arwah yang meminati Cliff Richard.
Tapi, bagi aku dia cukup hebat. Dia ada kelasnya tersendiri. Dia betul-betul rockstar!
Siapa sangka, daripada memujinya dari jauh, aku boleh berada kurang satu meter daripadanya. Aku (dan teman baikku) akan buat yang terbaik untuk dia.
Itu pasti. Jika tidak mampu menggapai bintang, bolehlah melastik ke bintang.
Monday, May 11, 2009
Wednesday, April 29, 2009
GUA MAU PULANG KE IPOH
Monday, April 27, 2009
APASAL KALAU AKU BELI YONG TAU FOO MESTI JADI BANYAK?

AKU adalah peminat tegar makanan bernama Yong Tau Foo dan beberapa makanan Cina lain yang halal.
Dulu masa duduk di KL aku suka sangat dengan Yong Tau Foo di Kelana Jaya. Spesifiknya di Medan Selera Subang Ria, Kelana Jaya depan Wisma FAM. Pagi-pagi Ahad pekena Yong Tau Foo kat situ memang menggiurkan. Angelina Jolie lalu belakang gua masa tu pun gua buat dek je, apatah lagi Maya Karin!
Masalah aku ni ialah bila beli Yong Tau Foo, selalu 'terbeli' banyak. Kadang-kadang aku rasa aku ambik sikit, tapi bila si penjual tu dah rebus, potong-potong, masuk dalam plastik, mak datuk! Banyak la pulak!
Baru-baru ni aku ke pasar malam Jitra dan seperti biasa beli Yong Tau Foo. Ok, aku tekad akan ambik sikit je. Dan, memang sikit pun. Tapi apahal kena sampai RM11 pulak?
Baru aku perasan, aku pilih items yang mahal. Cis!
Jadi aku perlu bercuti untuk menikmati Yong Tau Foo buat sementara waktu.
Ah! Teringat pulak koteaw kicap Merdeka Garden, Ipoh dengan Yong Tau Foo karinya yang sedap tak ingat dunia!!
Thursday, April 23, 2009
AKU DI PULAU...
MALAM tadi aku dibuai oleh mendiang Bon Scott dan Brian Johnson sampai terlena. Aku tiba-tiba teringat aku pernah berada di sebuah pulau. Pulau yang paling maju dan happening di Malaysia.
Baru-baru ni aku ke sana, dan aku nak ke sana lagi. Bukan di pulau, tapi di tanah besar berhampiran dengan pulau dalam negeri yang sama itu.
Aku nak ke sana. Aku nak bersuka ria. Bukan daripada mendiang Bon Scott atau Brian Johnson, mereka tak pernah datang Malaysia.
Tapi daripada anak tempatan... aku nak pergi situ.









Sekian, terima kasih.
Baru-baru ni aku ke sana, dan aku nak ke sana lagi. Bukan di pulau, tapi di tanah besar berhampiran dengan pulau dalam negeri yang sama itu.
Aku nak ke sana. Aku nak bersuka ria. Bukan daripada mendiang Bon Scott atau Brian Johnson, mereka tak pernah datang Malaysia.
Tapi daripada anak tempatan... aku nak pergi situ.
Sekian, terima kasih.
Sunday, April 12, 2009
BUDAK KELANTAN
AKU ingat gambar di atas ini dekat luar stadium di Mexico, Argentina, Paraguay atau Honduras, tetapi rupa-rupanya di luar Stadium Sultan Mohamed ke-IV di Kota Bharu, Kelantan selepas pertemuan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan, baru-baru ini yang berkesudahan Kelantan kalah 1-0.
Itu rusuhan yang dilakukan segelintir penyokong Kelantan yang tidak berpuas hari apabila pasukan mereka tewas. Frust punya pasal, mereka turut menterbalik dan membakar sebuah trak polis dan motosikal serta merosakkan beberapa buah kereta.
Hmm... sejak mengikuti perkembangan bola sepak tempatan sejak awal 80-an, aku dapati segelintir penyokong dan pemain Kelantan ni agak sinonim dengan 'keganasan' bola sepak. Penyokong dan orang Kelantan jangan la marah, ini cuma berdasarkan pemerhatian aku dan aku rasakan ramai yang akan bersetuju.
Tentu ada yang masih ingat, tak salah dalam tahun 80-an penyokong Kelantan juga mencetuskan rusuhan di Stadium Larkin, JB masa pasukan mereka menentang Johor. Apa yang aku ingat dalam laporan akhbar masa tu, penyokong Kelantan dikatakan menyerang penyokong Johor di dalam stadium ketika perlawanan sedang berlangsung menyebabkan ramai yang cedera termasuk parah. Ada jugak dikatakan penyokong Kelantan membawa kapak kecil untuk menyerang penyokong Johor.
Agaknya sebab tu ramai orang Johor tak suka orang Kelantan kot? Hehehe.
Selain tu, ada beberapa insiden yang turut membabitkan pemain Kelantan bergaduh di dalam padang sekitar era 80-an dan 90-an dulu. Kemunculan pemain bintang seperti Hashim Mustapha, Salim Mahmud, Mohd Noor Yaakub, Zulkifli Hussein, Yasin Mohd Noor, Zahasmi Ismail, Wan Ezila Daud dan ramai lagi pada era 80-an dan 90-an membuktikan Kelantan tidak ketandungan player yang hebat-hebat.
Malangnya, ada di kalangan pemain mereka juga baran satu macam. Mungkin didorong faktor tertentu seperti kefanatikan penyokongnya atau pun semangat kenegerian yang kuat. Entahlah... Rasanya aku pernah tengok dalam tv Hashim Mustapha dan Wan Ezila Daun buat flying kick atau tendangan ala kung fu kat player lain...
Sudah lama Kelantan 'senyap' dalam Liga Malaysia kerana pencapaian yang tidak memberangsangkan menyebabkan penyokong mereka berkurangan. Bagaimanapun, tahun ini Kelantan dilihat menjadi pasukan pilihan apabila mula menunjukkan taring dalam Liga Super selepas membariskan nama-nama besar dalam line-upsnya.
Ini menyebabkan penyokong kembali bersama Kelantan dan memenuhi stadium. Justeru, penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap fanatik dan semangat kenegerian yang kuat, maka jadilah rusuhan itu.
Apa yang pasti, itu tak seharusnya berlaku di saat bola sepak kita merudum jatuh dan Kelantan mula nak naik. Penyokong punya pasal, pasukan korang yang jadi mangsa!
INI Halim Napi, 37, penjaga gol Kelantan yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian rusuhan itu. Sebaik tamat perlawanan, Halim dikatakan meluru ke arah pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijaknya dan kekecohan itu terbawa-bawa kepada penyokong Kelantan yang menterbalikkan dan membakar kenderaan polis dan merosakkan beberapa kereta lain.
Halim mendakwa dia dihina dengan kata-kata kesat oleh Aidil yang turut membuat isyarat tangan berunsir penghinaan dan provokasi kepadanya. Mamat ni jugak cakap perbuatan Aidil itu mencabar maruah dan harga dirinya dan dia takkan meminta maaf dan memaafkan Aidil.
Dah macam kes Zidane dengan Materazzi la pulak!
Aku tak tau la apa masalah Halim ni. Walaupun dah ada pengalaman selama 15 tahun dan pernah bermain dengan Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, tapi dia ni baran satu macam. Bergaduh macam dah sinonim sangat dengan dia. Tak percaya, tengok ni...
23 Jun 1994 - Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangor dan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdaa di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994.
8 Ogos 1997 - Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan dan Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Ogos 1997.
28 Ogos 1997 - Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000.
23 Februari 1998 - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.
10 Mei 1999 - Halim dikatakan menumbuk seorang penyokong yang mencemuhnya selepas perlawanan antara Kelantan dan Melaka dalam Liga Perdana Dua di Stadium Kubu, Melaka.
12 Mac 2009 - Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam pada 28 Februari lalu.
7 April 2009 - Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu.
Kalau macam ni punya resume, aku tak tau la kalau Malaysia betul-betul perlukan pemain macam ni. Aku tak tau kes dia dengan Aidil tu siapa yang betul, tetapi sebagai pemain senior dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam Liga Malaysia serta dah banyak kali kena hukum, dia sepatutnya lebih cool.
Sumber : Berita Harian, Harian Metro
Halim mendakwa dia dihina dengan kata-kata kesat oleh Aidil yang turut membuat isyarat tangan berunsir penghinaan dan provokasi kepadanya. Mamat ni jugak cakap perbuatan Aidil itu mencabar maruah dan harga dirinya dan dia takkan meminta maaf dan memaafkan Aidil.
Dah macam kes Zidane dengan Materazzi la pulak!
Aku tak tau la apa masalah Halim ni. Walaupun dah ada pengalaman selama 15 tahun dan pernah bermain dengan Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, tapi dia ni baran satu macam. Bergaduh macam dah sinonim sangat dengan dia. Tak percaya, tengok ni...
23 Jun 1994 - Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangor dan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdaa di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994.
8 Ogos 1997 - Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan dan Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Ogos 1997.
28 Ogos 1997 - Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000.
23 Februari 1998 - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.
10 Mei 1999 - Halim dikatakan menumbuk seorang penyokong yang mencemuhnya selepas perlawanan antara Kelantan dan Melaka dalam Liga Perdana Dua di Stadium Kubu, Melaka.
12 Mac 2009 - Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam pada 28 Februari lalu.
7 April 2009 - Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu.
Kalau macam ni punya resume, aku tak tau la kalau Malaysia betul-betul perlukan pemain macam ni. Aku tak tau kes dia dengan Aidil tu siapa yang betul, tetapi sebagai pemain senior dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam Liga Malaysia serta dah banyak kali kena hukum, dia sepatutnya lebih cool.
Sumber : Berita Harian, Harian Metro
Wednesday, April 08, 2009
CORAT CORET CIRIT DI BUKIT SELAMBAU
Macam jugak diorang, aku juga dibekukan cuti dan disuruh kerja straight 12 hari siang malam untuk buat apa saja cerita menarik yang berlaku dalam pilihan raya tu. Gambar di atas ni diambil pada hari penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
Tapi, aku bangga pasal terbabit secara langsung dalam pilihan raya yang tercatat dalam sejarah negara sebagai calon yang paling ramai bertanding, 15 orang dan 13 daripadanya calon Bebas! Sejak pilihan raya umum 1955, jumlah calon yang bertanding dalam setiap DUN atau Parlimen tak penah lebih dari lapan.
Semua orang sudah sedia maklum, brader S Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun menakluk kerusi DUN Bukit Selambau dengan majoriti 2,403 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan. Oh ya! Ganesan kata dia tak perlukan reporter untuk kempen sebab reporter tak penting. Hahah!!
Manikumar yang hanya ahli biasa PKR selepas diumumkan sebagai calon oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencetus kontroversi di kalangan PKR. Ahli PKR bahagian Merbok membuat protes mendakwa Manikumar tidak dikenali pengundi dan kroni Anwar.
"Itu Manikumar aaa, sapa pun tarak kenai sama dia. Saya sudah banyak taun duduk sama PKR sini (Sungai Petani / Merbok), tarak penah nampak dia punya muka. Ada orang cakap dia bukan dua taun masuk PKR, tapi baru dua bulan sudah! Lagi aaa, dia mana ada experience dalam politik, macamana mau jaga rakyat? Banyak orang lain, apa pasai Anwar pilih dia?" kata seorang pengundi di Taman Ria Jaya, Sungai Petani yang tak puas hati dengan Manikumar.
Hmmm... kalau dah namanya politik, macam-macam boleh berlaku. Beberapa hari selepas hari penamaan calon, Ketua Bahagian PKR Jerai, B Kalaivanar yang berambut afro dan ber'side-burn' ala Elvis Presley mengumumkan keluar PKR bersama 536 ahlinya kerana tak puas hati dengan kepimpinan tertinggi PKR terutama Anwar.
Kalaivanar yang bergerak bersama NGO Gerakan Efisiensi India Malaysia (GIM) beberapa hari selepas tu dakwa diugut dibelasah pula oleh orang PKR ketika mengadakan ceramah. Dalam PCnya waktu itu, aku tengok beberapa orang dari Umno turut berdiri di belakang-belakang... Hmmm... siapa yang atur PC itu sebenarnya?
Seperti biasa, setiap kali pilihan raya, mesti ada orang buat PC nak keluar parti. Contohnya seorang ahli PKR yang aku dah lupa namanya, pada satu malam buat PC umumkan dia bersama 1,000 orang dari PKR di beberapa bahagian bawah DUN Bukit Selambau keluar dari PKR. Bila ditanya apakah anda akan sertai BN, jawapan yang biasa ialah, "Tidak, saya tidak akan menganggotai mana-mana parti. Saya Bebas".
Bila ditanya kenapa buat keputusan pada masa dekat nak pilihan raya, kenapa tak hari lain, katanya itu masa yang paling sesuai. Dia kata sebenarnya memang dah lama nak keluar, tapi masa tu (dekat-dekat nak pilihan raya) baru boleh buat keputusan dan ia adalah masa yang sesuai. Pelik aku, lagipun dalam PC tu penuh dengan orang-orang Umno dan BN. Betul ke ada 1,000 orang nak keluar?
Besoknya pulak, satu lagi kumpulan buat pengumuman keluar PKR bersama enam bahagian lain yang ahlinya mencecah hampir 6,000 orang! Ishh... musykil sungguh!
Tapi, apa pun kata-kata yang dilemparkan atau beribu-ribu orang nak keluar parti, si Manikumar ni tetap jugak menang, dan si Ganesan menggigit jari... dan Anwar jadi makin berani.
Calon Bebas pun satu hal jugak. Confident tak tentu hala. Contohnya T Chandrarajan yang menggunakan lambang kapal terbang. Dia ketika diinterview confident bagai nak rak kata dia akan menang pilihan raya tu. Kempennya juga cukup hebat, poster, banner bagak-bagak, bunting habis digantung satu pekan Sungai Petani. Siap bagi T-shirt free gambar muka dia lagi! Hahaha!!
"Saya confident menang. You tengok aa saya punya kempen macamana. Saya first calon yang tampal poster tau! Ganesan sama Manikumar belum gantung poster, saya punya sudah naik tau!" katanya yang akhirnya hanya memperoleh 73 undi saja sekali gus hilang wang deposit.
Begitu juga dengan L Sarala, calon Bebas dengan lambang basikal. Semasa hari pengundian, dia kata dia dapat rasakan mempunyai 80 peratus peluang untuk jadi Adun Bukit Selambau. Tinjauan aku di pondok panasnya di pusat mengundi SK Taman Bandar Baru hanya ada lima orang saja, itupun petugas dia.
Sarala akhirnya hanya mendapat 49 undi dan terus hilang wang deposit.
Apapun to Manikumar, bro, lu sudah menang. Lu jaga la baik-baik lu punya kawasan. Itu hari lepas menang lu cakap mau jaga kebajikan penduduk-penduduk Bukit Selambau. So, lu tunaikanlah janji-janji lu tu pasal rakyat tetap percayakan lu walaupun macam-macam orang kata pasal lu yang gua pun tak sure sama ada betul atau tak.
To Mr Ganesan, Datuk, you kena terima dengan hati yang terbuka. You kena akur dengan kehendak rakyat (ayat lazim pemimpin yang kalah pilihan raya setiap kali keluar surat khabar).
Monday, March 23, 2009
GAMBAR-GAMBAR MENARIK MINGGU INI - Liverpool & Manchester United aka Red 'Card' Devils
AKU kena bertapa di Bukit Selambau, Kedah mulai hujung minggu ni sampai la 8 April untuk melayan ahli-ahli politik yang mahu berjuang untuk rakyat (betul ke?). Dalam erti kata lain, kerja tanpa ada off day atau cuti baik hujung minggu atau hari biasa.
Bila dah kena keja macam tu mesti la tension jugak kan, tapi ada benda yang buat aku happy sikit sebelum ke sana.
Ni hah, gambar-gambar yang jalan ceritanya agak menarik ni...



Bila dah kena keja macam tu mesti la tension jugak kan, tapi ada benda yang buat aku happy sikit sebelum ke sana.
Ni hah, gambar-gambar yang jalan ceritanya agak menarik ni...



Monday, March 16, 2009
"I HATE LIVERPOOL" kata pemain paling tak hensem di dunia, Wayne Rooney.

ENTRY ni mungkin dah agak basi, tapi tak kisah la sebab glory ni akan diperkatakan sampai bila-bila. Ye lah, kelab paling glamour dan kononnya paling kuat di dunia kena belasah 4-1 di Old Trafford.
Ye, Old Trafford, stadium keramat kelab kononnya paling kuat di dunia itu.
"Biarlah tak menang Champions League ka, apa-apa league ka, tapi dah dapat belasah kelab yang kononnya terkuat di dunia itu di stadium mereka dah cukup dah," kata seorang penyokong kelab yang semakin hebat...err... LIVERPOOL, juga kampung asal band rock tiada tolok bandingnya, The Beatles.
4 - 1 tu! Ingatkan Liverpool lawan Selangor atau Kedah...
Thursday, March 12, 2009
BELILAH PAPER...
HARI ni Jumaat, 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiulawal 1430, muka aku keluar dalam surat khabar. Hehehe...
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Sunday, March 08, 2009
BATTLE OF SILVERIAN




SEBAGAI anak jati Perak Darul Ridzuan, aku semakin keliru. Aku juga malu, dan aku juga menyampah! Apakah mereka-mereka yang di atas ini benar-benar mahu berjuang untuk rakyat atau sekadar gila kuasa?
Aku tak faham...
Aku harap mereka jujur dan amanah dengan tugas masing-masing.
Semoga orang Tanjung Tualang, Chendrong Balai, Kampung Changkat Belingkor, Kampung Nalla, Mengelembu, Sungai Rokam, Kampung Ara Payung, Tualang Sekah, Lawan Kuda, Teja, Kopisan, Pusing, Mambang Di Awan, Ipoh Garden, Greentown, Osbourne Street, Changkat Ibol, Kampung Boyan, Kayan, Chikus, Changkat Lada, Tanjung Belanja, Bemban, Papan, Lahat, Pengkalan Pegoh, Changkat Larang, Bekor, Manong, Sayong Lembah, Kampung Balun, Temoh, Tapah Road, Kampung Ketoyong, Tanjung Rambutan, Tambun, Ulu Kinta, Pos Slim, Simpang Pulai, Keramat Pulai, Hutan Belum, Pengkalan Hulu dan mana-mana ceruk negeri Darul Ridzuan ini hidup aman damai, selesa, makmur, maju dan cukup makan pakainya...
Susah-susah sangat suruh M Karathu je le jadi MB. Kejor yop kejor!
Wednesday, February 25, 2009
KEMBALI...
DAH habis cuti 12 hari aku. Aku baru balik dari KL dan kampung di Ipoh. Aku bukan saja-saja turun KL jumpa kawan atau adik-beradik, tapi ada kerja dan impian.
Harap-harapnya apa yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan. Insya Allah.
Yearghh!! Keep on rockin'!!
Oh ya! (cakap stail pelem Usop Haslam) Gambar di atas tu aku ambil masa singgah makan di TKK (Taman Kanak-Kanak, Ipoh) hari tu. Aku tak tau siapa tuan sarung kopek tu. Hahaha! Takde tempat lain ke nak gantung. Hmmm...sebut pasal TKK, ABC Ah Seng masih mantap macam dulu. Ahhhhh...
Friday, February 13, 2009
LETIH!
BANYAK benda yang buat aku letih lately ni. Antaranya ini yang akan menambah letih aku.
Ok la, aku nak cuti 12 hari. Aku nak pegi KL. Babai. Hehehe...
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah.
Hari Penamaan Calon - 29 Mac 2009
Hari Mengundi - 7 April 2009
...Di antaranya tu, LETIH!
Hari Penamaan Calon - 29 Mac 2009
Hari Mengundi - 7 April 2009
...Di antaranya tu, LETIH!
Ok la, aku nak cuti 12 hari. Aku nak pegi KL. Babai. Hehehe...
Wednesday, February 04, 2009
BUKAN 'PAY RAK', TAPI 'PE GHAK'
AKU lahir dan membesar di negeri Perak Darul Ridzuan.
Apa yang dilaporkan dalam media mainstream, media bebas, blog dan website, aku jadi pening dengan Perak Darul Ridzuan. Kawan-kawan tak habis-habis cakap begini :
"Woi! Apa nak jadi dengan negeri hang ni?"
"Apahal hang punya MB ni?"
Hmm...
Aku kesian dengan pengundi di Perak yang sudah diperbodohkan dan ditipu oleh ahli-ahli politik yang hanya memikirkan kepentingan sendiri daripada rakyat.
Nasib baik aku tak pernah mengundi...
Apa yang dilaporkan dalam media mainstream, media bebas, blog dan website, aku jadi pening dengan Perak Darul Ridzuan. Kawan-kawan tak habis-habis cakap begini :
"Woi! Apa nak jadi dengan negeri hang ni?"
"Apahal hang punya MB ni?"
Hmm...
Aku kesian dengan pengundi di Perak yang sudah diperbodohkan dan ditipu oleh ahli-ahli politik yang hanya memikirkan kepentingan sendiri daripada rakyat.
Nasib baik aku tak pernah mengundi...
Sunday, January 18, 2009
PAGI YANG GELAP (ini bukan lagu Hujan tau!)
AKU nak sangat tengok Meet Uncle Hussein dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 malam tadi, tapi hajat aku tak kesampaian.
Semuanya gara-gara seorang apek yang frust sehingga tergamak mencurah petrol ke atas badannya sebelum membakar diri hingga mati.
Semuanya juga gara-gara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang pada awalnya berjanji untuk mengadakan PC tetapi membatalkannya di saat-saat akhir selepas kami menunggu hampir dua jam.
... Dan pagi ini on the way nak pegi ofis, aku terhentam bontot satu Proton Saga. Arghhh!!
"Bonet kena tukaq, lampu belah kiri pun kena tukaq," kata mekanik aku.
Dugaan. Sabar. Alhamdulillah, aku tak apa-apa.
Saturday, January 17, 2009
Monday, January 12, 2009
AYAM BERKOKOK ATAS BATANG, MAI ROKOK SEBATANG.
RASANYA ramai kawan-kawan yang tak tahu aku sebenarnya dah berhenti merokok. Ini betul-betul punya quit! Serious!
Tolong jangan ada yang gelak ya?
Keputusan ini sebenarnya dah dibuat sejak November 2006, tapi tak constant. Kejap stop, kejap smoke balik. Rasanya aku dah tak hisap rokok sebatang pun lepas general election Mac tahun lepas.
Ada sapa-sapa nak ikut aku? Ada bran?
Tolong jangan ada yang gelak ya?
Keputusan ini sebenarnya dah dibuat sejak November 2006, tapi tak constant. Kejap stop, kejap smoke balik. Rasanya aku dah tak hisap rokok sebatang pun lepas general election Mac tahun lepas.
Ada sapa-sapa nak ikut aku? Ada bran?
Subscribe to:
Posts (Atom)







