Friday, March 14, 2008

AKU, KEDAH & PAS... SATU KEJUTAN!

Pakcik ini salah seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Bukit Pinang, Alor Star. Umurnya kira-kira 115 tahun dan menjadi ahli Umno selepas 15 hari parti itu ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada 1946.



ORANG masih sibuk dengan cerita keputusan pilihan raya. Jadi, aku pun sama.

Hmm... Seperti semua sedia maklum, negeri Kedah Jelapang Padi tempat aku mencari rezeki ini jugak jatuh ke tangan pembangkang iaitu Pas. Satu keputusan yang mengejutkan terutama bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) nya iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Besar (kini bekas).

Bukan saja orang-orang BN, tetapi orang-orang Pas turut terkejut.

"Kami memang jangka akan tambah banyak kerusi, tapi tak sangka pulak boleh ambil alih kerajaan," kata seorang petugas parti Pas yang aku temui semasa pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Sik di Dewan IKM, Sik, tempoh hari.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tempoh hari menyaksikan Pas memenangi 16 DUN manakala BN memperoleh 12 DUN. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang 4 DUN dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas ( Pun menang jugak! Calonnya, V Arumugam menewaskan calon BN, P Krishnan. Arumugam kini memasuki PKR dan dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan).

Kedah pada PRU 2004 menang satu kerusi Parlimen dan lima DUN.

Pas yang menang majoriti mudah berjaya membentuk kerajaan sekali gus menumbangkan kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid aka Tok Det yang hanya sempat berkuasa tak sampai satu penggal.

Tidak seperti di Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu yang agak kecoh dengan perlantikan Menteri Besar (MB) barunya, tetapi di Kedah keadaannya berjalan lancar. Selepas keputusan PRU diumumkan di Kedah awal pagi Isnin, 9 Mac lalu, jam 3 petang kemudiannya Ustaz Azizan Abdul Razak, 68, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dipilih sebagai MB yang baru dengan penyerahan watikah oleh Sultan Kedah serta majlis mengangkat sumpah di Wisma Darulaman, Alor Star.

Dua hari kemudian, Azizan mengumumkan perlantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang mana tujuh dari parti Pas dan selebihnya PKR. Dalam majlis yang sama, Azizan turut memperkenalkan Setiausaha Politiknya iaitu Sanusi Md Noor, 34. Dalam PRU 2008, Sanusi adalah calon Pas di DUN Belantek, tetapi tewas kepada Ketua Pemuda Umno Sik, Mohd Tajudin Abdullah, 44, , yang juga calon BN.

Err... Kira-kira 18 tahun lalu, Sanusi pernah bekerja sebagai tukang goreng ayam di gerai menjual ayam goreng milik Tajudin.

Apa yang pasti, landskap politik Kedah kini berubah. Impian Pas sejak era arwah Fadzil Noor untuk menawan Kedah akhirnya menjadi kenyataan. Kedah juga adalah negeri terbaru ditawan Pas selepas menawan Kelantan sejak 1990 selain pernah merampas Terengganu pada PRU 1999.

Azizan yang juga bekas Pensyarah di UKM kini menggalas beban dan menjadi harapan rakyat Kedah yang sudah menolak BN. Azizan juga nampaknya awal-awal lagi sudah menolak untuk menjadikan kerajaan Pas Kelantan sebagai role modelnya.

"Kelantan ada suasananya sendiri dan kita di Kedah ada cara kita sendiri. Apa yang elok di Kelantan tidak semestinya sesuai di Kedah, begitu juga sebaliknya," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah sebagai MB, baru-baru ini.

Secara peribadi aku merasakan kerajaan Pas Kedah bukanlah ekstrim seperti yang kebanyakan orang sangka terhadap parti Pas. Melihat barisan Exco yang sebahagian besar terdiri daripada golongan profesional, aku dapat merasakan mereka ini lebih moderate.

Ramai (terutama bukan Islam dan jugak Islam!) takut dengan Pas konon-kononnya mereka ini terlampau ekstrim terhadap agama. Bak kata rakan sepejabat aku yang berbangsa Cina :

"Aiya! Lepas ini saya mai ofis kena pakai tudung ka?"

Hehe... aiya amoi! Lu tarak kena itu macam la. Pakai la apa-apa pun asal lu jangan bogel sudah!

Ada yang takut sebab Pas akan tutup semua pusat hiburan, kedai ekor, arak dan karaoke di seluruh Kedah.

Hmm... elok la tu sebab aku bukannya kaki ekor dan kaki arak. Lagipun kat Alor Star ni night lifenya... alahai...

Sebenarnya aku dapat rasakan, Azizan masih terkejut dan tidak percaya Pas boleh menubuhkan kerajaan di Kedah. Daripada raut wajahnya, Azizan seolah-olah tidak bersedia dan yang pasti, tugas yang perlu dilaksanakan cukup banyak!

"Saya pening ni! Saya kena study balik. Tengok macamana," ini kata Azizan kepada pemberita ketika diasak dengan pertanyaan mengenai mana satu daripada 15 manifesto Pas Kedah yang akan laksanakan dulu.

Relax ustaz. Saya tahu uztaz boleh buat.

Kata kawan aku pulak, Azizan saling tak tumpah seperti ustaz-ustaz yang mengajar al-Quran di kampung-kampung dulu. Okay la, dia memang pendidik pun.

Ketika ditanya perasaannya selepas hampir seminggu memegang jawatan MB, Azizan berkata :

"Memang saya sibuk sekarang. Nak jumpa family pun dah susah. Nak pegi kenduri pun dah tak sempat," katanya yang memang terkenal di kalangan rakyat sebagai pemimpin yang prihatin dengan masyarakat terutama dalam menziarah kematian, orang sakit dan majlis kenduri. Itu memang pendekatannya supaya dilihat setaraf dengan masyarakat kampung. Dan, kesannya memang orang kampung suka kepadanya.

Anyway, good luck untuk Kedah. Aku tak kisah, selagi aku boleh cari makan dengan aman, tenteram dan happy.

Tuesday, March 11, 2008

NOSTALGIA...

TIBA-tiba aku teringat kembali suasana kira-kira 18 tahun dulu. Waktu aku masih ditanggung keluarga di Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak dan bersekolah dalam Tingkatan Tiga, baru nak ambik SRP.

Masa itu tak ada problem. Problem yang ada cuma malas nak belajar dan tak tau nak lepak kat mana dengan kawan-kawan. Macam budak-budak lain yang sebaya, aku jugak ambik kelas tusyen Bahasa Inggeris dan Matematik konon-konon nak score dalam SRP. Tapi aku pegi tusyen tu sebab nak lepak dengan kawan-kawan dan usya awek. Errr... tapi awek tak usya aku pun.

Naik basikal ramai-ramai pegi pekan tengah-tengah hari buta ( tak penat pun), lepak kat panggung wayang Waldorf pekena air kelapa sambil layan lagu "Here I Go Again" (Whitesnake) dari jukebox (satu lagu 20 sen).

Habis jahat pun pegi layan 'video lucah' beramai-ramai! Hahah! Salah seorang sahabat kami, Boy selalu menjadi supplier video biru itu yang dicilok dari koleksi bapaknya! Hahaha!

Petang-petang pulak main bola kat padang Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah. Sekolah paling happening kat tempat aku. Heheh. Tak ramai di antara kami yang mampu beli but bola, so kaki ayam je. Paling handal pun pakai but kain Made In China tu.

Entry ini tribute untuk geng-geng aku waktu itu. Aku tak tau kebanyakan daripada korang kat mana sekarang. Aku teringin nak jumpa korang balik. Malangnya, komitmen terhadap benda lain selalu menghalang kita.

Kamal, Bob, Jali, Zaidy, Alun, Fareed, Malik, Boy, Naie, Nuar Cine dan Halisham.

Entah bila la boleh lepak balik dengan korang...

Errr... korang ni takde facebook ka?

Sunday, March 09, 2008

MAKKAL SHAKTI!

Makkal Shakti!
Kuasa Rakyat!

"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people" - V For Vendetta

MAHU tidak mahu, aku sekarang bekerja di negeri yang kerajaannya adalah pembangkang. Negeri tanah tumpah darah aku juga di bawah pembangkang. Malah, kampung halaman arwah abah dan nenek aku juga di bawah pembangkang.

Inilah kuasa rakyat.

Kepada pihak yang menang, tunaikanlah janji-janji anda. Janganlah janji hanya tinggal janji. Jangan taksub dengan kuasa dan wang. Jika tidak, rakyat akan tunjukkan lagi kuasanya lima tahun lagi.


Friday, February 29, 2008

PILIHAN-PILIHAN UNTUK RAYA

Die hard fans Pas menawan pekan Sik, Kedah



Pekan Sik, Kedah ditawan die hard fans Pas


Penyokong Barisan Nasional (BN) menunggu dengan penuh sabar


Menunggu penuh sabar di tengah panas terik mentari. Parti punya pasai!


Wakil BN tekun menyemak mencari kesalahan pada borang penamaan calon Pas untuk dibantah supaya calon itu boleh kalah tanpa bertanding.



GAMBAR di atas diambil masa aku sempat meninjau suasana hari penamaan calon di Pejabat Daerah Sik, satu kawasan pedalaman kira-kira 80 kilometer dari Alor Star atau sejam lebih perjalanan. Kerusi Parlimen Sik serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Jeneri dan Belantek menyaksikan pertembungan klasik satu lawan satu calon BN dan Pas.

Hmm... sejak hari penamaan calon 24 Februari hari tu, suasana menjelang pilihanraya di Kedah agak meriah. Ni aku listkan beberapa senario menarik di negeri Jelapang Padi ni...

1. Aku kena bekerja straight dari 18 Februari sampai 8 Mac. Tak boleh cuti dan tak boleh ambik off day. Kadang-kadang kena balik kerja pukul 2 atau 4 pagi.

2. Dalam masa tak sampai sebulan, Pak Lah dan Najib masing-masing dua kali turun ke Kedah. Kedah ni ada problem ke?

3. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun membantu anaknya, Datuk Mukhriz yang juga calon Parlimen Jerlun. Dia muncul pada hari penamaan calon dan pada 29 Mac membantu Mukhriz berkempen. Errr... sehari sebelum penamaan calon dia beritahu media di Kuala Lumpur yang dia takkan membantu anaknya berkempen.

4. Masjid Bertemu Rakyat bersama Pak Lah di Kuala Kedah dihadiri tak sampai 500 orang.

5. Tone Najib berucap semasa melawat Felda Teloi Timur, Sik dan Sungai Tiang, Pendang berbeza dengan cara biasa dia berucap. Nampak happy sangat... dan pelik!

6. Dua rakan wartawan aku dibelasah oleh orang-orang suruhan seorang pemimpin parti politik di Kangar, Perlis. Bukan pasal politik atau kerja, tapi lebih kepada personal. Hmm...

7. Seorang calon Bebas terus matikan handphone bila wartawan minta nak interview.

8. Tiba-tiba ada 1,031 pengundi pos di Belantek.

9. Ramai orang belanja aku makan.

10. RTM je yang rajin interview calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Zainuddin Maidin.

Saturday, February 23, 2008

PILIHAN YANG TAK RAYA

Jika ku tanya padamu
Manakah arah rumahmu?
Apakah jawapanmu sama denganku?

Jika ku tanya padamu
Manakah arah kiblatmu?
Apakah jawapanmu sama denganku?

Satu rumpun budaya
Satu akar bahasa
Satu soalan nak ku tanya
Adakah kita punya satu suara?

Jika ku tanya padamu
Apa warna benderamu?
Apakah jawapanmu sama denganku?

Jika ku tanya padamu
Siapakah saudaramu?
Apakah jawapanmu sama denganku?

*Art Fazil*




SEKARANG semua orang demam dan gila dengan pilihan raya. Bagi yang kerja dengan media, pilihan raya buat diorang jadi 'gila'. 'Gila' dengan kerja atau kena buat kerja macam orang gila.

Masa aku tulis ini, esok adalah hari penamaan calon.

Aku bukan nak cerita pasal peluang Barisan Nasional (BN), Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP. Tapi aku nak cerita pasal seorang bekas calon BN yang digugurkan di Kedah baru-baru ini.

Hamba Allah ni frust menonggeng. So, bengang dan frust punya pasal, dia bertindak nekad melompat ke parti lain iaitu Pas. Malam selepas pengumuman calon oleh Menteri Besar itu jugak dia call wartawan.

"Saya nak masuk Pas. So, hangpa boleh tulih ceghita ni," katanya dalam loghat Kedah dengan nada yang agak marah dan kecewa.

So, interview la apa bala semua. Esoknya cerita itu pun siaplah ditulis. Hanya tunggu masa untuk diedit sebelum dihantar saja.

Tiba-tiba dia telefon...

"Err... tak payah tulih la kot ceghita tu. Saya dah masuk BN balik. Saya call Pak Lah, dia kata nak bagi something kat saya," katanya.

Hahaha!!

Ini ke pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat? Aku buat kesimpulan dia ini tak ada pendirian dan dia bukanlah pemimpin yang nak mengubah nasib rakyat, tapi hanya untuk kepentingan sendiri. Fuck you!

Tak semestinya engkau digugurkan kau tak boleh teruskan perjuangan. Nampak sangat jadi pemimpin semata-mata nak duit dan kuasa.

Lagipun, betul ke hang call Pak Lah?

DOSA...

Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali

Berdarah penuh di tanah

Sedang tangan menongkat langit


Apakah yang ku perjuangkan

Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan

Oh... Tuhan
Tidaklah aku layak untuk syurgaMu

Namun aku tak berdaya menahan panas nerakaMu

Curiga di mata orang

Bagai mentari rembang

Bagaikan aku berdosa

Pada siapa saja


Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia

Walau ditelan Segitiga Bermuda

Selaluku mengulangi

Dosa yang telah ku buang

Diikuti kembali mengapa begini?
Mengapa begini?

Sedang Tuhan tahu sesiapa

Untuk neraka untuk syurga
Aku tak terpaksa memilih syurga

Demi pengertian pada hukum alam

Dan sesungguhnya

Aku cinta padaMu Tuhan

Walaupun sesat jalan...



* Credit untuk Bob*

Thursday, February 14, 2008

LETIH



24 Februari 2008 - Hari penamaan calon.

8 Mac 2008 - Hari mengundi.

In between tu... letih!

Monday, January 28, 2008

PHOTO BY YATT (2)

Himpunan buah strawberry di Raju's Hill Strawberry Farm, Cameron Highlands, Pahang.

Thursday, January 24, 2008

BELASUNGKAWA

MAKA ramailah gadis, isteri orang, ibu tunggal, janda berhias dan tak ketinggalan puak 'adik-adik' menangisi pemergian mamat hebat di bawah ini. Aku jugak kagum dengan lakonannya dalam 10 Things I Hate About You, The Patriot dan Lords of Dogtown.




...Tambah kagum bila mendiang melakonkan watak hebat di bawah ini




... Dan aku yakin disebabkan kematiannya filem hebat di bawah ini akan mencatat kutipan super pecah panggung dan 'kotak pejabat' apabila mula ditayangkan Julai nanti.

... Dan memang menjadi kewajipan aku untuk menonton semua filem Batman bermula era Michael Keaton, Val Kilmer, George Clooney dan Christian Bale di panggung wayang (filem lelaki kelawar ini tak main la nak tunggu DVD bajakan). Lagipun kat Jitra sekarang dah ada panggung wayang baru bukak. Walaupun tak sehebat TGV atau GSC, tetapi kira hebat jugaklah! Hahah!

Monday, January 21, 2008

PHOTO BY YATT (1)

Sejenis tumbuhan parasit. Orang kampung aku panggil pokok Langsuyor atau Langsuir. Arwah mak aku yang tanam dalam pasu kat kampung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak. Rasanya aku balik kampung baru-baru ni pokok ni dah takde.

Friday, January 18, 2008

BLUR...

ADA orang 'sound' aku apasal tak update blog. Hahah!

Oh ya! Inilah entry pertama aku untuk tahun 2008 ni.

Tapi aku tak tau nak tulis apa.

Sunday, December 30, 2007

NEW YEAR

SELAMAT TAHUN BARU semua.

Malas nak buat apa-apa azam.

Cuma, harapnya dugaan tahun 2008 tidak sehebat dan seteruk 2007.

Apa-apa hal, aku redha saja...

Thursday, December 27, 2007

AKU BUKAN LAGI WARGA KOTA!


Pix by Yatt


TIBA-tiba aku terasa asing di daerah yang selama ini bukanlah asing bagi aku.

Heh... baru sembilan bulan tinggalkan Kuala Lumpur, aku dah terasa asing. Turun KL baru-baru ni buat aku rasa satu macam. Oh... rupa-rupanya Jalan Imbi di belakang KL Plaza dah jadi one way, sebelah Mid Valley sudah ada The Gardens dan Pavillion di depan JW Marriot dah pun siap.

AKu jugak terpaksa sewa bilik hotel dan menumpang di rumah adik ipar dan kakak aku. Ya! Aku bukan lagi warga kota!

Selalunya bila kita tak tinggal di KL, kita rasa KL tu best sangat! KL itu, KL ini. Nak pi sana, nak pi situ, nak pi sinun! Err... itu la yang aku rasa sekarang... tapi kadang-kadang je.

Penyudahnya, bila di KL hari tu aku boleh buat benda yang selama ni aku tak pernah buat langsung sepanjang berbelas tahun duduk di sana dulu!

Nak tau apa? Aku boleh lepak dan tangkap gambar kat Dataran Merdeka! Tak lupa jugak kat KLCC! Cuma aku tak sempat nak naik Eye On Malaysia...

Hahaha!

Sunday, December 23, 2007

RENJIS-RENJIS DIPILIS...

Eddvedder.blogspot.com sedang mengontrol macho di samping isteri tercinta


TAHNIAH Edd dan Azlin.

Selamat menjadi laki orang yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi, tak lupa juga berhati-hati di jalan raya.

Aku rasa, aku dan Nadia la satu-satunya kawan blogger yang pi kenduri hang kat Kampung Berjaya, Alor Star, 8 Disember hari tu.

Edd, cepat-cepat la buat anak. Hahaha…

Small world… dunia ni kecik je, tu yang orang selalu cakap, dan jugak aku. Penyudahnya benda tu terjadi kat kenduri hang Edd. Rupa-rupanya hang adik kepada Pak Non, kawan dan senior aku masa ambik Mass Comm kat ITM dulu (sekarang UiTM). Cis… hang tak bagitau pun yang hang ada abang ambik Mass Comm kat ITM. Ye la, dah aku pun tak tanya kan…

Anyway, tahniah sekali lagi Edd. Dah kawin, jangan tak rock pulak! Haha!

Saturday, December 15, 2007

PREGNANT? ( refer pada posting sebelum ini )

SORRY to disappoint you guys. There's no bun in the oven. 'Dua' yang dimaksudkan dalam entry sebelum ini bukanlah orang atau err... baby, tetapi adalah dua makhluk Tuhan kat bawah ni. Sebab tu kat perkataan DUA tu ada inverted commas.

Aku dan Nadia mintak maaf banyak-banyak pada sesapa yang dah ucapkan tahniah. Takpelah, mungkin masin mulut korang kot-kot kami nanti betul-betul dikurniakan twins! Insya Allah...

Oh ya! Thanks to Hanim & Rizal yang sudi dermakan budak dua ekor ni...



DIO (kiri) & SLASH


SLASH


DIO

Tuesday, December 04, 2007

ACHTUNG!

NAMPAKNYA keluarga kami akan bertambah. Deena pun cukup suka. Heheh.

Hmm... khabarnya ada 'dua'!

Wednesday, November 28, 2007

YO LEFTIES!

WAHAI kaum-kaum unik, special dan pelik (?)...





... Berbanggalah anda dengan pemberian Allah swt.

Friday, November 23, 2007

Naik basikal pergi ke Sabah, Pergi ke Sabah naik basikal, Ada ke munasabah, Pergi ke Sabah naik basikal?


BERBASIKAL selama sejam dapat membakar antara 250 hingga 700 kalori.




BERBASIKAL juga dapat merehatkan minda dan mengurangkan tekanan apabila melalui kawasan yang menyejukkan mata memandang.


Ini hobi baru aku sekarang sejak pindah ke Kedah ni. Selalunya pagi-pagi sebelum pegi kerja aku cuba jugak naik basikal. Tak dapat hari-hari, seminggu tiga kali pun dah cukup okay.

Pagi-pagi naik basikal lalu tepi sawah, kebun getah, hutan, jalan kampung, nampak kerbau, lembu, kambing, biawak, burung belibis, bangau, helang, pakcik naik Honda Cup 70 lampu bulat dan kakak cun jual nasik lemak paling sedap kat Jitra memang best!

Betul-betul menyejukkan mata memandang!

Foto kat bawah ni antara laluan-laluan aku kat sekitar rumah aku di Kampung Kelubi, Kampung Malau, Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman dekat Jitra.

Aku rasa baik korang semua beli basikal sekarang...





Thursday, November 22, 2007

APA SANGAT LA BRITISH TU...

Hang kena cari keja baru. Try la hantar resume kat Maldives atau Selangor.



Encik Mladen Petric, hang ni baguih la.


DAH lama aku rasakan, team ni memang takde apa. Jangan harap la nak menang World Cup. Apa? Euro 2008 pun kantoi? Hmmm... mungkin kena buat post-mortem besar-besaran kot. Macam team Malaysia.

Tak semestinya league dia gempak, team national pun handal.

Takziah England.

... And good luck to Portugal, France and Holland.

See ya next year!

Monday, November 12, 2007

TARGET - BODY MASS INDEX (BMI) 20-25. (Tinggi - 178cm, Berat - 70kg)

"INI mesti kasi reduce," kata Dr Selvam sambil memegang, err... perut aku. Cis!

"Makan nasi satu kali satu hari cukup. Lain you boleh ambil wholemeal bread dan buah-buahan. Kena exercise la sikit," sambung doktor berusia separuh abad itu yang perutnya aku lihat lebih boroi daripada aku.

"Hah! Lagi satu, rokok jangan. You better quit, now!" tegasnya sambil membeliakkan mata pada aku.

Erk! Ya, rokok. Err... boleh katakan aku dah quit la sekarang, walaupun tak sepenuhnya sebab sekali sekala orang offer tu aku belasah jugak!! Tapi sejak November tahun lepas, aku dah amat kurang hisap rokok. Dan, aku kira ia satu achivement paling hebat bagi seorang yang sebelum itu adalah perokok tegar Marlboro Lights! Heheh...

Ya, tuan-tuan dan puan-puan...

Aku perlu memulakan projek kehidupan sihat dan projek kurus dengan lebih gigih lagi (yang sebenarnya dah aku mulakan sejak sebelum Ramadan lalu berdikit-dikit).

Untuk pengetahuan anda, aku sudah mula cycling lebih kurang tiga ke empat kali seminggu. Sekali cycling dalam dua ke tiga km. Ok la kan? Teringin nak buat tiap-tiap hari, tapi selalu tak sempat! Kadang-kadang aku ada jugak jogging kat Tasik Darulaman tak jauh dari rumah aku ni. Selain tu tiap-tiap malam Jumaat aku akan main futsal. Dalam sejam ok la.

Dan, semestinya makan kena control!

Wish me luck, kawans!