Friday, May 19, 2006

IPOH MALI TATAK SOMBONG!!

SAPE pernah pegi Ipoh? Nak kira happening, memang la tak sehappening KL, Penang atau JB, tapi Ipoh tetap tersendiri dan unik. Dan, seantero Malaya memang dah kenal Ipoh! Lagi satu, traffic jam kat tak le seteruk kat tempat lain.
Sebagai bekas mining town paling hebat dalam dunia, Ipoh memang sinonim dengan kaum Cina. Pegi la mana-mana kat Ipoh ni, orang Cina sesaja! Dan, ramai yang kata amoi paling cun kat Malaysia ni amoi Ipoh le. Errr... tah la betui ke tidak.
Bagi sesapa yang pernah aktif dalam SCENE UNDERGROUND sekitar awal 90-an dulu, tentu tau Ipoh adalah pengeluar band-band death metal paling gempak di Malaysia. Scene 'Ipoh Metal Millitant' memang cukup dikenali. Ingat gig-gig metal kat Dewan Bulan Sabit Merah sebelah Stadium Perak tu? Perghh... mantap!!
Ipoh jugak jadik saksi bila aku dinikahkan. Dan, paling best sebab aku lahir kat Ipoh! Hahahaha!!
Town Hall... Selalu orang sewa untuk kenduri kahwin. Rasa macam pegi party zaman kolonial je.

Hotel Setesen di Ipoh Railway Station yang cukup klasik.


Stesen Ketapi Ipoh... Ada yang cakap ia adalah 'Taj Mahal Malaysia'. Heheh.


Ipoh New Town yang dah jadi macam Ipoh Old Town.


Bangunan era kolonial camni memang belambak kat Ipoh.


Ni antara yang dah tak digunakan. Tak lama lagi gerenti diorang runtuhkan.


Ipoh Old Town... 11.30 pm.


Salah satu lorong belakang kat Ipoh Old Town... gambor blur pasal kamera takde tripod.


Kedai-kedai kat sini banyak yang dah tutup. Tinggal la bangunan tu camni je...


Awek dan bangunan usang... err, takde kena-mengena pun sebenarnya.

Tuesday, May 16, 2006

AKU MASIH LAGI BUDAK MINANG - UJANG


IBRAHIM ANON atau lebih top sebagai UJANG – kartunis tersohor tempatan yang cukup terkenal dengan siri kartun Atuk, Aku Budak Minang dan IBC di majalah Gila-Gila dulu. Lepas tu sapa tak boleh lupa dengan majalah Ujang dengan lawak tahap gaban yang berjaya dijual sehingga 386,000 naskhah sebulan (tapi majalah Ujang yang sekarang dah tak best!) pada pertengahan tahun 90-an dulu.

Bagi aku Ujang berjaya meletakkan martabat kartun dan kartunis itu sendiri ke tahap yang tinggi. Dalam erti kata lain, Ujang mampu meletakkan dirinya setaraf dengan kartunis legenda kita – Datuk Lat.

Ujang sendiri adalah idola aku, waktu zaman yang cukup ghairah dan bercita-cita tinggi nak jadi kartunis satu ketika dulu. Aku dah tekad, lepas SPM pada 1991 aku akan ke KL untuk bekerja kat Gila-Gila. Tapi, takkan la abah (arwah) nak aku belajar takat SPM je. So, tak jadi la cita-cita aku. Rezeki aku bukan di situ sebenarnya.

Tapi Ujang kini bukan Ujang yang dulu. Status yang dulunya di puncak awan kini jatuh tersembam ke bawah gara-gara kesilapan sendiri. Kerana tidak mahu mengambil berat mengenai kepentingan hak cipta, semuanya hilang. Ujang yang dulu mempunyai hampir 200 kakitangan di bawahnya kini hanya mampu melukis di tepi jalan.

Ye la, dia pun tak pernah terfikir pun yang namanya akan dipatenkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Kenapa jadi macam ni? Kerana tamakkan duit, pihak lain sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Orang Melayu yang cukup kreatif dihenyak cukup-cukup sampai tak punya apa-apa. Rugi la kan…

Kalau korang nak dilukiskan karikatur diri sendiri atau famili, jumpa la Ujang kat Central Market. Bayar la dalam RM30 hingga RM50. Okay la tu…

Wednesday, May 10, 2006

KESIANNYA KAMBING ITU

Remaja liwat kambing kali kedua

BACHOK: "Budak itu terbaring keletihan tanpa memakai baju berhampiran kambing saya," kata Gayah Kasim, 36, pemilik seekor biri-biri yang menjadi mangsa perbuatan seks luar tabii seorang remaja di Kampung Pengkalan Chegal, Tawang, dekat sini, malam kelmarin.


Menurutnya, kejadian itu disedarinya selepas memeriksa kandang haiwan peliharaannya kira-kira 10 meter dari rumahnya apabila mendengar bunyi bising dan pelik dari kawasan terbabit. Katanya, budak itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menyergahnya dan menjerit meminta pertolongan.

"Ini sudah kali kedua budak itu `panjat' kambing saya dan kali pertama berlaku kira-kira 10 hari lalu.

"Ketika itu, saya sendiri dapat lihat dari tingkap rumah budak itu di atas kambing sambil keempat-keempat kaki haiwan itu menghala ke atas," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang selepas ini budak sekolah atau gadis kampung pula akan menjadi mangsanya.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor biri-biri kira-kira jam 7 malam di kampung berkenaan.

Berikutan itu, pemilik biri-biri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Tawang, dekat sini, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Nazley Mohd Said, berkata siasatan awal mendapati remaja yang didakwa melakukanperbuatan terbabit adalah jiran sekampung pemilik biri-biri berkenaan.

Sumber : HARIAN METRO, 8 MEI 2006


Ayat-ayat yang aku boldkan di atas adalah yang menjadi bahan gelak-ketawa kitorang kat opis.

Apa masalah budak tu sebenarnya? Aku tengok gambar budak tu... heheh... muka macam nerd, kurus dan kecik je... tapi kambing pun jadi!!

Banyak persoalan yang ada dalam kepala hotak aku ni.

Apa rasanya 'main' dengan kambing?

Macamana dia tergamak nak baringkan kambing tu dengan empat-empat kaki ke atas (kononnya nak buat rasa macam main dengan awek kot?) dan memasukkan 'anu'nya ke dalam 'anu' kambing tu? Arghhhhh... hahahaha!

Kalau dah desperate sangat pegi la cari bohsia ke hapa ke... ni dengan kambing? Adussss...

Kesian kambing tu.

Tuesday, April 25, 2006

AHMAD DHANI YANG CUKUP 'DEWA'

AKU memang suka tulis blog. Tapi kadang-kadang aku ni malas dan takde masa, mungkin sebab kerja. Selalu balik lambat dan bila sampai rumah dah letih. Kadang-kadang masa tidurkan anak, aku pun tertidur sekali. Tu yang selalu lambat update tu. Heheh…

Teringin jugak nak komen pasal satu-satu isu, tapi disebabkan masalah di atas isu tu akhirnya basi dan tak syok untuk diulas lagi.

Seperti yang semua orang tahu, hari tu Dewa 19 turun ke sini untuk konsert Pesta Malam Indon dan showcase kat Planet Hollywood. Ramai yang kata best dan ramai jugak yang kata tak best! Aku, susah nak cakap pasal aku pun tak pegi!

Ni bukan nak cerita pasal show diorang, cuma pasal band Dewa 19 yang dikatakan genius oleh banyak pihak ni. Tak dinafikan Dewa 19 adalah antara band seberang yang aku suka selain Gigi dan Slank. Sejak zaman Ari Lasso, then Once masuk, tukar nama Dewa, Erwin keluar, Yuke pulak masuk sampai la sekarang dan Ahmad Dhani guna nama Dewa 19 balik.

Muzik dan lagu diorang mudah menarik perhatian aku. Mungkin arrangement dan sound yang dibikin Ahmad Dhani itu kena dengan jiwa aku. Sori la, nak cerita bab teknikal pasal muzik aku tak tau.

Tapi entah kenapa tiba-tiba keterujaan aku terhadap band Dewa 19 (baca : Ahmad Dhani) macam dah kurang sikit. Entah la, aku ada sikit skeptikal pada mamat yang diwar-warkan orang sebagai ‘music genius’ tu selepas membaca jawapan dia dalam interview dengan reporter Hafidah Samat (NST) dan Zainuri Misfar ( BiPop / Berita Minggu), baru-baru ni. Ni antara petikannya :

HAFIDAH : Laskar Cinta has successfully sold 25,000 copies in Malaysia, which is rare for current local bands. What were your expectations when the album was released in Malaysia?

DHANI : To be honest, the band has never really followed the progress of our album sales here (Malaysia). We're glad to know that we have a huge following here. Of course, we hope the popularity will stay.

HAFIDAH : Don't you feel intimidated having to share the stage with other big acts from Indonesia like Gigi, Radja, Padi etc.?

DHANI : Frankly, you will not see Dewa 19 sharing the stage with other bands back home. It's just not us. Since this is a big concert to showcase Indonesia, I guess it's fine.

ZAINURI : Adakah Dewa 19 tergolong dalam aliran muzik rock?

DHANI: Tidak. Muzik Dewa dihasilkan mengikut suasana hati. Betul jiwanya rock, tetapi sebenarnya tiada yang rock. Di Indonesia, muzik rock tidak ada tempat. Peter Pan, Sheila On 7 bukan rock. Kalau rock jadi pilihan, tidak akan capai jutaan salinan di Indonesia seperti yang diperolehi Peter Pan. Radio di sini (Indonesia) pun tidak gemar muzik rock.

Aku tak tau la sama ada reporter tu salah tulis atau Dhani memang jawab macam tu. Tapi dari jawapan yang diberi tu memang jelas la keegoan dan keangkuhan si Dhani tu. Di Indonesia, Duta Sheila On 7 mengatakan dia manusia paling kurang ajar.

Cuma aku nak tau apa definisi ROCK pada Dhani. Betul ke kat Indon rock dah tak popular? Kalau betul kenapa Slank cakap konsert diorang rata-rata dihadiri tidak kurang 20,000 penonton? Padahal diorang memang betul main rock & roll!

So, ok ke si Dhani ni? Muahahahahahahaaa!!

Tuesday, April 11, 2006

SEKSA DUA MINGGU!

AGAKNYA tarikh 26 Mac sampai 8 April hari tu adalah jangkamasa yang paling boring buat aku tahun ni. Sebabnya dalam jangkamasa tu aku terpaksa ambik MC – Tak pernah-pernah aku MC sampai dua minggu! Lima kali pegi klinik, penglihatan kabur, tak boleh menulis, melukis, membaca hatta nak baca SMS sekalipun! Semuanya kabur, blur…pedih!!

Semuanya gara-gara SAKIT MATA… heheh!

Paling boring sebab 31 Mac, birthday wife aku dan 5 April anniversary wedding kitorang. Haha… terpaksa la celebrate dalam keadaan mata bengkak, mata merah menyala, taik mata asyik nak meleleh dan mata asyik terkedip-kedip sebab pedih… Erghhhhh! Kesian Nadia...

Last aku kena sakit mata masa Darjah Lima. Tapi dua tiga hari lepas tu dah baik. Ingat sekarang macam tu jugak, rupa-rupanya terlajak sampai dua minggu! Tak kisah la, doktor pun cakap itu normal. Ada orang yang lagi lama daripada aku dan mata sampai merah macam bijik saga.

Tapi takpe, itu semua ujian Tuhan. Cinonit je dugaan tu, tapi aku dah menggelabah! Sekurang-kurangnya dugaan kecik tapi menyusahkan tu boleh sedarkan aku sikit. Insya Allah. Dua minggu Tuhan tarik sikit keselesaan aku dan aku pasti itu ada hikmahnya.

Ok la, alhamdulillah sekarang aku dah sihat. Dah pegi keje balik, tapi ramai kat opis cakap aku sakit mata sebab skodeng. Hahahaha! Cis!

DAN KALAU KORANG NAK TAU, HAMBA ALLAH KAT BAWAH NI ADALAH SPESIS YANG DIPERCAYAI MEMBAWA VIRUS BERKENAAN. IA DIDAKWA BERMULA DI TASKA HALAMAN KASIH SEHINGGA MENJANGKITI MATA AKU YANG SEKIAN LAMA TERPELIHARA NI…

Sunday, April 09, 2006

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI 2

LEPAS Pulau Perhentian Kecik, pegi PD la pulak! Heheh…

Hmmm… Kelakar la kalau nak bandingkan pantai kat PD dengan Perhentian. Jauh sangat bezanya – macam team Barcelona dengan Selangor! Hahaha!! Pantai PD memang buat nafsu aku nak bercanda di pasiran pantai hilang terus! Nama je Pantai Peranginan Teluk Kemang, tapi dengan sampah, kayu, tunggul semua cukup! Kaler air pun aku tengok dah macam paya kat belakang rumah kat kampung aku jek! Pasir pun kematu semacam je.

PD walaupun jadi destinasi pilihan kebanyakan warga Lembah Klang (sebab paling dekat), tapi memang dah dikenali seantero Malaya sebagai pantai yang tak berapa cantik dan bersih. Mungkin sebab dia dekat Selat Melaka iaitu laluan kapal paling sibuk dalam dunia dan banyak sangat construction kat situ.

Tapi kalau setakat nak lari dari hiruk pikuk atau ketensenan tahap melampau dok kat KL, tapi malas nak pegi jauh, PD kira okay la.

Aku, Nadia dan Deena lepak kat Ancasa Resort belah Teluk Kemang. Resort apartment tu dah cantik dah. Cukup selesa dengan konsep Balinya tu, tapi heheh… biasa la pantainya memang hampeh sikit la.

Nak cari pantai yang okay sikit, kitorang pegi ke pantai Blue Lagoon, boleh tahan la tapi still takde selera langsung nak mandi. Tapi aku rasa pantai kat depan Hotel Seri Malaysia ( on the way nak ke town PD) tu okay sikit. Nampak bersih dan pasirnya halus. Seronok la Deena yang tak pernah tengok laut tu main ombak dan pasir.

Err… Nak pegi lagi ok kot rasanya, tapi tak payah mandi laut la. Lepak-lepak boleh la.



Gelagat seorang Hamba Allah yang tak pernah jumpa laut dan main pasir tepi pantai.



Pantai kat depan Hotel Seri Malaysia yang okay la sikit. Saja ambik gambor couple ni... heheh.


Heheh... mamat bertuala tu pun hilang nafsu nak mandi.


Alahai...

Thursday, April 06, 2006

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI!

KALAU tak disebabkan keje, entah bila le gamaknya aku boleh sampai ke Pulau Perhentian Kecik kat Terengganu ni. Tapi dengan segala kos makan tanggung berak cangkung, aku ‘dipaksa’ ke antara pulau tercantik Malaya tu baru-baru ni.

Pegi pulak kena naik van! Hmmm… ingat diorang nak kasik naik flight. Apa nak buat, selepas lapan jam bontot rasa nak kematu, pusing kiri kanan tapi stil tak bleh tidur, empat kali pegi toilet termasuk terpaksa dengar brader drebar tu menyanyi (aku rasa dia nak hilangkan mengantuk), maka sampai la kitorang ke jeti Kuala Besut tepat jam 7.15 pagi.

Gedebuk gedebak gedebuk gedebak naik bot sume dalam setengah jam sampai la ke Pulau Perhentian Kecik tu. Fuh! Pasir pantai putih, air jernih bak kristal, ikan berwarna-warni bernang-renang, pohon nyiur melambai-lambai dan awek mat saleh berbikini berlambak-lambak! Ewahhh!! Heheh… Walaupun aku rakyat Malaysia, jakun pulak rasanya bila sampai tempat camtu. Rasa macam kat negara lain pulak, dan mat saleh kat situ pulak yang rasa tempat tu macam tempat dia.

Anyway, pulau tu memang sesuai kalau pegi dengan kengkawan atau nak enjoy dan berhappening. Lagi satu, kalau baru kahwin, memang digalak-galakkan sangat pegi. Heheh… Aku yang seumur hidup tak pernah snorkeling, rock climbing dan abseiling, aku belasah buat kat situ (Huh! Memang tak adventure aku ni!). Diorang offer suruh aku buat scuba diving… Errr.. aku tak nak pasal aku menggelabah sikit dalam air.. heheh.. fobia! Diorang semua cakap rugi sebab benda tu mahal kalau bayar. Tapi bagi aku takpe la, daripada terjadi apa-apa kat aku, baik tak payah! Hehehe…

Hmmm… bila la nak pegi situ lagi ye?




Memula gayat jugak nak buat abseiling dengan ketinggian lebih 50 meter ni. Hieee... kat bawah ada jurang dan laut lak tu, tapi belasah jek! Jangan tengok bawah...



Kucing hensem yang kehidupannya hanya dipulau. Mungkin dia ni tak pernah pun tengok kete seumur hidup dia.


Kalynn, awek mat saleh dari Seattle, US. Umur baru 20 tahun, tapi selamba travel satu dunia sorang-sorang. Masa tu dia dah sebulan lebih kat Malaysia dan dua minggu kat Perhentian. Kat Perhentian selamba je dia keje kat gerai sorang pakcik tu. Memandangkan dia dari Seattle, aku tanya la pasal band grunge Seattle macam Pearl Jam, Soundgarden, Mudhoney dan Nirvana, tapi dia tak minta pun band tu! Ciss!!

Kalau salah langkah masa buat rock climbing atau abseiling tu, jatuh kat sini la. Hishh!


Sunset kat pantai Teluk Aur, sebelah Barat Perhentian Kecik.


View semasa on the way untuk jungle tracking ke pantai Teluk Aur


Gambar pertama aku snap dari atas bot sebelum nak sampai pantai. Masa ni dah teruja ni!


Susah nak jumpa orang Malaysia kat sini, 80 persen orang putih dan kebanyakannya European.


Tengok tu ayor lautnye biru beb! Tak yah snorkeling jauh-jauh, cukup 10 meter dari pantai je korang dah boleh tengok coral dan ikan yang kalerful. Ikan pari pun ada! Woii!! Cepat, pegi le Perhentian Kecik sekarang!

Tuesday, February 28, 2006

AKU PEGI FUNFAIR LA!

PUNYA la lama aku tak jejak funfair, tiba-tiba kelmarin aku boleh tergerak nak ke situ. Heheh…Aku tak ingat bila last aku pegi funfair. Rasanya tahun 80-an dulu kot masa aku still sekolah kat Batu Gajah, Perak.

Funfair kat area rumah aku tu dah seminggu start rasanya. Tengok Ferris Wheel, Rumah Puaka, Kereta Langgar, Main Tikam-Tikam, Baling Tin, Campak Gelang, Baling Bola Ping Pong dah tah apakebenda lagi, tiba-tiba rasa teruja plak. Apalagi, hangkut la si Nadia ngan Deena! Heheh… First time sampai Deena blur jek…

Funfair ni memang nostalgia kan? Dulu masa kat kampung, kalau ada memang tak miss punya! Nak main semua tu pun murah, lima posen atau singgit je paling mahal rasanya. Tapi funfair sekarang dah pakai token la! Satu token dua ringgit, lima token dah RM10! Sekali main baling-baling tu dua token, nak naik Feris Wheel dua token sorang. Uishhh… mahal jugak!

Kalau dulu-dulu funfair ni best sebab ada konsert rock la! Kalau Search, Wings, Rusty Blade, SYJ atau XPDC turun, memang berduyun-duyun la rockers datang. Alahhh… tiket paling mahal pun baru RM5 atau RM3, tapi masa tu kira mahal la kan bagi budak sekolah. Heheh… siap kumpul duit belanja sekolah tu. Sound system hampeh ke, lighting ke hancur ke pegi mampus la! Janji rockkkk!! Hahahahahaha!!

Apa yang aku tengok, konsep funfair sekarang dengan dulu tak banyak bezanya. Cuma konsert rock je yang dah kurang. Benda-benda fun yang ada kat situ sama je macam dulu.

Hehehe… ada ke sesapa yang tak pernah jejak ke funfair ni?





Thursday, January 19, 2006

DAH 730 HARI





Proses evolusi berjalan lancar sampai kadang-kadang tak terkawal... heheh



HARI ni 20 Januari 2006, pukul 7.55 pagi tadi – sorang anak dara kecik bernama IRDINA RIADZ BT AHMAD RIADZ genap le umurnya DUA TAHUN.

Heheh… Still terbayang-bayang situation yang berlaku dua tahun sudah. Punya la susah la keluar. Aku tunggu dari 9 malam sampai ke 7 pagi besoknya, tak nak jugak keluar-keluar! Aku dah mengantuk gila babas kat dalam labor room tu. Last-last kena keluar ikut ‘tingkap’ jugak.

Heheh… Still terbayang-bayang nurse tolak satu stretcher kecik yang kat atasnya ada bundut kain hijau. Ingatkan longgokan kain je, tapi rupa-rupanya baby aku kat dalam tu.. Heheh… tu la, kecik sangat, 2.39 kg je…

Hari ni… heheh… macam-macam perangai! Pening kepala aku ngan orang rumah, tapi takpe, BEST! Tiap-tiap hari rasa terhibur…

Babaaahhhhhhhhhhh…. Adoi… cayorrr ghasenye dengor dia panggey ghope tu…

Apa lagi… sapa yang dah kahwin tu cepat-cepat le buat anak! Kalau tak kahwin lagi cepat-cepat le kahwin, pastu buat anak!! Wakakakakakaka!!

Tuesday, January 17, 2006

BATANG?

Tale of Two Batangs

My friend, A, never knew that there was a place called Batang Berjuntai throughout her 20+years existence. Having lived and studied in the East Coast throughout her younger days, it was only on the day she followed her aunt to Kedah that she found the signboard.

On the other hand, I, never knew that there's a village called Batang Bergedik throughout my 20+years of happy-sad-happy-happy life. Having read newspapers only when I have the time, it was only today when I read the New Straits Time ("'Acid man' finds true love again' pg 15 col 1) that I found out tat in Tanah Merah there is such a place.

Ni aku ambil dari blog member seblog aku, Siti Rosman aka Syameen. Heheh... Apakehal cerita pasal ‘batang’ la pulak... Heheh... Selama ni aku ingat nama tempat Batang Berjuntai tu dah kira kelakar dan ‘lucah’ sikit. Tapi ada yang lagi hebat rupanya... Kampung Batang Bergedik di Gual Ipoh kat Tanah Merah, Kelantan. Heheh... Dah la batang tu boleh bagi double meaning, bergedik pulak tu! Isyyy... Sapa-sapa pun kalau dengar nama tempat ni sure pikir ke ‘situ’ dulu punya. Betul dak?

Sebenarnya Tuan Azman Tuan Ludin, mamat yang kena simbah asid dengan wife dia sebab nak kahwin lagi tu berasal dari Kampung Batang Bergedik tu. Ni hah story dalam NST yang Syameen referkan tu :

`Acid man' finds true love again
By Syed Umar Ariff

TANAH MERAH, Wed. - His wife splashed acid on his face when he wanted tomarry another. He endured the pain and the disfigurement, holding firm to the belief that his love would stay by him. But she did not, and his world took a tumble.

Today, six months later, he is in love and loved again. In a simple ceremony in Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh, Tuan AzmanTuan Ludin, 30, now famously known as the "acid man", was engaged toNoraini Ghazali, 22. He, in a yellow baju melayu, and Noraini in a blue baju kebaya were apicture of bliss. Both seemed at ease and exchanged glances as they posed for newsphotographers. Tuan Azman said he was touched by Noraini's acceptance.

"She loves me for the man I am and not for my looks. "Had I known Noraini was the right person for me earlier, I would nothave suffered a broken heart," he said.

Noraini, a volunteer in the Territorial Army, was a close friend ofNormasalina Mohd Nor, 23, the woman who dumped Tuan Azman after the acidattack. Normasalina had introduced her to Tuan Azman at a Territorial Armymeeting in Kuala Lumpur last July.

Noraini said Normasalina was hiding in her house when Tuan Azman cameto look for her after his discharge from the Kota Baru Hospital.

"He would always ask me about her until the day she left him. We thenbecame very close." Tuan Azman's wife Siti Khalifah Sulong, 54, allegedly poured acid on him during a quarrel after he told her he was taking a second wife.

He had been asleep in his house in Kampung Legeh, Jeli, on July 31 lastyear when the attack took place. Tuan Azman was married to Siti Khalifah for more than 10 years and theyhave a child. Siti Khalifah has been charged with causing grievous hurt. The trial ispending.

* Article borrowed from New Straits Times


Heheh... Aku tak tau la kalau aku asal dari kampung tu ataupun Batang Berjuntai (errr... sori la kalau sapa-sapa yang asal dari tempat ni). Macamana agaknya nak explain kat orang kalau ditanya, “Kau kampung kat mana?”

Aku pernah sekali disuruh pegi assignment kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Sebelum tu dalam kepala hotak aku memang aku ingat sekolah tu betul-betul kat town Kuala Selangor. So, on the way ke sana aku lalu pekan Batang Berjuntai dulu, tapi rupa-rupanya sekolah tu tak jauh dari pekan Batang Berjuntai, ada la lebih kurang dua kilometer. Maksudnya, sekolah tu sebenarnya kat Batang Berjuntai la...

Sekolah tu pulak sekolah baru. So, aku paham la kenapa sekolah tu dinamakan Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor, bukannya Batang Berjuntai. Heheh... Sapa la gamaknya yang kasi nama Batang Berjuntai tu ye? Mungkin betul masa tu ada batang pokok yang berjuntaian kat situ, tapi bila kasi nama Batang Berjuntai... heh.. takde benda lain dalam kepala orang! Ekekekeke!

Bos aku punya cerita lagi haru! Dia cakap tempat tu dapat nama Batang Berjuntai pasal masa zaman dulu-dulu ada puak kanibal kat situ. Dan, diorang tu memang naked memanjang la.. heheh. Lepas tu hobi kaum lelaki diorang suka bertenggek kat atas batang pokok... Hah... tu yang berjuntai tu! Kah! Kah! Kah! Boleh percaya ke?

Tapi kat Malaysia ni memang banyak nama tempat yang pelik-pelik dan sempoi. Ara Payung ni sebenarnya nama kampung aku kat Perak. Heheh... Kampung Ara Payung - pelik ke? Okay la tu. Lepas tu kat Kelantan yang aku tau ada nama Kampung Kedai Lalat. Tapi member aku budak Kelantan cakap kat sana ada nama Kampung Nyamuk Main Gitar... isy.. betoi ke ni? Macam tak caya je.

Ada lagi - Banyak yang aku tau kat Perak la macam Chendrong Balai, Chikus, Pusing, Changkat Belingkor, Kg Serkai Jadi, Kg Jamuan dan apa tah lagi.

PISTOL DAN BUNGA ROS

ERRR… Laaa… Lamanya tak update blog. Heheh… Sibuk kot…ataupun malas! Heheh… Eh? Dah masuk 2006 ye? Hehe… tertinggal keretapi la aku ni. Dah masuk tahun 2006 ni aku sama je. Mungkin jadi lebih baik kot? Insya Allah.

Jiwa aku? Masih maintain Rawk N Roll!! Heheh… Hari tu kecoh balik pasal Black Metal ye? Abih semua bebudak underground dan music lovers kutuk kaw-kaw paper Harian Metro (Heheh… apa la Harian Metro ni. Kecoh je! Heheh.. ehem!). Siap buat piket depan opis lagi! Ekekekeke!! Ah! Pegi mampus la! Bebudak bangang je yang buat ritual tak senonoh tu semua. Rasanya aku dah dengar muzik Black Metal tu sejak awal 90-an lagi. Errr… takde pun terniat nak bakar Quran, minum darah kambing (kambing pun aku tak makan!), pijak Quran dan tah hapa-hapalah lagi. Ah! Lantak le!

Sebut pasal rock, antara band favourite aku dah tentu le Guns N Roses. Tapi sayang, dah RIP. Ada gak dengar-dengar pasal GNR generasi baru bersama Axl Rose, tapi itu lama dulu. Aku pun dah tak tau apa cerita terbaru diorang. Ada sapa-sapa yang tau? Aku tengok official website diorang pun last update tahun 2002. Apa jadi album ‘Chinese Democracy’ tu yek?

GNR mula melekat kat jiwa aku dalam tahun 1988, form 2 masa tu. Biasa la, time tu kan memang tengah rock gila kat sini! Aku tau pasal GNR ni kat magazines, tapi masa tu aku tak pernah dengar lagi lagu diorang. Aku suka diorang pasal nama band tu - GUNS N ROSES. Bagi aku, nama tu cukup unik bagi sebuah band glam rock macam diorang.

Selain tu Slash la. Mamat ni memang unik, karakter, imej dan karisma pada dia different denganrockers-rockers lain era tu termasuk la sound daripada Gibson Les Paul dia tu. Selain tu sapa-sapa yang minat GNR mesti perasan si Slash kalau bergambar mesti ada rokok Marlboro terselit kat mulut. Heheh… Punya la minat kat kawan tu sampai aku pun hisap rokok Marlboro gak… heheh… sampai la sekarang!

Walaupun GNR memang dikenali sebagai band yang tak senonoh, perangai cam setan, huru hardan hampeh, tapi aku tetap kagum dengan diorang. Aku kagum dengan talent, imej dan muzik yang diorang keluarkan. Tu aje, attitude diorang tu tolak tepi la, kan.

Masa tu aku teringin nak beli kaset diorang, tapi ye lah… heheh… budak sekolah mana ada duit. Lagipun aku bukannya anak orang kaya bangsa every week dapat elaun beratus-ratus.

Tapi nak jadi cerita, satu hari sepupu aku yang duduk tak berapa jauh dari rumah aku bawak satu brader datang rumah, kawan dia katanya. Dia kata brader tu datang sebab nak tumpang pasang kaset kat radio rumah aku (pasal rumah sepupu aku tu takde radio).

Punya la banyak kaset rock yang brader tu bawak. Hah… salah satunya GNR la… Debut album yang memang aku nak beli tu - Appetite For Destruction.

“Alamak! Kaset Guns N Roses la! Saya minat dengan band ni bang. Nak pinjam dengar buleh?” kata aku dengan teruja.

“Eh! Adik minat rock ye? Waaa… sama la kita. Ni Cinderella, Motley Crue, Iron Maiden, Dokken, Whitesnake, Black Sabbath ni tak nak dengar? Oooo… suka Guns N Roses ye?” kata brader tu dengan cool. Aku pun dah lupa apa nama dia (Entah kat mana la dia sekarang).

“Errr… Semua tu memang dengar, tau la jugak. Saya memang dah lama nak tau banyak pasal GNR ni, tapi lagu diorang pun tak pernah dengar,” kata aku yang kononnya rockers la masa tu.

“Heheh… Ambik la kaset GNR ni. Abang kasik. Hmmm… diorang memang best! Lagu gempak, tapi bising sikit aaa. Kang marah pulak mak adik. Heheh…” ujar brader tu.

Heheh… So, hari tu secara rasminya kaset GNR - Appetite For Destructions tu jadi milik aku. Sampai lunyai kaset tu aku dengar dan serta-merta aku terus jadi ‘kipas susah mati’ GNR. Then, album studio diorang seterusnya macam Use Your Illusions I, Use Your Illusion II, Lies Live Like A Suicide dan Spaghetti Incident memang aku tak lepaskan. Tapi habis sekolah, boleh dikatakan semuanya hilang. Then, dah keje aku kumpul balik CD diorang. Heheh…



Original GNR
L to R... Duff 'Rose' McKagan (bass), Slash (guitar), W Axl Rose (vocal), Steven Adler (drum), Izzy Stradlin (guitar)



Gambar dalam inlay Appetite For Destruction



GNR 1990
L to R ... W Axl Rose (vocal), McKagan, Dizzy Reed (keyboards), Matt Sorum (drums), Slash & Izzy.

*photo borrowed from www.critical-solution.com

“At a time when pop was dominated by dance music and pop-metal, Guns N' Roses brought raw, ugly rock & roll crashing back into the charts. They were not nice boys; nice boys don't play rock & roll. They were ugly, misogynist, and violent; they were also funny, vulnerable, and occasionally sensitive, as their breakthrough hit, "Sweet Child O' Mine," showed.”

LINE-UP
Axl Rose vocals 1985-
Slash guitar 1985-1999
Duff McKagan bass 1985-1999
Izzy Stradlin guitar 1985-1991
Steven Adler drums 1985-1990
Matt Sorum drums 1990-1999
Dizzy Reed keyboards 1990-1999
Gilby Clarke guitar 1991-1999


NI SIKIT BENDA MENARIK PASAL DIORANG

1. Nama betul Axl Rose ialah William Bailey. Nama AXL ROSE tu pulak kalau ditonggang terbalikkan jadi ORAL SEX. Mamat ni pernah kahwin dengan Erin Everly, ,tapi bertahan tiga minggu jek.

2. Nama betul Slash ialah Saul Hudson dan asal dari UK. Sebelum main gitar, dia lebih minat main basikal BMX dan pernah masuk pro punya competition.

3. First gig GNR kat Seattle. On the way nak pegi sana, kereta ke van ke hapa tah, rosak. So, diorang hitchhiked dari LA dan main lima show kat Seattle.

4. Masa start buat band diorang lepak sekali kat apartment di LA. Tempat tu diorang panggil HELL HOUSE pasal hari-hari penuh dengan mabuk, dadah dan awek yang sedia melakukan apa saja!

Saturday, December 17, 2005

PULAU TEMASIK

HEHEH… Awal bulan hari tu lepas jugak aku ke Singapore. Heheh… korang jangan le gelak, sebenonya itu le first time aku sampai Singapore! Selama ni takat JB je… Heheh. Itu pun sebab aku kena pegi assignment kat sana. Kalau nak pegi sendiri entah bila la gamaknya.

Aku ingat pegi naik flight, tapi rupa-rupanya naik bas je. Sehari je pulak tu! Pegi pagi Jumaat, petang Sabtu dah balik KL. Peh!! Penat je jugak. Tapi lantak le, janji aku dapat pegi Singapore… heheh…

Kat sana aku kena buat story pasal shopping complex Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road (sebelah Orchard Road tempat shopping yang glamour tu). Menarik jugak, itu kira shopping complex berkonsepkan hiburan dengan target pengunjung di kalangan remaja berumur 15 hingga 25 tahun. Selain cineplex, restoran, tempat lepak dan kedai gajet-gajet komputer, paling happening kat situ ialah E2Max – port game online, playstaion, Xbox paling besar kat Singapore!! (bulan Jun tahun depan E2Max akan dibuka kat Cineleisure Damansara, Mutiara Damansara – So, check it out!)

E2Max tu memang happening la. Siap ada area khas untuk pompuan ( banyak game yang simple-simple dan feminin je la) dan paling best ada bilik private untuk main game (macam bilik karaoke tu!).

Tapi aku ni bangsa tak layan sangat game-game semua tu. So, takde la teruja sangat! Heheh…

Sebab masa agak suntuk, aku cuma sempat merayau kat area Orchard Road je. Hmmm… memang la orang cakap itu shopping paradise, tapi aku rasa barang-barang kat situ kebanyakannya mahal nak mampus!

Orang cakap kat Singapore shopping best kat Bugis Street, tapi aku tak tau kat mana dan takde sapa nak bawak aku…heheh. Aku jugak terlepas nak tengok pameran Star Wars kat Singapore Science Centre, Jurong. Lagipun aku takde duit, aku cuma bawak $68 Sing Dollar je! Wakakakakakakaka!!


Orchard Road



Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road - sebelah Orchard Road


Shopping complex ni ada sembilan tingkat. Beso le jugak!


Ni kat depan E2Max tu. Sapa yang bangsa gila kat games online, playstation, Xbox dan tah hapa kebenda lagi elok sangat la pegi sini. Boleh main sampai subuh pasal tempat ni bukak 24 jam masa weekend!!


Spiderman beso kat sebelah panggung Cathay Cineplex.

PULAU TEMASIK LAGI

Selat Tebrau kat Second Link. Drebar bas tak ikut Tambak sebab dia kata jem kaw-kaw punya.

Brader yang busking kat Orchard Road. Pehh!! Suara dia power wa cakap lu! Aku tak ingat dia nyanyi lagu apa, tapi lagi power daripada suara Mawi! Ekekekeke!!


Tengah merayau-rayau, tetiba ada pulak contest Tarian Hip Hop. Heheh... tengok le dressing awek baju pink tu.


Rasanya building ni ada sejarah dia tersendiri.


Sophia Road - 8.30 am pagi Sabtu.

Monday, December 05, 2005

SENTUHAN MAN KIDAL

"Kalau sehari gua tak pegang gitar, tak taulah".


Fender Strat 1978, kaler cream. Gitar favourite yang kerap diusung tatkala buat show atau recording.

“Main kidal ni kadang-kadang lebih kepada gimik. Ia jugak banyak bantu gua untuk buat kelainan dalam setiap persembahan gua".



PEH! Rockers mana yang tak teruja kalau dapat berborak, bertentang mata dan melepak kat rumah Man Kidal sambil makan bihun goreng! Hujan kat luar pulak mencurah-curah sambil sesekali menghirup air sarsi dan pekena Marlboro Lights sebatang!

Dan, aku sempat le merasanya atas satu tugasan. Heheh… One of the best guitarist tu!

Siapa yang the best tu tak penting. Pada gua, mana-mana gitaris yang boleh kasik keluar sound paling sedap sampai melekat dalam jiwa, dialah yang the best!” kata mantan gitaris Search dan Lefthanded tu.

“Gitar adalah jiwa gua. Dan… errr… mungkin jugak nyawa gua! Walaupun gua dah main gitar dan performed depan crowd sejak 25 tahun lalu, tapi sampai hari ni gua still practice at least lima jam sehari. Kalau gua free, gua akan layan gitar jek,” itulah Man Kidal dengan passionnya pada gitar.

Video ‘California Jam’ daripada Deep Purple yang ditontonnya pada 1978 menjadi pendorong Man Kidal untuk jadi seorang gitaris hebat. So, tak hairan kalau korang lihat kadang-kadang showmanship Man Kidal ni ada ala-ala Ritchie Blackmore sikit kan?

“Tiga gitaris - Blackmore, Hendrix dan Malmsteen adalah inspirasi gua sampai la hari ni,” katanya.

Seperti jugak tiga orang gitaris otai tu, Man Kidal tak terkecuali menggunakan jenama gitar yang sama – FENDER STRATOCASTER… Dia ada empat koleksi Fender Strat iaitu dua model 1978 dan masing-masing satu 1977 dan 1979.

“Sound Fender Strat model 70-an memang original. Dia ada karakter sendiri yang tak ada pada gitar lain. Contoh bodynya direka khas untuk keselesaan maksima. Tali E lebih besar, so takde problem kalau nak main note tinggi. Gua jugak gunakan pick-up yang original dan amp Marshall,” ujarnya sambil menyalakan sebatang Dunhill.

“Heheh… dah banyak sangat artis yang gua rekod. Ada sesetengah tu gua kat dalam studio gua tak tau pun itu lagu apa dan untuk penyanyi mana. Sedar-sedar gua dengar radio, lagu tu adalah lagu Jamal – Kekasih Awal dan Akhir. Heheh… gua create solo lagu tu lima minit je.

“Ada jugak gua mainkan track gitar untuk band rock lain. Tapi gua tak nak kasitau la, heheh. Tu pun gua kengkadang tak tau lagu tu untuk band mana. Tau-tau dah keluar je… heheh,”
katanya.

Thursday, November 17, 2005

BAIK PUNYA CILOK@planethollywood - KELAKAR TAHAP GABAN!

SHOW Sunday Nite Live di Planet Hollywood jarang sekali mengecewakan aku. Search, Wings, Lefthanded, Ramli Sarip, Sheila Majid, MAY dan ‘reunion’ Headwind adalah antara show yang pernah aku layan kat pusat hiburan glamour di KL tu. Semuanya memang superb!!

Jadi, bila giliran Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans Issac atau empat leading actor filem ‘Baik Punya Cilok’ arahan Afdlin tu buat show kat Planet Hollywood malam 13 November hari tu, peluang tu tak nak aku lepaskan, walaupun waktu show Sunday Nite Live tu sebenarnya tak berapa nak relevan sebab esoknya kene kerja! Show start 11 pm, habis dekat 1.30 am… paham-paham je lah!

Bagaimanapun terus-terang aku cakap, aku bukanlah pengikut setia lagu-lagu Afdlin. Dan, aku tak pernah dengar pun album ‘Fuyoo’ tu. AC? Masa 4U2C tau la jugak. Sapa tak kenal lagu “Fiona” kan. Hmm… Awie dah tentu le one of my favourites! Bukan album solo, tapi Wings okay! Errr… Hans Issac tu boleh ke nyanyi?

Tapi sayang, malam tu Awie tak ada. Tetiba diserang demam dan sakit tekak yang maha dahsyat! (kalau refer pada lakonan Afdlin sebagai Awie yang sedang sakit tekak malam tu la…). Apapun aku akui diorang cukup berbakat dalam bidang masing-masing.

Aku tergerak nak ke Planet Hollywood malam tu sebenarnya kerana Afdlin. Aku memang tak berapa minat dengan lagu-lagu dia, tapi aku kagum-respek-teruja dengan bakat Afdlin sebagai entertainer atau penghibur. Improvisasi, spontaneous, keselambaan kodok, lawak dan idea yang datang daripada Afdlin cukup kreatif. Cool. Memang ada yang merapu, tapi still dalam kelas dia tersendiri.

Hasilnya, lebih dua jam tertonggok kat dalam Planet cukup MENGHIBURKAN… satu perkataan paling tepat untuk menggambarkan persembahan tiga mamat ni. Tak dinafikan Afdlin adalah mastermind pada malam tu, tapi AC pun memang talented jugak walaupun dulu aku cukup menyampah dengan 4U2C! (biasa la, gua rockers!! Heheh…). Hans memang layak jadi pelakon je la kot. Tapi respek la sebab dia berani walaupun didera-dibuli si Afdlin dan AC!

Dengan perasaan selamba bercampur gabra bercampur dengan confuse, persembahan Hans kira ok la dengan lagu-lagu macam Sephia (Sheila On 7), Ada Apa Denganmu (Peterpan), Wonderwall (Oasis) dan Learn To Fly (Foo Fighters).

“Gua nyanyi ni sebab diorang je. Kalau takde diorang, jangan harap la! Gua langsung tak konfiden. Tengok, ni tangan pun still menggigil!” kata Hans masa press conference lepas show.

Kata Afdlin, hampir 90 peratus persembahan malam tu adalah spontan. Kebanyakan lawaknya sinis termasuk mengenai Akademi Fantasia yang ‘mentaksubkan’ ramai orang Melayu. So, sapa makan cili dialah terasa pedasnya! Demikian la lawak-lawak daripada diorang yang banyak menyentuh senario industri hiburan tempatan.

“Masa rehearsal buat lain. Bila atas stage lain pulak yang keluar!! Hampeh betul diorang ni! Kadang-kadang aku blur je kat atas stage tu!” kata Hans.

Gandingan Afdlin dengan Din Beramboi dalam lagu Along Bukit Beruntung aku rasa yang paling kelakar! Lagu yang simple, tapi lirik dan gaya persembahan yang cukup kreatif dan bikin orang pecah perut!!

Malam tu Afdlin jugak nyanyi lagu Seperti Manamu, Katakan Padaku, Aku Lelaki dan Harder to Breath/This Love.

AC pulak belasah lagu nostalgia era 4U2C, Fiona dan Kenangan Cinta (aku lupa la tajuk lagu ni!) serta lagu Kali Pertama, Speed of Sound (Coldplay) dan Superman (err… yang dalam soundtrack cite Smallville tu…). Paling syok dia bantai bawak lagu tema Gerak Khas dengan version Abby yang suara flat tak sampai tu! Wakakakakakaka!!

Apapun show malam tu aku kasik TIGA SETENGAH BINTANG out of lima bintang! Rasanya crowd pun tak ramai sangat. Rasa aku kawan-kawan seartis yang ramai macam Erra Fazira, Umie Aida, Dayang, Adlin Aman Ramli, Ako Mustapa, Emilia, Ahmad Tarmimi Serigar, Syanie dan ramai la lagi yang aku pun dah lupa! Geng-geng kodok pun ada gak, tapi yang mana satu korang aku pun tak tau! Heheh…

"Bila la seksa aku nak abis ni," kata Hans yang tak sabar-sabar nak blah dari stage

Ni masa PC. Hans termenung sebab tengah pikir apa benda pulak dia nak buat dalam show akan datang Baik Punya Cilok


Lagu paling kelakar dan selamba - Along Bukit Beruntung daripada Afdlin & Din Beramboi


Rasanya ni masa AC bawak lagu Fiona... ekekeke... "Fiona... berikan daku setitis kasihmu, agar hilang dahaga rindu..." heheh


Baik Punya Feel!!

Friday, November 11, 2005

RAYA LAGI KE?

HEHEH... STILL dalam mood raya lagi nih. Kat opis pun ada kaum yang ambik cuti sampai dua minggu, sebulan pun ada beb! Raya sakan beb!
Aku seminggu je la... 29 Oktober sampai 6 November hari tu je. Tapi puas jugak la beraya dengan famili dan kengkawan.
Bagi aku raya yang seronok bebudak je la. Dapat duit raya, kita yang 'tua-tua' ni plak kena bagi duit raya. Bebudak sekarang dah pandai komplen kalau bagi duit raya sikit. Anak buah aku siap 'pelekeh' aku sebab kasik dia RM5 (kira banyak la tu!). Last-last kena lepuk ngan mak dia! Keh! Keh! Keh! Padan muka!
Selain meraikan kemenangan selepas mengharungi bulan Ramadan, Aidilfitri banyak bagi nostalgia especially masa malam dan pagi raya. Berkumpul ramai-ramai satu famili dah syok dah.
Tapi tahun ni raya famili aku syahdu sikit sebab inilah first time kitorang beraya tanpa abah. Abah aku meninggal pada 27 November 2004, seminggu lepas raya. Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Radzi Hashim.
Aku, Nadia & Deena balik beraya ke Perak. Nadia kat Ipoh dan aku plak kat Batu Gajah. Senang dan tak payah pening-pening kepala nak beraya kat mana sebab Ipoh ngan Batu Gajah tak le jauh sangat. Lebih kurang PJ pegi Shah Alam je. So, malam ngan pagi raya aku kat rumah mentua, lepas sembahyang raya kitorang beraya ke rumah aku pulak. Petang balik semula ke Ipoh. Besok raya kedua tidur kat Batu Gajah pulak. Macam tu la seterusnya... heheh.. penat jugak!
Balik KL on 6 November. Semua orang cakap jem. Tapi kitorang blah awal, nasib baik tak jem walaupun kete banyak tapi highway still smooth. Petang tu bila aku tengok berita baru la jem gila babi. Fuh!!
Esoknya gi keje macam biasa balik. Masuk opis pukul 10 am macam baru dilanda garuda jek! Biasa la press, banyak yang keje masa raya hari tu. So, lepas raya turn diorang plak cuti. So, pagi tu sampai ke lunch hour aku bantai berborak je. Keh keh keh!!
Deena (dua dari kanan) dan sepupu-sepapatnya seronok lepas berjaya mempokaikan bapak dan pak sedara masing-masing.
Tiga hari sebelum raya, sempat jugak berbuka dengan kengkawan kat Kuala Kangsar.

Adam & Deena


Heheh... Ni le famili kecik aku. Aik? Sorang je anak? Errr...